Kisah seorang Cikgu :)

Disedut dari IZo blog..Untuk dikongsikan..

Anda pandai baca jawi? Hari ini ustazah GPI(guru pendidikan islam) sekolah saya meminta tolong daripada saya untuk memeriksa kertas soalan jawi pelajar tahun 4. Kertas ini merupakan kertas subjektif, tidak ada pilihan A,B,C,D. Biasanya jika soalan jawi bagi pelajar-pelajar tahap 2 ada satu ruangan yang meminta pelajar menulis semula teks jawi dengan tulisan rumi. Banyak jawapan-jawapan yang melucukan ketika memeriksa bahagian ini. Cuba lihat soalan di bawah, dan tengok bagaimana pelajar menjawabnya.


Perhatikan jawapan daripada pelajar kelas yang paling cerdik(kelas A). Kelas yang hujung tak tahu ler camner…

- Inikan kaya dengan khasiat, protein dan sangat baik untuk kesihatan.

- Ikan kai dengan khasiat protein dan sangat baik untuk kesihatan.

- Ikan kaya dengan khasiat protin dan sangat baik untuk khasiat.

- Ikan kaya dengan khasiat pervitim dan sangat baik untuk kesihatan.

- Ikan kai dengan kasih perutin dan sangat banyak untuk kesihatan.

- Ikan kaya dengan khasiat protein dan sangat baik untuk khasiatnya.

Apakah jawapan yang sebenar? Cuba anda jawab.
Jawapan sebenar ialah:
Ikan kaya dengan khasiat protein dan sangat baik untuk kesihatan.

Dalam banyak-banyak soalan berbentuk seperti ini, ada satu jawapan pelajar yang buatkan saya ketawa sorang-sorang semasa memeriksa kertas jawapan. Berikut petikan teks.


Apa jawapan pelajar tersebut?

Kait hendaklah beribadat. Semut mati kerana Allah.

Sebenarnya jawapannya ialah: Kita hendaklah beribadah semata-mata kerana Allah. :)

Read more: http://scripters.ning.com/forum/topic/show?id=2386880%3ATopic%3A339617&xgs=1&xg_source=msg_share_topic#ixzz0w6VDeskc

Suara . . .

Mengapa harus menjerit ?

      "Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara himar." [Luqman:19]


Suatu hari seorang guru bertanya kepada murid-muridnya, "Mengapa ketika seseorang sedang dalam keadaan marah, ia akan berbicara dengan suara kuat atau menjerit?"

Seorang murid setelah berfikir cukup lama mengangkat tangan dan menjawab, "Kerana ketika itu ia telah kehilangan kesabaran, laluberteriak".

"Tapi..." guru itu balik bertanya, "lawan bicaranya berada dekatnya. Mengapa harus berteriak? Apakah ia tak dapat berbicara secara halus?"

Hampir semua murid memberikan sejumlah alasan yang dikira betul menurut pertimbangan mereka. Namun tak satu pun jawapan yang memuaskan.

Guru lalu berkata, "Ketika dua orang sedang berada dalam situasi kemarahan, jarak antara ke dua hati mereka menjadi amat jauh walau secara fizik mereka begitu dekat. Kerana itu, untuk mencapai jarak yang demikian, mereka harus berteriak.

Namun anehnya, semakin kuat mereka berteriak, semakin pula mereka menjadi marah dan dengan sendirinya jarak hati yang ada di antara keduanya pun menjadi lebih jauh lagi. Kerana itu mereka terpaksamenjerit lebih kuat lagi."

Guru masih melanjutkan, "Sebaliknya, apa yang terjadi ketika dua orang saling jatuh cinta? Mereka tak hanya tidak berteriak, namun ketika mereka berbicara suara yang keluar dari mulut mereka begitu halus dan kecil. Sehalus apapun, keduanya dapat mendengarkannya dengan begitu jelas. Mengapa demikian?"

Sang guru bertanya sambil memperhatikan para muridnya. Mereka nampak berfikir amat dalam namun tak satu pun berani memberikan jawapan.

Lalu guru menghuraikan "Kerana hati mereka begitu dekat, hati mereka tak berjarak. Pada akhirnya sepatah katapun tak perlu diucapkan. Sebuah pandangan mata saja amatlah cukup membuat mereka memahami apa yang ingin mereka sampaikan."

Sang guru masih melanjutkan, "Ketika anda sedang dilanda kemarahan,janganlah hatimu menciptakan jarak. Lebih lagi hendaknya kamu tidakmengucapkan kata yang mendatangkan jarak di antara kamu. Mungkin disaat seperti itu, TAK mengucapkan kata-kata mungkin merupakan cara yangBIJAKSANA. Kerana waktu akan membantu anda."
Sahabat, Buya Hamka pernah berkata , bahawa kata-kata yang lembut dan baik akan melunakkan hati, manakala kata-kata yang kasar dan kesat, akan mengeraskan hati.

Malah bagi pandangan ku, kata-kata adalah gambaran hati, jika hatimu lembut dan penuh kasih sayang, lidahmu pastinya menzahirkan bait kata-kata yang manis dan pesona, Insya'Allah. Begitu juga bila hatimu keras dan kasar, bahasa yang kamu zahirkan pasti saja mengundang luka dan derita.

Sabda Nabi s.a.w : "Apabila kamu mendengar bunyi ayam jantanberkokok maka mintalah kepada Allah akan kurniaanNya, ini kerana sesungguhnya ia melihat malaikat. Dan apabila kamu mendengar bunyi suara himar[keldai], hendaklah kamu meminta berlindung dengan Allah daripada syaitan kerana ia melihat syaitan". [Sahih al-Bukhari danMuslim].

Apakah begitu sukar untuk kita melahirkan kata-kata yang baik, apakah begitu berat untuk kita melafazkan pujian dan dorongan kepada insan lain? Bagaimana perasaanmu kala menerima kesatnya kata-kata yang engkau lemparkan, kemudiannya dibaling semula kepadamu? sakit hati,marah, benci, berdendam barangkali?

manusia itu fitrahnya perlukan sokongan, perhatian, diendahkan..jika kamu sendiri tidak mahu disakiti, begitu juga orang lain tidak layakkamu sakiti....SIAPA KAMU?

Sesuci Lebaran :)

Salam Lebaran untuk semua :)
Sempena bulan Syawal ni 
saya Muhammad Afiq bin Abdul Rashid ingin memohon beribu-ribu ampun dan maaf 
kepada semua umat Islam yang pernah aku kacau,usik ,buat salah and etc.
aku hanya gurau je tu.
HAHA

Sekali lagi,
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin
:))