Kisah seorang Cikgu :)

Disedut dari IZo blog..Untuk dikongsikan..

Anda pandai baca jawi? Hari ini ustazah GPI(guru pendidikan islam) sekolah saya meminta tolong daripada saya untuk memeriksa kertas soalan jawi pelajar tahun 4. Kertas ini merupakan kertas subjektif, tidak ada pilihan A,B,C,D. Biasanya jika soalan jawi bagi pelajar-pelajar tahap 2 ada satu ruangan yang meminta pelajar menulis semula teks jawi dengan tulisan rumi. Banyak jawapan-jawapan yang melucukan ketika memeriksa bahagian ini. Cuba lihat soalan di bawah, dan tengok bagaimana pelajar menjawabnya.


Perhatikan jawapan daripada pelajar kelas yang paling cerdik(kelas A). Kelas yang hujung tak tahu ler camner…

- Inikan kaya dengan khasiat, protein dan sangat baik untuk kesihatan.

- Ikan kai dengan khasiat protein dan sangat baik untuk kesihatan.

- Ikan kaya dengan khasiat protin dan sangat baik untuk khasiat.

- Ikan kaya dengan khasiat pervitim dan sangat baik untuk kesihatan.

- Ikan kai dengan kasih perutin dan sangat banyak untuk kesihatan.

- Ikan kaya dengan khasiat protein dan sangat baik untuk khasiatnya.

Apakah jawapan yang sebenar? Cuba anda jawab.
Jawapan sebenar ialah:
Ikan kaya dengan khasiat protein dan sangat baik untuk kesihatan.

Dalam banyak-banyak soalan berbentuk seperti ini, ada satu jawapan pelajar yang buatkan saya ketawa sorang-sorang semasa memeriksa kertas jawapan. Berikut petikan teks.


Apa jawapan pelajar tersebut?

Kait hendaklah beribadat. Semut mati kerana Allah.

Sebenarnya jawapannya ialah: Kita hendaklah beribadah semata-mata kerana Allah. :)

Read more: http://scripters.ning.com/forum/topic/show?id=2386880%3ATopic%3A339617&xgs=1&xg_source=msg_share_topic#ixzz0w6VDeskc

0 comments: