g a d i s | s e m a s a

Oh begini rasanya cinta
Bila diagung-agungkan kuasanya
Dan aku begitu naif untuk dirimu
Kerna usia

Oh sekarang bukannya masa
Untuk kau ungkit lagi salah siapa
Dan engkau terlalu ego untuk diriku
Kau memang begitu

Korus
Bukalah mata oh
Yang selama ini kau pejamkan
Dan lihatlah diriku

Buanglah buanglah
Buang curiga yang telah lama kau simpan
Yang mungkin memudaratkan mu

Aku memang begitu
Tetap seperti dahulu
Terlalu menyanyangi diri mu

Kau mahukan gadis semasa
Yang bisa memberikan kau segalanya
Dan engkau tak mampu melihat
Apa yang ada di depanmu

Kau mahukan perubahan dunia
Tetapi pada aku kau sama saja
Dan engkau terlalu ego untuk diriku
Kau memang begitu

Ulang Korus 2x
Aku memang begitu
Tetap seperti dahulu
Terlalu menyayangi dirimu

Oh aku memang begitu
Tetap seperti dahulu
Terlalu menyayangi diri
Terlalu menyayangi diri
Terlalu menyayangi dirimu

IBUbapa

Firman Allah: Ertinya ' 'Dan hendaklah engkau merendahkan diri pada kedua ibu bapa kerana belas kasihan dan kasih sayangnya dan doakanlah (untuk mereka dengan berkata) Wahai Tuhanku! Cucurkanlah rahmat kepada mereka berdua(ibu bapa) sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya, memelihara dan mendidikku semasa kecil." (Surah Al-israq, ayat 24).


ibu bapalah yang banyak berkorban masa, tenaga dan segalanyalah demi kita
rasa memang tidak patut jika kita menderhaka kepada ibu bapa

*ayat yang tetiba terlintas di kepala pada suatu malam*


Walau banyak mana kau sayang makwe/pakwe kau,tapi Allah dan keluarga kau lupakan, jangan haraplah nak hidup bahagia dunia dan akhirat.



Anak lelaki, walau kau sayang sangat makwe kau 2, ingatlah tugas kita adalah menjaga ibu bapa, bukan membiarkan mereka di rumah kebajikan. Jangan sudah terhantuk baru tengadah.



Luangkanlah masa bersama ibu bapa selagi mereka masih. Merekalah yang telah melahirkan kita dan menjaga kita tidak kira susah atau senang. Syurga itu berada di telapak kaki ibu.


ayat kat atas ni tetiba terlintas di fikiran
terus type melalui hp

then waktu paper bm ade plak soalan pasal tanggungjawab anak terhadap ibu bapa
rasa sedih gak jika memikirkan masa akan datang :(
i love mom and dad !


aku harap aku tak digolongkan golongan anak yang derhaka kepada ibu bapa
amin !

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:

"Siapa yang mendapatkan Subuh satu rakaat sebelum terbit matahari, bererti dia telah mendapatkan Subuh seutuhnya. Dan sesiapa yang mendapatkan Asar satu rakaat sebelum matahari terbenam, bererti dia telah mendapatkan Asar seutuhnya.” 

(Hadis Riwayat Muslim)

"Sesiapa mengerjakan amal soleh, samada lelaki atau pun wanita, dalam keadaan mereka beriman, maka sesungguhnya akan kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka kerjakan."

 (al-Nahl, ayat 97)

Rasulullah bersabda: Siapa ingin doanya terkabul/dibebaskan dari kesulitan, hendaknya ia membantu atau mengatasi kesulitan orang lain (HR.Ahmad)

SPM 2010 : h a v o c

assalamualaikum  :)
semua :

doakan untuk saya

kejayaan

ketenangan
&

dipermudahkan

menjawab exam bermula 

23 NOVEMBER 2010

hingga

8 DISEMBER 2010

maafkan segala kesalahan saya 

harap maaf :)

sekrang ni rasa gementar sangat nak menduduki spm nanti
sekrang rasa mcm nak muntah pon ade
rasa tak sedap badan
harap kesihatan di tahap yang maksimum sihat ketika peksa nanti 
amin 

bawah ni email baru

*afiqabdulrashid@yahoo.com*

email baru :)

email lame dah mcm ape tah.
huuuuuu~~~~

*harap 9A+ saya peroleh untuk spm ini :)

 Firman Allah :

Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.

(Surah ar-Rad: ayat 11)


"Mahukah aku ceritakan kepadamu tentang amalmu yang terbaik dan paling bersih dalam pandangan Allah swt, serta orang yang tertinggi darjatnya di antaramu, lebih baik dari menyedekahkan emas dan perak serta memerangi musuh-musuhmu dan memotong leher mereka, dan mereka juga memotong lehermu?” Para sahabat bertanya, “Apakah itu, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab, “Zikir kepada Allah swt.” (HR Baihaqi).

Dosa yang lebih BESAR daripada ZINA

Pada suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaianya yang serba hitam menandakan bahwa ia berada dalam dukacita yang mencekam.. 

Kerudungnya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang telah meroyak hidupnya. 

Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. 
Diketuknya pintu pelan-pelan sambil mengucapkan uluk salam.Maka terdengarlah ucapan dari dalam "Silakan masuk". Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk. Air matanya berderai tatkala ia berkata, 

"Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya.Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya." 

"Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s. terkejut. 

"Saya takut mengatakannya." jawab wanita cantik. 

"Katakanlah jangan ragu-ragu!" desak Nabi Musa. 



Maka perempuan itupun terpatah bercerita, 

"Saya... telah berzina". 

Kepala Nabi Musa terangkat,hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, 

"Dari perzinaan itu saya pun...lantas hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya... cekik lehernya sampai... mati," 

ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya. 

Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik, 

"Perempuan bejad, pergi kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!"... 

teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata kerana jijik. 

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terantuk-antuk keluar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan.Ia tak tahu harus kemana lagi hendak mengadu. Bahkan ia tak tahu mahu dibawa kemana lagi kaki-kakinya. 

Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya. Ia tidak tahu bahwa sepeninggalannya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. 

Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya, 

"Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?" 

Nabi Musa terperanjat. 

"Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?" 

Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. 

"Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?" 

"Ada!" jawab Jibril dengan tegas. 

"Dosa apakah itu?" 

tanya Musa kian penasaran. 

"Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina". 

Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut. 

Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahwa 

“sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya”. 

Bererti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya.Sedang orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahwa Allah itu ada, di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya. 

Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : 

Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Qur'an, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka'bah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahwa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. 

Satu huqub adalah lapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari diakhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia. 

Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita pezina dan dua hadis Nabi, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqomah. Tolong sebarkan kepada saudara-saudara kita yang belum mengetahui. 

Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaa ilaaha illa anta, astaghfiruka wa atuubuilaiik.

Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung. (QS. Ali Imran 104:105) 

Orang-Orang yang beriman itu akan menjadi tenteram hati mereka.Ingatlah dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenteram.(Ar-Rad:28)

Air Mata

Setiap orang pasti pernah menangis. Mungkin baru tadi, 1 jam yang lalu, 10 jam yang lalu, kemarin, bulan lalu, atau mungkin tangisan yang terakhir ialah ketika masih kecil. Secara umum, seseorang menangis atas beberapa faktor seperti:

1. Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.
2. Menangis kerana rasa takut.
3. Menangis kerana cinta.
4. Menangis kerana gembira.
5. Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6. Menangis kerana terlalu sedih.
7. Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8. Menangis kerana terikut orang menangis.
9. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
10. Menangis buaya (pura-pura menangis).



Berikut adalah beberapa faedahnya seseorang menangis:

1. Membantu penglihatan

Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang boleh membuat penglihatan menjadi kabur.


2. Membunuh bakteria

Tak perlu eyeglo, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibakteria semulajadi. Dalam air mata terkandung cecair yang disebut sbg “lisozom” yang dapat membunuh sekitar 90-95% bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat2 yang mengandung bakteria, hanya dalam 5 minit.



3. Meningkatkan mood


Seseorang yang menangis boleh menurunkan level depresi kerana dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali. Air mata yang dihasilkan dari jenis menangis kerana emosi mengandungi 24% protein albumen yang berguna dalam meregulasi sistem metabolisme tubuh dibanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.


4. Mengeluarkan racun

Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemukan bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis kerana emosional ternyata mengandung racun.

Tapi jangan salah, keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahwa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkannya lewat mata.



5. Mengurangkan stres

Bagaimana menangis boleh mengurangi stres ? Air mata ternyata juga mengeluarkan hormon stres yang terdapat dalam tubuh yaitu “endorphin leucine-enkaphalin” dan “prolactin.”

Selain menurunkan level stres, air mata juga membantu melawan penyakit yang disebabkan oleh stres seperti tekanan darah tinggi.



6. Membangun sosial

Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga boleh membantu seseorang membangun sebuah komuniti. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan teman2nya atau seseorang yang boleh memberikan sokongan akan meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi.



7. Melegakan perasaan

Semua orang rasanya berfikir demikian. Meskipun kamu didera pelbagai masalah, namun selepas menangis biasanya akan muncul perasaan lega.

Setelah menangis, sistem lembik, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang berasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiran kau melalui tangisan, jangan dipendam kerana kamu boleh menangis meledak-ledak.

My conclusion, tak salah rasanya kalau menangis. Ada kebaikannya. 

cinta ITU buta


Cinta itu buta?
Cinta itu sesuatu yang suci. 
Datangnya Islam demi memelihara kesuciannya...
Cinta itu ibarat pelangi,
Yang memberi warna kepada kehidupan ini.

Cinta itu ibarat pelangi,
Menenangkan mata, pendamai jiwa.
Cinta itu ibarat pelangi,
Siapa melihat pasti terinspirasi.
Ya,
Cinta itu ibarat pelangi,
Hanyasanya cinta itu, cinta yang hakiki.



Mohd Syafiq, atau mudah dikenal dengan panggilan glamornya "Fiq" merenung lama kepada Firdaus.
Mohammad Firdaus, yang lebih mesra dipanggil "Daus" sudah kelihatan amat berbeza berbanding dirinya yang dia kenali dahulu. Semenjak dua menjak ini, Firdaus sering mengasingkan diri, sudah kurang berborak dan bergurau dengannya. Dia hanya selalu berinteraksi dengan alatan-alatan elektroniknya, yakni telefon bimbit dan juga komputer riba.
Firdaus dilihatnya seperti sudah berada dalam dunianya yang sendiri.
Selaku sahabat yang cukup rapat kepadanya, Syafiq amat risau melihat keadaan Firdaus. Bukan dia tidak pernah mencuba untuk berbincang dengan sahabatnya yang satu itu. Hanya selama ini, dia masih tidak menemukan masa dan peluang yang benar-benar tepat dan sesuai. Dia tidak mahu tergesa-gesa. Kini, masa dan peluang itu seakan tiba. Suatu petang yang agak tenang dan bebas dari kesibukan bekerja. Rakan-rakannya yang lain juga tidak datang bertandang di biliknya.
Syafiq pun bergerak memulakan bicara,
"Daus, aku tengok engkau sekarang dah lain la." Kata-kata Syafiq memecah kesunyian suasana.
Firdaus memalingkan wajahnya ke belakang melihat sahabatnya Syafiq. Riak mukanya memancarkan kehairanan, seperti tidak memahami apa yang dimaksudkan Syafiq.
"Hah. Aku dah lain? Mana ada Fiq... Aku sama je la. Engkau je silap perasan kot. Kalau aku dah semakin handsome mungkin la." Daus membalas kata-kata Syafiq dengan nada gurau.
"Ish engkau ni. Aku serius la. Aku tengok kau mandi dah tak basah, makan dah tak kenyang, tidur dah tak lena. Kau ada apa-apa masalah ke Daus?"
Terkoyak senyuman Firdaus. Dia mengeleng-gelengkan kepalanya. Syafiq, dalam nada dan riak muka yang serius, sempat lagi membuat lawak. Memang perwatakannya seperti itu. Selamba.
"Ceh, kau ni. Kata serius. Hmm..." Firdaus memikirkan kembali masalah yang diketengahkan sahabatnya itu. Jauh di sudut hatinya, dia terpaksa mengiyakan kata-kata sahabatnya itu. Kini, kehidupan dia terasa lain. Ada beza.
"Mungkin betul jugak kata kau itu. Hmm.. Walaupun aku mandi masih lagi basah, tapi aku memang rasa lain la. Hati aku rasa tak tenang, jiwa sentiasa resah, otakku asyik memikirkan si dia je. Haihh." Firdaus menghela nafas.
"Aku rasa Fiq, aku dah terkena penangan cinta la."
Firdaus meleraikan apa yang terbuku dalam dadanya. Satu-satunya sahabat yang paling dia percayai adalah Syafiq. Maka dia kurang segan untuk menceritakan masalah peribadinya kepada sahabatnya itu.
"Yang kau maksudkan, Azlina?" Syafiq mahukan kepastian, sambil dia mengambil tempat duduk di sebelah Firdaus.
Firdaus mengangguk perlahan. Syafiq dapat mengagak. Dia sering melihat sahabat karibnya itu berdiskusi dengan Azlina dalam kumpulan diskusi subjek 'Professional Communication Skill', ataupun lebih dikenali sebagai "PCS". Salahnya bukan pada perbincangan itu. Tetapi Firdaus kelihatan amat mesra dengan Azlina, sehinggakan, senda gurau dan perkara-perkara yang mereka sembang sering meleret-leret kepada perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan perbincangan. Hatta berkenaan kehidupan peribadi sekalipun.
Bagi orang biasa, perkara ini bukanlah sesuatu yang dipandang pelik. Namun tidak bagi Firdaus. Syafiq yang sudah berkawan dengannya selama 7 tahun, sejak tingkatan 1, amat mengenali sahabat karibnya. Firdaus ini sikapnya pemalu. Dan dia juga punyai kefahaman akan adab-adab pergaulan yang dibenarkan Islam.
"Ish, bahaya tu Daus!" Bicara Syafiq, sedikit meninggikan suara.
"Aku takut kau dah terkena zina hati je. Asyik fikirkan dia je, macam mana pula study kau. Bagaimana tanggungjawab kau sebagai muslim. Jangan-jangan kau tak boleh fokus nanti. Lagipun, kau nampak mesra sangat dengan dia tu. Kau kena jaga-jaga Daus! Batas-batas pergaulan kena pelihara juga. Selama aku kenal kau, kau ni agak pemalu orangnya." Dengan spontan kata-kata itu tersembur dari mulut Syafiq. Terselit juga nasihat pada bait-bait yang diucapkan tulus dari hatinya. Ia atas dasar kasihnya akan sahabat paling rapat dengannya, Firdaus. Dia tidak mahu sahabat karibnya itu tertipu dengan fatamorgana dunia yang sering tampak indah pada pandangan mata.
"Aku rasa betul la apa orang kata..." Kata-kata Firdaus terhenti. Seakan tidak memberi respon kepada kata-kata Syafiq tadi.
"Orang kata apa? Orang kata apa?" Syafiq yang kehairanan, mengulangi pertanyaan dua kali, menunjukkan keprihatinan yang tinggi terhadap kata-kata Firdaus.
"Aku rasa.... cinta itu buta la Fiq."
*****
Petang itu, Mohammad Firdaus kelihatan agak teruja. Perkenalannya dengan gadis 'ICT' bernama Nur Azlina dalam tempoh masa yang singkat sudah cukup membuahkan perubahan yang drastik pada dirinya. Nur Azlina, seorang wanita yang menurutnya berparas indah dan juga bertudung labuh, telah menepati kriteria-kriteria wanita idamannya. Dia merasa amat bertuah dapat mendekati wanita itu. Namun adakah caranya betul?
Firdaus tidak pasti. Tetapi dia merasakan dia sudah tidak mampu untuk menolak arus cinta ini, yang dirasakannya terlalu deras, lalu membiarkan dirinya hanyut di dalamnya. Dia yang dahulunya cukup terkenal dengan sifat warak, malah turut digelar 'lelaki pemalu' oleh sebahagian rakan-rakan wanita satu batchnya, kini seakan-akan sudah lupa dengan apa yang menjadi pegangan dirinya selama ini.
Ungkapan 'setiap manusia pasti akan berubah', mampukah dijadikan alasan?
"Assalamu'alaikum." Sapa Firdaus dengan nada dan wajah yang ceria.
"Wa'alaikumsalam." Azlina tersenyum membalas salam. Manis.
Pertemuan mereka berdua-duaan ini merupakan buat pertama kalinya, yang mereka adakan di sebuah restoran, berdekatan dengan IPT mereka. Mereka yang pada mulanya segan silu dengan bebola-bebola mata yang memerhati dari sekeliling mereka, lama-kelamaan sudah menjadi lali dengan suasana itu. Mereka merasakan mereka sudah berada dalam dunia mereka sendiri. Mereka hanyut!
Firdaus yang pada mulanya duduk bertentangan dengan Azlina menukar tempat duduknya, mengambil tempat duduk bersebelahan dengan Azlina, kerana merasakan kedudukan mereka kurang rapat. Kini, kedudukan mereka amat rapat.
Lama-kelamaan, tangan Firdaus mula diangkat, lalu...
Syafiq menggeleng-geleng mendengar apa yang diceritakan sahabatnya, Firdaus.
Dia seakan tidak percaya dengan apa yang didengarinya. Benarkah rakannya yang sudah dia kenal lama itu sudah berubah sehingga begitu sekali, hanya kerana seorang wanita? Ataukah ini hanya satu mimpi?
Namun, pengakuan itu tulus dari sahabatnya itu sendiri. Ini bukan mimpi. Ini realiti. Dia tidak dapat tidak, mempercayainya. Syafiq jadi teringat akan satu pesan Nabi Muhammad s.a.w., bahawa wanita itu merupakan fitnah terbesar buat lelaki muslim akhir zaman. Kini, dia sendiri terpaksa berdepan dengannya. Fitnah tersebut telah tertimpa ke atas sahabat karibnya sendiri. Maka sekarang, apakah tindakan yang harus dia lakukan? Otaknya berfikir ligat.
Firdaus pula yang amat mempercayai Syafiq, sanggup meluahkan segala yang berlaku pada dua hari lepas. Walaupun pada mulanya dia segan, namun, sebersit rasa tidak senang di dalam hatinya akan tindakannya dahulu menyebabkan dia terus menceritakannya. Semuanya didedahkan secara terperinci, tiada apa lagi yang terselindung.
"Betul apa kau kata itu Daus..." Syafiq cuba menyusun kata.
"Cinta itu buta dan dapat membutakan. Namun..." Firdaus merenung tepat muka Syafiq.
"Ianya tidak bagi orang-orang yang beriman. Cinta mereka tidak buta. Cinta mereka tidak membutakan. Mereka punya iman. Maka, iman di dada merekalah yang akan mengawal setiap tingkah laku mereka, mengatur gerak geri mereka. Penglihatan nurani mereka jelas."
"Walaupun dalam bercinta?" Firdaus memotong.
"Ya, walaupun dalam bercinta." Syafiq membalas dengan nada sedikit tegas.
"Daus, cinta itu boleh menjadi buta......" Firdaus mengangkat wajahnya, berminat.
"Apabila cinta itu berlandaskan nafsu semata." Syafiq menyambung kata-katanya. Nada suaranya diturunkan kembali. Lembut.
Firdaus merasa terpukul. Tutur kata Syafiq membuatkan suara-suara iman di hatinya kembali kedengaran. Kembali hidup. Imannya menjerit-jerit keseksaan. Akan tetapi, gelojak nafsunya pantas menepis-nepis suara-suara keimanannya itu tadi.
" Tapi.." Firdaus cuba bersuara mempertahankan dirinya. Namun belum sempat dia meneruskan bicara, Syafiq telah memotongnya terlebih dahulu.
"Daus, sudahkah kau lupa akan firmanNya?" Syafiq berkata sedikit meninggikan suaranya. Kata-katanya ditutur satu persatu, cuba menghalusinya, kerana dia tidak mahu Firdaus merasa tersinggung. Jauh skali niatnya untuk memperkecil-kecilkan sahabatnya itu.
Wajah Firdaus tidak menunjukkan apa-apa riak. Matanya kosong.
Kemudian, Syafiq membacakan maksud satu ayat Al-Qur'an yang masih segar tersemat dalam ingatannya. Surah Al-Jasiyah ayat ke-23,
"Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat dengan sepengetahuanNya, dan Allah telah mengunci pendengaran dan hatinya serta meletakkan tutup atas penglihatannya? Maka siapakah yang mampu memberinya petunjuk setelah Allah membiarkannya sesat? Mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?"
Firdaus tertunduk di lantai. Tersentak dengan ayat Al-Qur'an yang baru didengarinya tadi. Peringatan dari ayatNya memberi tamparan hebat buat dirinya yang sudah mulai leka.
Tanpa dia sedari, air matanya mula mengalir, membasahi pipi. Semakin lama, semakin deras.
Dia kembali sedar. Selama ini, dia telah melebihkan cinta dan nafsunya berbanding Allah. Walaupun dia dan Azlina tidak pernah sesekali pun mengisytiharkan bahawa mereka sedang ber'couple', namun, perbuatan-perbuatan mereka tempoh hari jelas-jelas membuktikannya. Memang ia tidak dapat dinafikan lagi. Allah bukan mendapat tempat yang pertama di hatinya. Dia mula merasakan kesal atas dosa-dosa yang telah dia lakukan.
"Daus..." Syafiq datang mendekati Firdaus. Dia memegang erat tubuh rakannya itu. Dia turut merasa kepedihan yang dialami sahabatnya itu. Tanpa disedari, butiran-butiran air turut berguguran di atas pipinya. Sungguh, orang-orang beriman itu seperti satu tubuh, yang mana jika satu organ sakit, anggota-anggota lain turut merasainya.
"Cinta yang suci itu adalah... apabila kita cinta seseorang itu, dan kita mahu bersama-sama dengannya menembus ke syurga. Sama-sama dalam keredhaanNya." Syafiq masih berusaha memberi kefahaman dan kekuatan kepada sahabatnya itu.
Dalam hati, Firdaus mengiyakan kata-kata sahabatnya itu. Ya, jika benar cintanya tulus, sudah pasti dia tidak akan sanggup membiarkannya kekasih yang dia cinta itu tercampak ke dalam api neraka. Bahagia di dunia, namun di akhirat terseksa selama-selamanya. Adakah itu yang dia mahukan? Sudah tentu tidak. Dan pasti, cintanya itu bukan cinta yang tulus.
"Makanya Daus, sudah tentu, apabila kita benar-benar cinta akan seseorang itu, kita tidak mahu si dia melakukan perkara-perkara yang Dia larang, tidak mahu si dia mengerjakan perbuatan-perbuatan yang Dia murka."
"Apatah lagi kalau kitalah sendiri yang menjadi penyebab kepada dosa-dosa yang dia lakukan itu. Kan?" Syafiq cuba mengambil kepastian dari Firdaus.
Firdaus hanya mengangguk-angguk perlahan. Beliau masih bisu tanpa bicara.
Seketika, keadaan bilik itu menjadi sunyi. Hanya sedu-sedan mengisi ruang.
Firdaus terasa amat bersalah. Dosa-dosa yang telah dia lakukan bersama Azlina dirasakan terlalu berat untuk dipikulnya. Malah, dia merasa tertampar kerana menganggap dirinyalah juga penyebab Azlina turut sama melakukan perkara-perkara yang dimurkaiNya. Dia tertanya-tanya, apakah dirinya ini masih layak berhadapan denganNya, meminta ampun segala dosa. Dia merasa begitu hina. 'Ya Allah, dosaku menggunung, apakah aku masih layak memohon belas dan simpati dariMu?'
"Namun Daus, yakinilah, pintu-pintu taubat itu sentiasa terbuka." Syafiq cuba memujuk. Seakan-akan dia dapat membaca apa yang sedang bermain di fikiran sahabatnya.
"Allah itu Maha Pengampun, dan tidak pernah jemu mendengar rintihan-rintihan hamba-hambaNya. Kasih sayangNya itu sentiasa mendahului kemurkaanNya. Dia pasti akan mengampuni hamba-hambaNya yang insaf serta menyesal atas dosa-dosa yang dilakukan, lalu bergerak memperbaiki diri ke arah yang lebih Dia redhai."
"Walaupun dosa itu tinggi menggunung sekalipun, Allah itu Maha Pengampun terhadap hambaNya." Syafiq cuba meyakinkan, sambil mengusap-ngusap lembut belakang tubuh sahabatnya.
"Surah Ali Imran, ayat ke-89."
"Kecuali orang-orang yang bertaubat setelah itu, dan melakukan perbaikan, maka sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang."
Syafiq tidak kekok untuk terus memberi curahan hati.
Mendengarkan ayat Al-Qur'an yang dibacakan Syafiq, Firdaus tiba-tiba terasa seolah ada embun dingin menyelinap di lubuk hatinya. Hatinya terasa tenang dan semakin lapang. Benarlah firman-Nya. Yang mana orang-orang yang beriman itu, apabila diperingatkan dengan ayat-ayatNya, akan menambahkan lagi iman dalam dada mereka. Tatkala diperingati akan sifat-sifatNya, mampu memberi ketenangan kepada jiwa mereka.
Suasana bilik itu kembali kaku seketika. Hanya keheningan menggamit suasana.
"Tapi... aku... aku rasa tidak kuat la Fiq." Firdaus kembali bersuara, memecah kesunyian. Suaranya serak dan tersekat-sekat menahan isak tangisan. Sungguh berat dirasakan ujian yang menimpa. Dia mahu berubah. Namun, adakah dia mampu menghadapi segala-segalanya?
"Daus, Allah itu ada dengan kita."
"Allah itu tidak jauh. Bahkan sungguh dekat. Bukankah dia sudah berjanji akan bersama-sama dengan mereka yang sabar...."
"Dan Allah tidak akan pernah memungkiri janjiNya." Syafiq cuba memberi sinar-sinar harapan kepada sahabatnya.
"Dan aku, aku juga akan sentiasa bersama engkau Daus, walauapapun yang berlaku. " Lembut tuturnya.
"Walauapapun berlaku." Syafiq mengulangi lagi kata-katanya tadi. Ikhlas, dia menutup bicara.
Rangkulan antara kedua sahabat itu semakin erat. Bersama-sama, mereka larut dalam tangisan. Suasana yang pasti menggamitkan hati, bagi sesiapa yang melihat.
Kini, Firdaus merasa semakin kuat untuk menempuh ujian-ujian yang bakal mendatang. Bait-bait kata Syafiq yang tulus, cukup membuatkan dirinya kembali tersedar. Keterikatan ukhwah dan keprihatinan Syafiq akannya, amat-amat bertepatan dengan waktu dan kondisi dirinya. Langkahnya yang dirasakan longlai terasa disokong, menjadikan bebannya yang terpikul di bahunya terasa semakin ringan. Cahaya harapan untuk kembali kepadaNya yang kelihatan kelam seakan-akan dinyalakan kembali. Dengan Syafiq menjadi sokongan, Firdaus tidak merasa keseorangan dalam menanggung beban.
Kesedaran Firdaus kini jelas. Dia sedar bahawa dirinya telah tertipu dek fatamorgana dunia yang bernama cinta. Benar jangkaan awalnya, cinta itu buta. Namun dia tersilap. Tidak semua cinta itu buta. Cinta yang buta itu hanyalah cinta yang berlandaskan nafsu semataCinta yang tidak tulusCinta yang menipuCinta yang hanya membawa mereka sama-sama menuju kehancuran, yakni menuju neraka.
Sesungguhnya, bagi orang-orang beriman itu, cinta mereka tidak buta. Dengan cinta, mereka tetap mampu mengawal dirinya, mengawal rasionalnya. Dengan cinta, mereka tidak mengheret diri mereka bersama-sama kekasihnya ke dalam lubang kehinaan.
Puncanya? Iman. Ya, iman kuncinya.
Keyakinan tinggi mereka akan Allah dan azabNya. Itulah kekuatan mereka. Iman itulah yang menjadi pengemudi kepada cinta, bukan cinta yang mengawal keimanan mereka. Malah dengan cinta, penglihatan nurani mereka lebih jernih dalam menilai jalur-jalur kehidupan. Cinta kurniaan Tuhan itu jugalah mampu membantu mereka semakin dekat kepada Allah, semakin memperkuat iman dalam dada mereka.
Seperti sebuah kenderaan yang digunakan untuk mencapai satu destinasi tujuan. Kenderaan itu hanyalah berfungsi sebagai alat untuk mempermudahkan manusia mencapai tempat yang dituju. Sedangkan tanpa alat itupun, matlamat masih dapat dicapai melalui pelbagai cara atau kaedah yang lain. Maka, alat tetap alat, bukannya matlamat. Cinta itu jua hakikatnya alat. Alat untuk mencapai matlamat. Dan sesungguhnya, matlamat seseorang muslim itu seharusnya tidak lain untuk berjaya meraih redhaNya. Itu sahaja.
Maka, sejak detik itu, Firdaus berazam kuat untuk memperbaiki dirinya. Dia insaf. Akan dia pastikan, cinta yang akan dia bina nanti, benar-benar cinta yang tulus. Cinta yang suci dari najis-najis dosa. Cinta yang dibina atas dasar untuk mencari keredhaan Allah, bukan mencari Allah untuk mendapatkan cintanya.
Azamnya jelas. Dia mahu bersama-sama dengan kekasih halalnya nanti, bercinta, biar menembus hingga ke syurga.
Firdaus tekad.