persepsi|AFIQ : masalah ?

Assalamualaikum . . . 

Jangan lari dari masalah, tapi cuba belajar untuk menyelesaikannya. Pengalaman akan mematangkan kita. 

Kadang kala ,kita sering lari daripada masalah yang kita hadapi. Dan kadang kala kita sering menghiraukan masalah yang kita hadapi kerana untuk menenagkan hati kita sendiri.

Semua tu tak dapat menyelesaikan masalah yang kita hadapi, malahan masalh itu tetap ada dan kadang kala mungkin bertambah. Cubalah hadapi masalh itu dengan tenang. Mintalah pertolongan daripada Allah. Mintalah nasihat daripada ibubapa. Jika malu untuk meluahkan masalah itu dengan ibubapa, carilah kawan yang boleh membantu kita. Sekurang-kurangnya apabila kita meluahkan masalah kita pada kawan kita itu, beban masalah kita itu mungkin akan berkurang. Masalah ,memang kita tidak boleh pendam seorang diri. Kadang kala ia boleh membuatkan kita hilang kewarasan diri. Perkara yang buruk juga mungkin boleh berlaku.

Ibubapa/kawan haruslah peka terhadap anak/kawan yang bermasalah. Jangan biarkan sahaja anak/kawan kita menyelesaikan masalah mereka seorang diri. Jika tidak mampu menolong, mendengar masalah tersebut mungkin akan membuat mereka tenang atau pun lebih tabah untuk menyelesaikan masalah tersebut. Doakan lah mereka .Dengan cara itu, mungkin kita dapat mengurangkan masalah dia.Semestinya dengan bantuan Allah

Masalah yang kita hadapi itu akan mematangkan kita. Tanpa masalah itu, mungkin kita masih lagi bersifat kebudak-budakkan. Bertenanglah jika menghadapi masalah. Mungkin ada hikmah Allah mewujudkan masalah itu untuk kita. Itu sudah menjadi takdir yang telah Allah tetapkan untuk kita. Mungkin kesudahannya kita akan mendapat kebahagian yang tidak pernah kita impikan ?

Jadi, bersabarlah bila menghadapi masalah . Allah sentiasa ada untuk menemani kita menghadapi masalah itu.

.InsyaAllah. 
:)

2 comments:

Areyoudys said...

as salam..
anwar hadi? siapa tu?
ohh.TESL. memang wajib menguasai bahasa ingggeris dengan baik.

tapi ada juga kenalan TESL saya yang saya lihat dan bandingkan,lebih bagus dari anwar hadi.sekadar pandangan. saya tak menilai bagaimana bagusnya seseorang berkata-kata.tapi melihat bagaimana dia mengolah ayat dan menggunakan fakta dalam ayatnya. itulah sebahagian jenis pelajar TESL yang benar2 bagus.walaupun sekadar borak kosong, tetapi isinya tidak menyimpang dari ajaran-Nya.jika sekadar mahir berbahasa asing semata, saya tak pandang pun, di luar sana, masih ramia lagi anak melayu yang dah pun mengusai lebih 10 jenis bahasa. menilai, biar melihat bagaimana cara dia berfikir.

=)

Muhammad Afiq Abdul Rashid said...

wasalam. saya pun bar mengenal erti dunia ni. matang pon belum sangat.kawan pon tak ramai.jadi ia hanyalah persepsi saya semata mata