Ahmadinejad : Siapakah Dia?



Ahmadinejad ni a crypto jew? Dia ni Yahudi Tulen? Bukan Arab ke? Islam ke?

Jawapan : Ahmadinejad Seorang Yahudi Tulen.

Bangsa Parsi itu ialah anak-anak nabi Ishaq a.s bin Ibrahim a.s. Yahudi tu anak-anak Israel a.s (Nabi Ya'qub) dan adik beradik kepada nabi Yusof a.s. Kira-kiranya orang-orang Parsi ni adalah berasal dari keturunan adik beradik kepada Israel a.s (Ya'qub) menerusi isteri nabi Ibrahim a.s bernama Sarah, kerana mereka adalah satu rumpun. Berlainan dengan nabi Ismail bin Ibrahim a.s yang mana keturunannya hari ini ialah orang-orang Arab. Adapun orang-orang Majusi Iran, Parsi yang beragama Syiah (agama yang diasaskan oleh Yahudi Ibn Saba') terkeluar dari garis Islam dan mereka adalah kelompok anak-anak keturunan dari Ibrahim dan Ishaq yang berbuat zalim kepada diri mereka sendiri.. Dalam surah al-Saffat (ayat 113)ada menyebutkan ; "...dan daripada zuriat kedua-duanya, ada yang berbuat baik dan ada yang menzalimi diri mereka sendiri dengan nyata".

Nama Mahmud Saborjhian (kemudiannya ditukar menjadi Ahmadinejad) sabit sebagai berketurunan Yahudi dan berasal dari wilayah itu.. ini didedahkan oleh musuh politik beliau dari kelompok reformis bernama Mehdi Khazali (anak kepada tokoh reformis Ayatollah al-Kassam Khazali) di Iran awal tahun 2009. Semasa pilihan raya presiden iran baru-baru ini, bekas speaker Iran dari kubu reformis Mehdi Karroubi menyindir keturunan Ahmadinejad semasa berdebat dengan presiden Iran berkenaan.

Perlu diketahui, majoriti generasi kedua Yahudi di negara haram Yahudi hari ini merupakan migran dari wilayah Yahudi di negara Iran (rujuk kepada tulisan penulis Iran - Behrouz Souresrafil, bekas editor Kayhan International dalam bukunya Khomeini and Israel) . Bahkan kota kelahiran Messiah Dajjal yang sangat-sangat ditunggu oleh Yahudi dan Syiah itu berada di Iran, iaitu ISFAHAN - sebuah pusat penyelidikan teknologi nuklear bagi Iran hari ini, yang mana majoriti penghuninya adalah Yahudi. Menurut sebuah akhbar Yahudi, etnik Yahudi di Iran sangat menyukai Ahmadinejad menjadi presiden berbanding Mossavi yang dianggap merbahaya kepada Israel ketika kempen pilihanraya presiden Iran baru-baru ini.

Jika diperhatikan dengan baik, Mahmud Saborjhian ini memiliki akar Yahudi dari segi keturunan, bangsa serumpun, asal wilayah, malah dari segi agamanya – Syiah – yang mana semua kita ketahui adalah sebuahagama yang diasaskan oleh seorang Yahudi bernama Abdullah bin Saba’ dari Yaman. Ada pun nabi-nabi Allah yang saleh seperti Ibrahim a.s, Ismail a.s, Ya’qub a.s (Israel a.s) dan Ishaq a.s tidak berkaitan dengan kelompok Majusi dan Syiah sama sekali, berdasarkan perbezaan aqidah yang jelas.

Walaupun mereka menjadi tunjang kepada orang-orang Yahudi dan Parsi (rumpun Yahudi) dari aspek keturunan. Sementara aqidah kolot Syiah yang jelas meremeh-remehkan darjat nabi-nabi keturunan bani Israel berbanding dengan para Imam mereka yang dianggap suci, sekali gus meletakkan aqidah Syiah berbeza dengan Islam secara jelas, kerana Islam tidak pernah membezakan antara sesama rasul apatah lagi melebihkan manusia biasa (anak-anak Ali dari keturunan Fatimah bint Rasulillah) dengan para rasul yang diutuskan oleh Allah s.w.t. Ini dinyatakan dengan jelas dalam firman Allah (Al-Baqarah;ayat 285); “… Kami tidak membezakan seorang pun di kalangan Rasul-Nya, dan mereka berkata kami dengar dan kami taat…”

Freemason sebuah kelab pertubuhan yahudi untuk menggapai agenda mereka menguasai dunia bagi agenda besar mereka New World Order . Freemason masuk ke sesebuah negara untuk menyahudikan pemikiran dan tindakan golongan intelek di sesebuah negara. turut menjadi sasaran freemason ialah kelompok memegang authority dalam sesebuah negara. Kemungkinan Ahmadinejad sebagai ahli freemason adalah satu kenyataan yang boleh diterima dan ditolak dengan hujah masing-masing. Ada yang mengaitkan beliau dengan pertubuhan itu kerana simbol "peace" yang dirakam oleh pihak tertentu. Di sana ada pelbagai alasan untuk diterima dan ditolak. Penulis Iran dan bekas editor akhbar Kayhan International bernama Behrouz Souresrafil dalam bukunya, Khomeini and Israel menyatakan orang yang mula-mula membawa pertubuhan Freemason ke Iran ialah tokoh reformis (islah) terkenal,Jamaluddin al-Afghani.(Tokoh Agama Form 5 beb) Orang-orang Iran seringkali mendakwa beliau (al-Afghani) sebagai berfahaman Syiah. Asas dakwaan ini seharusnya menjadi tajuk perbahasan para pengkaji Timur Tengah bagi menyelongkar hubungan persemendaan pemikiran falsafah dengan Syiah memandangkan Afghani menjadikan pemikiran sufism dan falsafah sebagaimodal pan-Islamisme pada masa lalu.

Di kalangan pengkaji tentang Revolusi Iran yang dibawa Khomeni untuk menumbangkan Shah Iran, hubungan pegawai CIA bernama General Huyser dengan kelompok revolusi Khomeini (termasuk Ahmadinejad) untuk menumbangkan Shah Iran bukanlah satu perkara rahsia kerana Amerika dan Britain tidak lagi boleh bergantung kepada Shah Iran setelah dasar beliau memiliknegarakan minyak Iran dibawah presiden Mossadegh. Kerana itu hubungan CIA di bawah pentadbiran Jimmy Carter dengan Khomeini di Paris mula dijalankan bagi menjalankan usaha menjatuhkan Shah Iran. Khomeini sendiri menghukum bunuh ramai kalangan tentera Shah Iran yang belot kepadanya sewaktu Revolusi apabila beliau menjadi penguasa Iran bagi menutup rahsia kerjasama ini. Langkah ini turut dipersoalkan oleh ulama terkenal Inddonesia sewaktu itu, Hamka dan seorang penulis juga wartawan Indonesia yang membuat liputan ketika itu di Iran, Nasir Tamara dalam bukunya Revolusi Iran. Nasir Tamara ialah wartawan Indonesia yang turut berada dalam kapalterbang Air France bersama Khomeini diterbangkan dari Paris ke Tehran.

Mungkin inilah yang menjadi sebab mengapa Amerika di bawah Jimmy Carter tidak pernah bertindak satu tindakan pun ke atas Iran, walaupun 52 diplomatnya telah ditawan oleh mahasiswa Iran sewaktu revolusi berlaku. Sebaliknya berlaku pula rundingan antara Presiden Bani Sadr (presiden pertama kepada kerajaan wilayah faqih diketuai oleh Khomeini) dengan Reagan - Bush Tua di Paris bagi membebaskan diplomat yang ditawan di Tehran. Rundingan ini dinamakan skandal Iran-Contra di mana Amerika bersetuju menjual senjatanya kepada Iran untuk berhadapan dengan Iraq dalam perang Iran-Iraq (1980-1988 ) menerusi Israel. Akhirnya berlaku "October Surprise", peristiwa mengejutkan pembebasan diplomat Amerika di Iran pada hari penabalan Reagan sebagai Presiden Amerika. skandal Iran Contra menjadi bahan sindiran Clinton kepada Bush Tua sewaktu beliau menjadi presiden dan kes ini menjadi perbicaraan hangat dalam Kongres sehingga kini kerana ia melibatkan sebahagian besar tokoh dalam pemerintahan Bush Muda.

Adapun kerja-kerja Syiah dalam membunuh umat Islam sejak 656H (kejatuhan Baghdad dengan kerjasama Syiah-Mongol), termasuk yang terkini ; kerjasama pemerintah Iran dengan Amerika di bawah Pemimpin Agong mereka Khamenei dan dua presiden mereka (Mohamad Khatami & Ahmadinejad) dalam pembunuhan umat Islam dan penjajahan Afghanistan (perjanjian Bonn 2001) & Iraq (London Conference 2002) lebih besar dari kerja-kerja freemason untuk menguasai sebuah negara. Hari ini di Afghanistan, penguasanya ialah boneka sekular Amerika Afghanistan Hamid Karzai bersama kelompok Syiah etnik Hazara dan kumpulan Komunis pro Russia. Amerika bersama Russia lah yang menaikkan takhta mereka selepas perang Dingin dan selepas Taliban ditumbangkan.

Di Iraq pula penguasanya ialah Syiah berketurunan Yahudi Nuri al-Maliki bersama etnik Kurdis yang gerilanya dilatih oleh mossad Israel. Kedua-duanya menjadi buruh kasar (boneka) Amerika yang asalnya parti dan pasukan mereka dibentuk oleh Iran semasa mereka berada dalam buangan di Iran. Tentera-tentera Iraq hari ni sebahagian besarnya ialah pejuang-pejuang militia Syiah (termasuk tentera Mehdi pimpinan Muqtada Sadr) yang dilatih oleh Iran yang diserap masuk oleh Menteri Dalam Negeri Iraq yang berasal dari Iran bernama - Bayan Jabr. Pasukan itulah menjadi pelindung kerajaan boneka bagi memudahkan urusan penjajah Amerika dan pasukan bersekutu menguasai Iraq dan merompak (menswastakan) minyak Iraq yang telah dimiliknegarakan oleh pemerintah sebelumnya.

Apabila membaca mana-mana buku pendedahan mengenai kerja-kerja Yahudi penyembah setan ini, maka kita semua akan menemui fakta bahawa“Penjajahan Iraq” (dan afghanistan) adalah merupakan sebahagian dariagenda Projek Abad Baru Amerika (PNAC) yang dilaksanakan oleh Zionis neo-konservatif di sebalik pemerintahan White House yang melaksanakan New World Order. PNAC berasal dari kertas kerja kumpulan think tank "A Clean Break" yang dirangka untuk pemerintahan Sharon dan Benjamin Netanyahu bagi mengubah rantau timur tengah untuk menyelamatkan Israel dan membentuk empayar Israel Raya. Idea ini diasaskan oleh sekelompok intelek Yahudi yang dinamakan sebagai neo-konservatif dan Kristian Kanan.

Selepas perang Iraq berakhir maka terbongkarlah ucapan-ucapan intelek Yahudi (neo-konservatif Zionis) ini bahawa Iraq merupakan langkah pertama kepada projek "Israel Raya" di Timur tengah, dan kerajaan lain pula selepas ini bakal menyusul. Mereka juga menyebutkan perang dengan Iran hanyalah sebuah retorik semata-mata bagi membentuk rantau Timur Tengah Baru yang bakal dimonopoli oleh Amerika bersama Iran. Selain Lubnan yang kuasa politiknya berada dalam genggaman Syiah Duruz bersama Syiah Imamiyyah (HIZBULLAH), mereka sedang merancang kejatuhan Bahrain yang kini parlimennya sedang dimonopoli oleh orang-orang Syiah dan bakal menyusul pula ialah Kuwait. Apabila anda memerhati peristiwa-peristiwa di atas, di manakahkedudukan Ahmadinejad ? Apakah fungsi dan penanannya sangat kecil menjadi ahli freemason, berbanding penanannya yang sedang dimainkannya dalam kerajaan dan agenda empayar Parsi dis ebalik permusuhan retorik Iran-Amerika yang selalu dijajanya ?. Lihatlah kepada Iraq dan Afghanistan sebagai bukti yang jelas, bukan setakat mengandaikan betapa bahaya nya jika beliau menjadi seorang ahli freemason.

Mengapa Anda Lupa?

Oleh: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D

Adakah masalah lupa merungsingkan anda? Itu sudah pasti, bukan?  Sekiranya anda dapati anda sering kali lupa apa yang telah dibaca, maka tahniah!! itu tandanya anda manusia normal.   Hasil kajian telah menunjukkan 80% dari apa yang kita baca hari ini akan lupa hanya dalam masa 24 jam. 
Jangan cari alasan.   Ramai pelajar menjadikan lupa sebagai alasan untuk tidak belajar atau membuat ulangkaji terlalu awal.  "Buat apa baca sekarang esok lupa juga".  Inilah kata-kata yang sering diucapkan.  Tahukah anda, sebenarnya anda tidak lupa, cuma anda belum melakukan cukup usaha supaya anda tidak lupa.   Mudah bunyinya bukan??
Sebenarnya wujud perbezaan antara belajar awal dengan belajar waktu musim peperiksaan.  Anda perlu belajar awal untuk menyediakan nota-nota bermutu dan untuk memahami setiap mata pelajaran dengan sebaik-baiknya.   Jangan risau kalau masih banyak yang anda belum ingat, yang penting telah banyak tajuk-tajuk yang anda telah faham.
Fahami apa yang dibaca.  Memahami matapelajaran adalah langkah pertama sebelum anda melakukan usaha untuk menghafalnya.  Menghafal bahan yang tidak difahami adalah perbuatan yang sia-sia.  Sekiranya anda belajar awal, anda pasti punya banyak masa dan berpeluang untuk bertanya kepada guru dan rakan-rakan agar setiap kekeliruan dapat diatasi sebelum terlambat.. 
Setelah anda benar-benar faham, sediakan nota ringkas yang bermutu untuk anda gunakan setiap kali datangnya musim peperiksaan.   Sediakan juga nota-nota poket dan peta minda bagi memudahkan anda merujuk semula kepada apa yang telah dipelajari tanpa perlu membelek semula buku-buku asal.
Hafal kata kunci.  Ramai pelajar yang mempunyai tabiat menghafal yang buruk.  Mereka cuba mengingati keseluruhan ayat yang mewakili fakta.
Contoh fakta:
Otak manusia terbahagi kepada dua hemisfera iaitu otak kanan dan otak kiri.
Pertama sekali pastikan anda faham apa mesej yang mahu disampaikan kepada anda dalam fakta tersebut.  Keduanya barulah hafal fakta itu, tetapi bukan menghafal keseluruhan ayat.  Hafal hanya perkataan 'dua hemisfera' yang merupakan kata kunci kepada fakta.  Sekiranya anda ingat kata kunci ini pasti sahaja anda mampu menerangkan kepada orang lain apa maksud disebaliknya.  Sebab itulah anda perlu faham sebelum anda hafal!!
Pecahkan kepada beberapa kumpulan kecil.  Sekiranya anda terpaksa menghafal terlalu banyak fakta, jangan hafal kesemuanya serentak.  Tidak perlu terburu-buru.   Pecah-pecahkan fakta-fakta tersebut kepada beberapa kumpulan kecil dan hafal setiap fakta dalam kumpulan ini.
Misalnya, kalau anda ada 15 fakta yang perlu diingat, pecahkan fakta-fakta ini kepada 3 kumpulan kecil.  Setiap kumpulan mempunyai hanya 5 fakta.  Baik, sekarang  mana yang lebih mudah dihafal, kumpulan yang 15 fakta atau kumpulan yang mengandungi 5 fakta?  Lihat! mudah-mudahkanlah pekerjaan anda.  Sekali lagi jangan terburu-buru.  Mempelajari bahan-bahan akademik memerlukan kesabaran dan ketekunan yang tinggi.
Sering membuat imbasan.  Satu lagi faktor anda lupa ialah terlalu percaya bahawa anda telah menguasai tajuk tersebut hanya dengan melakukan sekali ulangkaji.  Awal-awal lagi telah dibuktikan bahawa 80% daripada apa yang telah dipelajari akan lupa dalam masa 24 jam.  Sekiranya anda tidak menyemak semula tajuk tersebut dalam masa yang terdekat, maka jangan pelik kalau anda terpaksa mengulang baca keseluruhan tajuk sekali lagi dimusim peperiksaan.   Untuk menjadi seorang pelajar yang efektif, anda perlu melihat seimbas apa yang telah anda baca dari semasa ke semasa secara sistematik.  Petua dibawah boleh digunakan dan terbukti berkesan:
  • Imbas 5 minit apa yang dibaca selepas 24 jam.
  • Imbas 5 minit lagi selepas 1 minggu.
  • Imbas 5 minit setiap 2 minggu.
  • Imbas 5 - 10 minit dimusim peperiksaan.
Gunakan teknik-teknik ingatan.  Untuk memudahkan lagi proses mengingati fakta, anda perlu ada kemahiran tertentu seperti teknik mnemonik, teknik menggambar cara, teknik ceraian dan pelbagai lagi.  Pastikan anda kembali ke sini setiap minggu sebab pelbagai topik berkaitan dengan ingatan akan dimasukkan dari semasa ke semasa.
Elakkan dari tidur petang.  Ini lagi satu penyakit.  Tidur selepas waktu Asar akan melembabkan otak anda.  Dalam Islam amalan tidur petang sebegini sangat tidak digalakkan.  Oleh itu hentikan tabiat buruk anda ini.  Kalau anda letih, tidur sahaja sebentar selepas solat zuhur, ini sunnah Rasulullah s.a.w.  Badan akan terasa lebih bertenaga untuk belajar diwaktu malamnya nanti.
Ajarkannya kepada orang lain.    Cari peluang untuk mengajarkan apa yang telah anda ketahui kepada orang lain.  Libatkan diri secara aktif dalam perbincangan kumpulan.   Hanya dengan mengajarkannya sahaja anda dapat menguji penguasaan anda terhadap satu-satu tajuk.  Raikan setiap soalan dan hujah daripada rakan.  Galakkan mereka bertanya kepada anda.  Hanya dengan cara inilah otak anda mula bekerja lebih keras untuk mencari jawapan.







Pesanan Nabi sebelum tidur



SEBELUM Tidur

Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi )

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur

sebelum melakukan empat perkara, yaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an,

2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,

3. Sebelum para muslim meridloi kamu,

4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh....

"Bertanya Aisyah :

"Ya Rasulullah.. .. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara

seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas

tigakali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.

Bismillaahirrohmaan irrohiim,

Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam

yakul

lahuu kufuwan ahad' ( 3 x )

Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua

akan memberi syafaat di hari kiamat.

Bismillaahirrohmaan irrohiim, Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa

Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredloi kamu.

Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum

wa atuubu ilaih ( 3 x )

Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka

seakan-akankamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh"

Bismillaahirrohmaan irrohiim, Subhanalloohi Walhamdulillaahi

walaailaaha

illalloohu alloohu akbar(3 x )

Sekian untuk ingatan kita bersama.

* Kalau rajin..Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Muslim yang
lain.Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.