Baru.

Kisah kedua bermula.

Alam ijazah di universiti teknologi mara shah alam telah dimulakan. 

Bukan physiotherapy tetapi landscape architechture yang disambung.

tak ke bengong tu.

dari physio ke bidang art and science ni

ibarat nak perlis tapi pergi naik kapal terbang ke sabah.

haha

tapi dah ini takdir.

aku lebih suka begini.

menemui orang baru yang tak tahu sejarah pasal aku.

ibarat kain putih di hadapan orang lain 

tetapi di belakangnya terdapat kotoran yang tidak mungkin dapt dihilangkan 

mahupun dicuci dengan clorox.

iya.

mungkin hilang sikit. sikit jelah.

apa apa pon. 

biar kan semua ini berakhir dengan aku memegang segulung ijazah. hiks.

Irony

I wish every friendship would be easy for me. 

We greet, shake hands, hangout, sharing stories, sharing pictures, be there for each other.

No hatred.

Just loving each other till end.

And don't screw up.

Or else...

"Walaupun kita tahu orang tu tak suka kita, manfaatkan diri kita, buat baik selagi boleh buat baik, sabar selagi boleh sabar, memberi selagi boleh memberi"

I may not be good. But I believe there is good in every people.

Walaupun sejahat jahat perompak, pembunuh, perogol.

Pasti ada kebaikan di dalam diri mereka. 

Cuma kebaikan itu masih belum bersinar.

Mungkin bukan pada waktu yang betul, di tempat yang betul.

Good

A good friend of mine said this to me :

"If those people are sincere enough, they will accept you as what you are, they may keep complaining about you, they may scold you often, they may reprimanded you every second as such all that you said and did were wrong but deep inside of their heart, they care about you, they are not forcing you to change, but if you change for goods, they will be the happiest ever"

Always believe in yourself, Allah always there for you.

Aku.

Mendiamkan diri.

itu yang selalu aku buat bila berada dikalangan rakan rakan.

menyampuk bila aku ada idea nak cakap apa.

diam seribu bahsa dan memerhati .

itu kerja aku.

seriously, 

susah bagi aku nak berkomunikasi dengan orang.

kalau duk berdua, memang boleh tak bercakap sampai dua hari.

kalau cakap pon setakat benda basic.

"weh, bangun"

"nak makan?"

"aku keluar tau"

dengan certain orang aku boleh lah bercakap lebih sikit dari tu. 

tak lebih.

sebab aku introvert.

lebih suka memendam.

tapi takde nak balas dendam.

cuma menghentam di twitter. haa.


Lovely Intermission


I've been really uninspired.
I think I need a miracle.

To be in love, I never really gave it all.
To be in love, I needed something more.

You're my lovely intermission.
You're the one that I've been waiting, waiting for you.

You're my lovely intermission.
I could feel that something is missing before I found you.
Before I found you.

Always been on my own.
I just wanna be alone. I just wanna be alone.

Never needed anyone.
To be in love, I used to think I have it all.
To be in love, I needed someone to adore.

You're my lovely intermission.
You're the one that I've been waiting, waiting for you.

You're my lovely intermission.
I could feel that something is missing before I found you.
Before I found you.

You're my lovely intermission. You're my lovely intermission.You're my lovely intermission.


Lights and Camera.

People do make mistake. Always do. And sometimes they repeat the same mistakes since no one understand them.

Tiada siapa yang dapat memahami mereka. Sebabnya mereka keseorangan. Tanpa ada kawan yang dapat berkongsi cerita mereka. Kesedihan mereka. Keperitan mereka. Kepahitan mereka melalui liku liku kehidupan.

Because they always being misjudge. Always be left behind. Always be alone.

Mungkin sebab mereka terlalu introvert. Terlalu menyendiri. Tidak mahu berkongsi. Tidak mahu mengenal erti sahabat. Apa yang dikenali hanyalah kawan.

Nobody cares if you heart is aching. Nobody if you want more. Nobody care at all, you cried the night before. Smiling like there nothing wrong, though deep down you feel so alone.

Okay.

Bravest Everything

Lovely, 

that is what you are to me.
I love when you strong, I love when you weak.

run and run and don't look back.
have no faith and I'll meet you there.

oh Kuantan

berbalik kepada cerita semalam. 

as you all know, sekarang sudah seminggu cuti semester berlalu bagi pelajar diploma di UiTM.

berbaki 5 minggu lagi sebelum diri ini berangkat ke Hospital Kuantan (sampai sekarang tak ingat nama hospital, k) dan bermulanya tugas sebagai seorang student untuk practical selama 15 minggu. 

15 minggu di Kuantan.

k.

tanpa ada cuti yang panjang yang boleh buat ku pulang ke Selangor.

I is okay -.-

complain banyak pon tak guna since benda belum kita hadap lagi. 

bersyukur sangat dapat practicalmate yang power2. 

harapnya diorang dapat bantu aku yang lemah ni untuk berjaya saat practical nanti.

dan juga menghadap practical exam yang paling super duper scary dengan berbekalkan masa hanya sejam.

untuk buat assessment dan juga treatment.

hanya satu jam. like seriously, SATU jam!

anyway, wish me luck since sem depan dah semester 6, last semester sebelum graduate, InsyaAllah :)


Random Awesome

dari 21 Mei 2013. 

bermulanya perjalanan dan pengembaraan yang sangat mencabar sebagai seorang student.

dari minggu destinasi siswa selama seminggu.

dan bagi seorang yang tak pernah duduk asrama, it would be very difficult. 

at first. 

for me.

mana taknya, away from family, away from home.

so, of course, minggu orentasi tu memang rasa rindu sangat kat rumah dan family.

nangis tak lah. tak macholah :p

and minggu tu sanagt mencabar. 

semua kena pantas. 

bangun kena awal.

tidur kena lambat.

semua kena tepat pada masa. 

kalau tak, bebelan dari sang singa sentiasa ada. as always.

at that moment, jika ada waktu free, mesti bukak lagu Random Awesome.

dengar lagu tu mesti teringat kat rumah.

sampai sekarang kalau dengar lagu tu mesti teringat waktu minggu destinasi siswa tu.

minggu yang kosong.

but in the end, bila dah habis, of course balik rumah :D

Puncak Alam - Sijangkang bukan jauh mana. hehe

Sem 1 memang mama ayah gigih ambik hantar setiap minggu sebab ada anak mengada ngada macam ni. hiks.

terima kasih mama ayah :')


#Throwback 21 Mei 2013. Daftar sebagai pelajar di UiTM Puncak Alam. Beauty in Forest. Diploma in Nursing. Tak minat. Diberi peluang tukar course and I choose Diploma In Physiotherapy. Turun naik dan sekarang sudah habis semester and now final year and tinggal semester 6 dan kemudian Insyaallah bergraduasi sebagai seorang Fisioterapi yang berjaya. Hiks.

Arah.

Asslamualaikum people.

Sudah lama berhabuk blog ini. Last update pon 25 Sept 2012. Banyak masa dihabiskan dengan merepek meraban di Twitter. 

Its already June 19 2013. Half year already. 

And Im here. Baru bermula semester. And its final year. Sedar tak sedar dah masuk tahun akhir menjadi student Fisioterapi di Uitm Puncak Alam.

How time flies so quickly. Dan semua sudah berubah. Fikiran. Fizikal. Gadget. All of things has changed. 

But then, aku masih terpikir. Apa yang akan jadi in 5 years from now. Umur time tu baru 25. 

Dalam fikiran hanya terbayang aku kerja di Hospital. Merawat pesakit. Still single. Well, maybe dah berkereta. Mungkin. 

Tapi semuanya masih kabur lagi. Tak tahu ke mana arah tuju. Tapi niat di hati memang akan sambung Fisioterapi. Niat nak jumpa patient yang awesome. Walaupun kekadang ada jugak tersakit hati. Biasalah. Manusia. Tak semua orang sempurna dan nak bersikap baik terhadap kita. Even kawan kita pon.

Tu semua masih dalam perancangan lagi. Aim dalam hidup ni masih takde. Sekarang ni aim nak habiskan study dan sambung kerja dulu. Mungkin akan sambung belajar semasa kerja. 

Keep forward.

Tak semua kau rancang akan berlaku, mungkin nasib tak menyebelahi aku.

Ya. Memang semua yang kita rancang tak akan berlaku. Kita hanya mampu merancang dan Allah yang menentukan segalanya. Segala yang terjadi adalah yang terbaik mengikut kehendakNya.

Adios.

So...

Assalamualaikum 

Today is the day. The day that the world should see. The rise of Afiq Rashid! Kbai. Merepek. 

So, sekarang ni dah bermula study week bagi pelajar Diploma dan Asasi di UiTM seluruh Malaysia. kot. So, final exam start pada minggu hadapan bermula pada 1 Oktober 2012. Fuhh! Pejam celik pejam celik dah nak habis semester 3. Rasanya macam minggu lepas je baru bermula sem 3 ni. Dah nak habis rupanya. Since masa awal awal sem ni takde kelas sangat sebab lect banyak takde,then dah akhir sem baru jadual sentiasa packed. Fuhh! Baru rasa macam mula belajar. Fuhh! Fuhh!

So, maybe pasal tu je kot. Huu. Dah lama tak update blog. Tetibe terasa nak update bagai. Ni jelah yang mampu diberi. Fuhh. 

Btw, sekarang ni umur aku dah 19 tahun 3 hari. Rasanya dah cukup tua nak menempuh kehidupan mendatang ni. Rasanya sepatutnya dah cukup matang fikiran ini. Dah sepatutnya boleh berdikari. Huhu. Tapi. hurmm. hurmm. Its okay. I'll try my best to the best in future. I hope.



Maaf.

Assalamualaikum wahai readers yang tak berapa nak baca blog aku ni. Aha. Di kesempatan ada masa ni, memang terdetik hati nak tulis entry baru. Walaupun pendek tapi sekurang kurangnya ada juga sedikit manfaat yang boleh di ambil untuk dijadikan pedoman untuk semua. *k merepek

Setelah sekian lamanya, akhirnya bulan Ramadan kembali lagi menjengah kita. Setelah kita dah lama tak puasa, membedal sana sini, akhirnya ada masa jugak untuk perut kita rehat seketika di siang hari. Aha. *k merepek lagi

Di kesempatan itu, nak jugak diri ini memohon ampun dan maaf kepada yang mengenali diriku andai kata sepanjang pengenalan kita, aku de banyak buat salah kat kau dan aku buat bodoh je bila dah buat salah tu. Kata kata sindiran yang diberikan. Mohon diampunkan. Dosa kita dengan Allah, bertaubatlah kita dengan taubat nasuha. Dosa dengan kita dengan manusia, mohonlah kemaafan daripada manusia tersebut.

Orang mesti kata, baru bulan puasa dah sibuk nak minta maaf, tunggulah raya nanti baru nak minta maaf. Salah sama sekali pendapat anda itu. Kita nak minta maaf ni bila2 boleh.Bukan masa hari raya je. Lagi bagus minta maaf je dengan orang walaupun kita tak buat apa apa. Mungkin kita menyinggung perasaan dia secara tidak sengaja? Mana kita tahu bukan? Hati manusia, siapa yang tahu.

Kalau dah sedar dah buat kesalahan dengan orang tu baik kita minta maaf dandan tu jugak. Yelah, mana tahu dah lepas kita dah buat salah kat orang , tetibe esoknya kita dah pergi buat selamanya. Acane nak minta maaf kan? Kalau orang tu memang marah dengan kita dan tak mahu maafkan , minta maaf jugak. Sekurang kurangnya belajar mohon maaf dengan orang . Bukan susah pon kan. Hurmm.

Anyway, sempena bulan baik ni, praktikkanlah amalan memohon maaf ini. Sesungguhnya ia memberi manfaat kepada semua. Hopefully, semua akan berubah :) InsyaAllah :D

permulaan yang panjang

Assalamualaikum.

Well, setelah sekian lama. beginning 

Actually, sekarang sudah masuk minggu ke 2 and dah nak masuk minggu ke 3 sesi Semester Jun-November. Sudah bermula kelas dan kuliah dan juga kelas practical. Sudah bermula tugas sebagai seorang pelajar dan juga sebagai seorang Physiotherapy. Sudah bermula keberlambakan assingment. Eh. Ada satu je. Yang lain belum dapat. Sudah bermula journey semester kali ni dengan pelbagai aktiviti. 

Minggu depan bermula pula orentasi for junior. Physio O'Days. And I will be as Biro Multimedia dan Publisiti. Easy job kot. Just kena berkejar kejar dengan junior tuk tangkap gambar segala aktiviti dan menyiapkan itu ini sedikit. I think its gonna be okay. Hope so. 

Anyway, no more talking and writing. Just enjoy the picture.






Busy day.

Assalamualaikum 

Hi guys :D Hari Sabtu dan Ahad lepas been the busiest day of the week. Hari sabu bercadangnya nak keluar dengan kengkawan . Aku mengajak pi mandi sungai kat Sg Congkak. I'm dying to mandi sungai as last time mandi sungai time tahun lepas kot, masa pergi camp Ikhtihar Hidup Pengkalan Hutan, Kesatria. Nak merasa air yang sejuk lagi. Hurmm, tapi harapan ttinggal harapan. Bebudak sekarang mana nak mandi sungai lagi dah -.- semua sik nak tengok wayang je -__- Pasif giler .

Jadi disebabkan tak nak mandi sungai, aku ajaklah gi KL. But suddenly, out of the blue, otw nak pergi ke ambik diorang ni, Shah KSMY bagi message : "assalamualaikum afiq. ini shah. nak tix Mania rite? boleh call shah kat 017******?'' And I was.... JYEAH ! sebab minggu lepas tetamu undangan Mania adalah Y U N A ! Jadi plan bertukar daripada pergi ke KL ke Jusco Bukit Tinggi tengok wayang cerita Dark Shadows. Awesome ! Aku dapat 3 tiket free ke Mania. But then hanya aku dan Akmal je yang pergi. 

*tiket Mania* Thanks KSMY :)

camwhore jap :p

Pergi Ke Kompleks Sukan Negara Panasonic Seksyen 21, Shah Alam tu punyalah pening. Dengan aku main tempuh je jalan tanpa tengok map dulu.HAHA. Sesat kemain. Bertolak lepas Maghrib ,dalam pukul 745 cenggitu. Nasib setelah menempuh jalan di Shah Alam dengan redha nya, akhirnya sampai jugak. Fuhh. Sesampai je jumpa Kak Adiputri KSMY tuk dapatkan tiket. Kena deuk belakang jugaklah sebab dah lambat. 

Persembahan secara live di Kompleks tu kurenglah. Kalau nak dibandingkan dengan audio masa live kat Muzik muzik, muzik2 lagi best! Tapi bile tengok Mania balik kat tv sedap pulak. huh. Btw, persembahan Yuna awesome ! Tapi too sad sebab tak dapat jumpa Yuna :( Yuna balik awal giler. Hurmm. But ist okay, sebab dapat jumpa other KSMY :D 

Hari Ahad pula, ada convocation my sis , ALIA :D di UiTM Shah Alam. Beliau finally telah menamatkan pengajian in Bachelor in Landscape Architecture. Congrats :) Layan gambar jelah ye. malas nak tulis lagi :p



captured by me. btw, sebenarnya topi tu takde dalam gambar :p

My Opinion. What yours ?

Assalamualaikum again :)

Hi sekali lagi. Bertemu sekali lagi dalam ruangan ini. Masih memikirkan lagi sebenarnya apa yang hendak dikupas pada entri kali ini. *berfikir sejenak

Setelah berfikir sejenak, tetibe terfikir satu isu yang hangat pada masa kini. Which is BERSIH 3.0 . Naaahh, aku takkan cakap pasal perkara ni sangat tapi aku akan cakap pasal perkara yang berlaku di facebook dan twitter mengenai BERSIH. 

As usual, perkara ni semua orang dah tahu pasal apa. Pasal duduk bantah aman yang mahu dilakukan di Dataran Merdeka tapi telah dihalang oleh  pihak polis dan juga FRU dan juga DBKL kalau tak silap. Selepas kejadian BERSIH itu, makin banyaklah berita yang tersebar di facebook ,twitter and all sorts of media massa. Some ada yang menyokong, some ada yang menentang. Separuh ada yang menyalahkan polis, separuh ada yang menyokong polis, separuh ada yang menyokong peserta, separuh ada yang menentang. 

For me, I'll be just neutral. Sebab saya tak pernah pergi perhimpunan itu dan tak tahu apa sebenarnya yang berlaku di sekitar Dataran Merdeka itu. Pelbagai tomahan yang dilemparkan kepada pihak polis dan juga pihak peserta BERSIH. Di media massa semua sik menyalahkan peserta BERSIH kerana bertindak ganas dan memecahkan kereta polis what so ever. Yang aku tahu peserta tu hanya mahu duduk dan bantah serta mahu tuntutan BERSIH itu ditunaikan . Itu je bukan? 

Tapi dah dari 6 ptg hari sebelumnya , jalan ke Dataran Merdeka telah ditutup bagi menghalang peserta BERSIH daripada memasuki Dataran Merdeka. Yang aku perasan di kebanyakkan surat khabar dan juga tv, diorang menghalang dengan meletakkan kon  dan juga dawai besi yang tajam . Pihak polis ada juga melepaskan gas pemedih mata yang boleh menyekat saluran pernafasan tetapi tidak membawa maut bagi yang sihat kecuali asma. Mungkin. Pihak polis juga ada menyembur air bagi menghalang peserta BERSIH. Airnya dikatakan boleh menyebabkan kegatalan. *cerita menurut saudaraku yang telah menyertai BERSIH baru2 ini.

Yang aku tak pasti adalah bagaimana keadaan itu boleh menjadi huru hara dan menyebabkan ramai yang tercedera serta dua wartawan turut tercedera. Pihak polis juga ada yang yang turut tercedera. Yang itu aku tak pasti. Aku tak tahu siapa yang memulakan keadaan huru hara. Jadi aku malas nak cakap pasal tu. Kang lebih2 jadi fitnah. Orang yang kita tuduh tu tah siapa , nanti cane nak minta maaf. 

Isu yang aku nak ketengahkan di sini adalah, apabila orang yang tak pergi mengikuti perhimpunan itu dan cuma tengok berita dan hanya baca di facebook mengenai BERSIH sibuk pung pang pung pang pasal BERSIH. BErsih itu kotorlah, bersih itu inilah dan tak kurang juga yang buat lawak pasal bersih -.- Kekadang annoying jugak dengan orang macam ini. Tak pergi melihat kejadian itu sendiri tapi sibuk menyalahkan semua pihak. News feed penuh je pasal dia punya komen pasal BERSIH, tapi bila ditanya pergi ke tak, jawapannya dia duk rumah makan kopok. errr. 

Masyarakat sekarang ini lebih menyukai untuk membuat perbagai spekulasi tentang seseuatu itu tanpa ada usul selidik dulu. Benar ke apa yang diperkatakan di media massa? Surat khabar ni cakap lain, surat khabar ni cakap lain. Blog ni cakap lain, blog ni cakap lain. Len kali sebelum nak buat spekulasi tu , make sure kau buat penyiasatan yang terperenci dulu ye. Kalau boleh buat paperwork sekali. Baru nak pung pang sana sini. Biar ada bukti.Jangan cakap tak serupa bikin.

Kadang kadang perkara yang kita baca kat facebook, twitter and also blog, kekadang ada yang tak betul. Orang boleh menipu kita je dengan share perkara tu. So, bila kita nak share  balik tu , make sure berita tu mengenai benda yang betul . 

And bila cakap pasal BERSIH ni mesti ada yang akan kaitkan dengan politik. Sudah semestinya bukan.Tapi aku malas nak campur pasal politik walaupun aku tahu yang aku akan hadapi perkara tu akan datang. Oh, btw, kepada yang tak fikir politik ni kotor, anda sebenarnya SALAH ! Ye, anda salah! baru tahu ke? Kembangkan minda anda. Politik itu tidak kotor, orang yang mengamalkan rasuah what so ever dalam politik ni yang kotor. Jadi kalau tak nak orang yang salah memerintah tempat anda , pilihlah pemimpin yang adil .Semua di tangan anda sendiri. Jangan duk menyalahkan semua orang kalau anda sendiri tak undi. haihh

Please Malaysian, pelase wake up. Find the truth first before share to everybody. And last but not least, nak kata rakyat Malaysia ni tak bersyukur pon ada gak. Haihhh. Peace .

PKNS dan YUNA

Assalamualaikum :)


Hai people :D It's been a while since my last post. Aku agak busy dengan kerja selama 2 minggu di PKNS, Shah Alam. Bekerja dengan Cik Yah. Dia menjual tudung, baju, anak tudung dan pe yang berkaitan dengan barangan wanita. Kerja di booth selama 2 minggu tu actually penat. Mana taknya dari pukul 9 pagi sampai 9 malam. 12 jam punye kerja. Havoc woah ! dan alhamdulillah, ada jugak pulangan yang dapat. 

Ni gerai yang aku jaga selama 2 minggu :D
Dari pandangan aku, semua yang nak beli mesti ada ayat wajib : " boleh kurang?", "ada discount?', "kurang lah sikit dik". Err...penat nak menjawab nye weh. Hadoi. Aku beli barang pon takde nak mintak discount. Haih. Melayu ni memang suka subsidi je kan.Nak barang mahal dan berkualiti tapi tang bayar nak murah je. Masa kahwin takde pulak kau letak hantaran RM30 ke. Masa meminang takde plak mintak tawar menawar.heh.

Ni ada kad, kalau korang berminat nak beli pape yang berkaitan dengan pakain wanita atau tudung what so ever boleh contact atau pergi ke Kenanga Wholesale City, KL :)

Anyway, kerja dah habis 1May lepas. Ramai jugak orang pada 1 Mei tu. Tak terlayan. Dan gaji aku dapat RM500. wink2. Tapi sayang plak nak guna. Macam nak simpan je.Tapi dalam kepala dah pikir macam2 nak beli.haha. Kena bayar saman lagi :p Tapi takpe , kalau ada rezeki lagi bertambahlah tu :)

Btw, 24th April lepas Yuna dah launched album US dia title YUNA :) 

her album YUNA
Ada 14 lagu kalau tak silap. Album ni belum launched kat Malaysia lagi. Antara lagu yang ada dalam album ini adalah : 

  • Tourist
  • Stay
  • Remember My Name
  • Planes
  • See You Go
  • Mermaid
  • Loud Noise
  • Live Your Life
  • Lullabies
  • Island
  • Fading Flower
  • Favourite Thing
  • Bad Idea
  • Decorate (new version)
Album ni dihasilkan bersama dengan Pharell Wiliams under Fader Labels. Semua lagu dalam album ni sungguh AWESOME ! Suara dia unik giler. Far more better then Nicki Minaj, Justin Bieber, Selena Gomez and retis US yang tidak disukai dalam 9Gag. Eh.

Btw, kalau nak dengar lagu2nye, ada jugak dalam youtube. So, KSMY-ians, bila album ni dah arrive kat Malaysia, make sure beli :D Aku dah beli album Decorate ngan Terukir Di Bintang. Terukir Di Bintang lagu yang sangat AWESOME ! thumbs up YUNA :) adios :)


Ni ada lagu Live Your Life Official video :)  enjoy :D


Ni pulak lagu Island. Feveret aku :)

Another moment.

Assalamualaikum.



Kadang kala, perubahan yang sedikit itu memberi impak yang besar kepada kita dan juga orang sekeliling kita. Sama ada impak itu baik atau tidak ia pasti berlaku. Sama ada orang sekeliling akan suka atau tidak ia pasti berlaku.

Aku tidak pasti akan perubahan yang berlaku kepada aku sekarang ini sam ada baik atau buruk. Tapi bagi aku, perubahan mengajarku satu perkara iaitu untuk terus maju dan terus melakukan perubahan ke arah kebaikan.

Semester 2 sebagai pelajar Fisioterapi di Puncak Alam banyak sekali memberi impak yang besar dalam fator perubahan aku. Aku yang dulunya kurang bergaul dengan pelajar fisio sendiri, kini boleh bergaul dengan mereka. Aku yang dulunya sungguh rindu akan rumah, kini mengurangkan sedikit rasa rindu ku kepada rumah.

Aku yang dulunya mengalami tekanan ketika belajar di sana, kini lebih tenang. Aku yang dulunya kurang bertweet, kini lebih untuk tweet. Eh. Walau apa pun perubahan ku ini, semuanya ke arah kebaikan. Insyaallah. Dan aku harap dengan perubahan ini, semua orang dapat terima aku. Walaupun perubahan aku itu sedikit. 

Oh, dan cuti sem kali ini aku berubah dengan lebih rajin sedikit sebab aku well, gardening dengan awesomenya sampai mengecat.muahaha. Disebabkan duduk di rumah ni bagai duk ngan ayah, mama dan adi(waktu siang sahaja) sahaja, mana ke tidaknya kebosanan. Jadi gardening make me ada benda nak buat. Living with nature however make me more calm. 

Actually jadi anak bongsu ni kurang best sebab sering menjadi target.hurmm. Now, I always wonder macam mana yang jadi anak tunggal.

Anyway, tak kisahlah, aku bersyukur dilahirkan dalam keluarga cukup serba serbi :) Dan perubahan yang aku lalui ni, harapnya akan bertambah lebih baik. Insyaallah.

Just another reminder for me and you : Say the good or remain silent - Prophet Muhammad SAW 

And another quote fro you : Rezeki setiap orang itu Allah sudah tetapkan, buat apa nak jeles dengan orang lain. Jadi, have faith in Allah. Allah knows better.

Fear and Frustation

Assalamualaikum .


Just to let you know





Maafkan aku, aku tidak tahu apa yang sebenarnya tersirat dihatimu. Aku menyangkakan yang hatimu telah ditawan oleh sang rupawan di sana. Aku tidak menyangka perkara ini akan terjadi. 

Jika perkara ini yang terbaik untukmu, aku relakan. Dan, maaf sekali lagi untuk segalanya. Mungkin jika engkau memberitahu isi hatimu sudah pasti takdir yang lain akan berlaku. Mungkin. 

Aku mendoakan kebahagian dan kejayaanmu disana. Tetapi, hatiku mengharap akan perkara yang lebih baik. Supaya kamu menerimaku kembali. 

just A post '14

Assalamualaikum dan selamat bertemu kembali :)

Here agaian. After a looooooong not updating my blog, being left for almost a month or two.hehe. Takde masa nak mengupdate blog plus takde mood . 

Well, my last post is about me pergi tengok AJL and met yuna and qi :) So after loongg tak update ni, banyak yang berlaku actually. Physio Wanna Be punye program, Hospital Visit ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Final Exam :O, melawat Bukit Cherakah, menjadi mentor di SK Sg Sireh under Skuad Mentor Sihat Sekolah ( SMSS ) :D and many mores !

Nak dijadikan cerita sekarang ni aku tengah bercuti dengan senang lenangnya sebab Semester 2 is already finished ! Finished dengan jayanya mungkin :) Perhaps. Well, I hopefully everything gonna be okay. Insyaallah :) Now, pray hard >.<

Setelah cuti semester ni yang bermula pada 30.03.2012 dan akan dijangka berkahir pada 10.06.2012, masih tidak ketahuan mahu buat apa :/ Mama dah suh kerja tapi hati ni masih entah. Masih mahu berehat banyak banyak kat rumah.Jadi rutin harian saya buat masa sekarang ini adalah tweet ! HAHA. Nothing to do :/

So, maybe sampai sini je. Nanti sambung lagi . Enjoy the pictures of some of my activity during Semester 2 di UiTM Puncak Alam :)

Di bukit cherakah :D

 

Di bukit cherakah jugak

tengah takde keje masa last day di Puncak Alam
Hospital Visit ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan

just A post '13

Assalamualaikum.

Well, its been a while since my last post in this blog. Sudah agak alam tidak mengupdate blog ni. Mungkin dah hilang dah reader yang pernah memabca blog aku ni :} It's okay :)

So, since my last post , actually banyak perkara yang terjadi. especially AJL 26 :) 
Tapi takde masa dan agak  keberatan hati  ni nak mengupdate blog yang sudah lama berhabuk ni . 

So first thing first, tak tahu nak cerita apa .HAHA. okay, start with AJL 26. Ini adalah kali pertama aku menonton live AJL di Stadium Putra Bukit Jalil. Keadaan super duper AWESOME ! Jam 6.30 petang aku dah menunggu kat luar stadium tunggu pintu nak buka. Kira2 jam 7.30 baru pintu dibuka. Mula cop tempat dulu pastu pergi solat Maghrib. Then dah habis solat menunggu lah kat dalam tu macam orang bodoh sampai lah saat pukul 9 . 

Then bermulalah AJL 26. dan korang tahulah apa yang berlaku kan. Then after AJL nampak tweet KSMY kat twiter, dia tulis " sape KSMY yang nak jumpa Yuna tunggu " and aku pon hehehe. Dah mula dah tersenyum lebar. Contactlah admin KSMY then jumpa dorang. After for half an hour, dapat jumpa Y U N A ! Speechless giler bila jumpa dia. tak terkata. tak tahu nak kata apa. just tangkap gambar. err..Then balik ! Happy ending :)

tu je nak tulis time cenggini.hehe. btw, bulan 2 ni bulan yang sangat mencabar bagi aku. kenapa? Lebih kurang setiap minggu ada test dan setiap hari  sabtu ada hal dan bulan akhir sebelum final ! Final exam pada 12.03.2012. So, nak chill dengan mengupdate blog ni :) Wish me luck guys !

 *afiq with Qi*
*afiq with Yunalis Zarai* 

*yuna sings Penakut at AJL 26*