syukran :)

alhamdulillah

setelah menghadapi 9 hari yang agak mencabar
9 hari menjalani SPM

akhirnya

pada 8 disember 2010
 saya telah menamatkan sesi pembelajaran bagi tahun 2010 
:D
dan juga 

menamatkan diri sebagai seorang murid !

after this
i will be a student 
in U !

:D

Dunia sekarang . . .

Cuba kita lihat apa yang berlaku di sekeliling kita hari ini ?
Memanglah di Malaysia umat Islam lebih ramai. Sekitar 54% saja sekarang. Tapi kita berpecah kepada banyak golongan. Bolehlah saya kategorikan umat Islam yang ada di negara ini terbahagi kepada 3 golongan utama :

1- Golongan beriman - golongan yang beriman kepada Allah dan Rasul serta melaksanakan tuntutan Syahadahyang diucapkannya.

2- Golongan munafiq - golongan yang mengaku Islam tapi dalam waktu yang sama menentang kebangkitan Islam.

3- Golongan murtad - golongan yang telah keluar dari agama Islam sepertimana 250 ribu anak orang Islam yang telah disahkan murtad. Manakala yang murtad tanpa sedar tak tahulah berapa ramai jumlahnya.

Takde gunanya segala amal ibadah kita selama ini jika pegangan 'Aqidah dah rosak.Masih ingat lagi Ahli Parlimen Shah Alam,YB Khalid Samad yang juga ahli PAS dengan bangganya melawat kilang Arak terbesar di Malaysia yang terletak di Shah Alam itu.Tercatat sejarah politik Malaysia apabila satu-satunya orang islam berpangkat YBmelawat kilang Arak yang jijik dan keji itu.

golongan yang ke 2 dan ke 3 yang telah menhancurkan umat islam di Malaysia dengan bermacam-macam maksiat yang berpunca daripada pemimpin2 PKR dan DAP yang jahil.Yang terbaru wakil DAP datang ke surau bagi memancing undi Melayu Islam tanpa menutup aurat..!

Sejujurnya saya menyeru kepada seluruh umat Islam agar segera meninggalkan Pakatan Rakyat kerana adanyaPKR dan DAP sementara masih ada umur.Mereka seperti agen yahudi disebalik parti politik cuba merosakan anak Melayu Islam.Takde gunanya bila nyawa dah sampai kat urat leher, baru nak menyesal. Pada ketika itu pintu taubat dah tertutup.

Kelebihan Mengambil Wudhu

Syarat mendirikan solat ialah mengambil wudhuk .Tentu tidak sah jika kita mengerjakan solat lima waktu tetapi meninggalkan wudhu’.

Pernahkah kita terfikir dengan perintah Allah SWT dengan perbuatan yang nampak remeh ini. Kenapa tidak?? Kenapa tangan bersama dengan air menyentuh anggota-anggota tubuh. Kenapa wajah yang dibasuh? Kenapa mesti telinga?

Banyak rahsia dalam kandungan wudhu’ yang hanya Allah Maha Mengetahui namun antara rahsia wudhu’ yang dapat diungkapkan ialah:

Setiap perintah Allah SWT tentu memiliki hikmah kebaikan disebaliknya. Lima pancaindera kenapa semua tanpa terkecuali disapu oleh air wudhu’. Mata, hidung, telinga & seluruh kulit tubuh. Ini betul-betul luar biasa.

Ahli syaraf/ neurologist pun telah membuktikan dengan air wudhu’ yang menyejukkan hujung-hujung urat syaraf jari-jari tangan dan jari-jari kaki berguna untuk menenangkan fikiran.

Anda tentu pernah mendengar akupunktur kan? Cuba cari tahu dimana saja letak titik-titik sensitif yang sering digunakan dalam ilmu akupunktur? Lalu kemudian amati rukun wudhu’. InsyaAllah kita akan menemui persamaan antara keduanya.

Pada anggota badan yang terkena semasa berwudhu’ terdapat ratusan titik akupunktur yang merupakan titik penerima ransangan terhadap sentuhan berupa basuhan, gosokan, usapan, dan tekanan/urutan ketika melakukan wudhu’. Sentuhan tersebut akan dihantarkan ibarat signal ke sel, jaringan, organ dan sistem organ yang bersifat terapi. Ini terjadi kerana adanya sistem komunikasi iaitu sistem syaraf dan hormon bekerja untuk mengadakan homeostasis (keseimbangan). Titik-titik akupunktur, suatu fenomena yang menarik bila dibandingkan dengan syariat wudhu yang disyari’atkan 15 abad yang lalu.

Jumlah Titik Akupunktur Pada Anggota Wudhu’(rukun dan sunat)

Muka 84
Tangan 95
Kepala 64
Telinga 125
Kaki 125
Jumlah keseluruhan = 493!

Ternyata terdapat 493 titik penerima ransangan pada anggota wudhu’!!

Subhanallah!! Bayangkan jika kita melakukan itu setiap hari paling sedikit 5 kali sehari…

Kita tidak harus memandang ringan semasa menjalani wudhu. Mengapa? Cuba ingat semasa kita membasuh tapak kaki & tangan…apakah celah-celah jari sering kita abaikan? Ternyata ada fakta menarik yang ingin saya kongsikan:

Dari ilmu ahli akupuntur, di celah-celah jari terdapat 16 titik akupunktur yang mana titik-titik tersebut apabila dirangsang yang istmewa yang dapat mengubati migrain, sakit gigi, tangan-lengan merah, bengkak, dan jari kaku.

Berkenaan telinga pula, walau pun ia adalah amalan sunat, ia mengandungi 30 titik ransangan! Maka, semasa menyapu telinga itu jangan cuma membasuh saja, tapi harus dengan urutan lembut juga. Selepas ini sebaiknya kita tidak meninggalkan amalan sunat semasa berwuduhu’ kerana setiapnya mempunyai titik penerima ransangan.




Titik akupuntur di telinga. 125 disentuh semasa mengambil wudhu’.

Subhanallah…sungguh luar biasa rahsia wudhu’…


Semoga rahsia Wudhu’ ini memberi manfaat kepada anda.Wallahualam.