persepsi|AFIQ : AfiqabdulRashid

Assalamualaikum.


Its been a while since my last post.


first of all, aku nak bagitau, aku ni jenis yang suka akan melihat perilaku manusia. tak kiralah di mana aku berada. aku suka perhatikan orang yang berada di sekililing aku. tingkah laku dia. pakaian dia. dengan siapa dia keluar. tak kiralah orang itu kawan aku mahupun orang yang tidak aku kenali.


jadi, banyak perkara yang telah aku lihat. orang berpeluk sana sini, bergurau senda tak ingat dunia, pakai baju yang tidak menyedapkan mata untuk dipandang dan macam macam lagi. aku ni kira macam stalker pon ada.haha.aku suka buka wall orang then scroll dari atas sampai ke bawah sebab nak tahu aktiviti orang itu.memang dah kes tak de keje.haha


and ada dua orang hamba Allah ni.lelaki.aku selalu perhatikan gelagat diorang.sebab aku selalu lepak dengan diorang. perwatakan dua orang ni memang tak tumpah seperti dua orang kawan yang baik.bagi diorang lah kot. kalau bagi aku memang aku dah pikir lain dah. aku jenis orang yang belum lagi menyaksikan persahabatan yang begitu akrab sehingga nak pergi mana2 , dua orang tu mesti nak letak tangan kat bahu.macam bergandingan bahu.faham tak? aku tak pernah duduk asrama yang pernah menyaksikan keakraban persahabatan sehingga begitu sekali.


kadang kadang aku terpikir negatif juga pasal diorang ni. mana taknya , tidur nak sama sama, makan nak sama sama. kalau papehal mesti si A akan cari si B. eventhough bilik lain lain. aku cuba menguatkan fikiran ku ke arah yang lebih positif. mungkin diorang hanya kawan yang terlebih baik! that are friends suppose to be, i guess.


aku juga jenis manusia yang kurang berkongsi cerita dengan kawan. aku lebih suka menyimpan perasaan sendiri.aku tak beritahu orang lain. aku lebih suka mendengar cerita orang lain. dan aku lebih suka mendiamkan diri daripada banyak berkata kata, sebab aku tak tahu nak bercerita tentang apa bila dah duduk,berjalan, dengan kawan. inikan pula dengan orang yang tak aku kenali, memang aku tak bercakap langsunglah.


orang mungkin akan fikir aku sombong sebab aku tak tegur orang dan kurang bercakap. aku juga kurang bergaul dengan orang. aku bergaul dengan kawan yang aku kenal saja dan rapat bagi aku.


dan , inilah aku. aku tak boleh nak menjadi orang lain. tapi, aku harap aku boleh berubah mengikut kehendak aku sendiri, bukan mengikut kehendak orang lain. i hope so.


as people always says, tak semua kau rancang akan berlaku. 


but, Allah lebih mengetahui dari manusia sendiri.

Segmen: Kaki Wayang nak review blog

Assalamualaikum :)


For the first ever, aku join sebuah segmen yang dibuat oleh Kaki Wayang.


So, here.aha! 



Objektif segmen: 
  1. Berkongsi-kongsi idea dan pendapat mengenai blog, design dan macam-macam lagi. 
  2. Sebagai salah satu promosi kepada blog anda secara tak langsung dapat menambah bilangan follower anda.

so, terima kasih :)

just A post '11

Assalamualaikum ! 


Sudah sekian lamanya tidak mengupdate blog ini kerana kekangan masa. ktipu!haha. *walhal setiap hari bukak fb,twitter, tengok semifinal muzik2 live.opppssss! :p


sudah 2 minggu memulakan semester 2 sebagai pelajar physiotherapist di uitm puncak alam. agak penat juga menjadi pelajar ini.lagi lagi menajdi pelajar di uitm puncak alam.kena naik tangga batu caves ko tau ! kau ada ?


so far, keadaan study masih stabil. masih boleh difahami apa yang di ajar oleh lecturers. but, only subjek ANP which stand for Anatomy and Physiology yang tersangat aku blurr.dah lah kelas mula kul 830.mengantuk pulak! aku memang saje duk depan sekali, depan lec, supaya dapat tangkap sikit sikit apa yang dii ajar, dari tak faham langsung, ye dak?


so far, jadual aku dikira pack.bagi aku lah.setiap hari kelas penuh sampai ke petang kecuali selasa dan jumaat. oh btw, jumaat aku takde kelas :p kau ada?


oh, last week hari jumaat aku tengok secara live semifinal muzik muzik di seri pentas 2 PAS. sungguh best ! dapat tengok YUNA secara live. part yang kecewa adalah tidak dapat bergambar bersama yuna :(


but, yuna masuk AJL 26 mempertaruhkan lagu Gadis Semasa dan Penakut :D
harap tak de salah kira lagi lepas ni :p *lame joke :p


so , GOOD LUCK buat YUNA. Do the best in AJL 26 !



YUNA on stage sings PENAKUT !

superb !