Arah.

Asslamualaikum people.

Sudah lama berhabuk blog ini. Last update pon 25 Sept 2012. Banyak masa dihabiskan dengan merepek meraban di Twitter. 

Its already June 19 2013. Half year already. 

And Im here. Baru bermula semester. And its final year. Sedar tak sedar dah masuk tahun akhir menjadi student Fisioterapi di Uitm Puncak Alam.

How time flies so quickly. Dan semua sudah berubah. Fikiran. Fizikal. Gadget. All of things has changed. 

But then, aku masih terpikir. Apa yang akan jadi in 5 years from now. Umur time tu baru 25. 

Dalam fikiran hanya terbayang aku kerja di Hospital. Merawat pesakit. Still single. Well, maybe dah berkereta. Mungkin. 

Tapi semuanya masih kabur lagi. Tak tahu ke mana arah tuju. Tapi niat di hati memang akan sambung Fisioterapi. Niat nak jumpa patient yang awesome. Walaupun kekadang ada jugak tersakit hati. Biasalah. Manusia. Tak semua orang sempurna dan nak bersikap baik terhadap kita. Even kawan kita pon.

Tu semua masih dalam perancangan lagi. Aim dalam hidup ni masih takde. Sekarang ni aim nak habiskan study dan sambung kerja dulu. Mungkin akan sambung belajar semasa kerja. 

Keep forward.

Tak semua kau rancang akan berlaku, mungkin nasib tak menyebelahi aku.

Ya. Memang semua yang kita rancang tak akan berlaku. Kita hanya mampu merancang dan Allah yang menentukan segalanya. Segala yang terjadi adalah yang terbaik mengikut kehendakNya.

Adios.

So...

Assalamualaikum 

Today is the day. The day that the world should see. The rise of Afiq Rashid! Kbai. Merepek. 

So, sekarang ni dah bermula study week bagi pelajar Diploma dan Asasi di UiTM seluruh Malaysia. kot. So, final exam start pada minggu hadapan bermula pada 1 Oktober 2012. Fuhh! Pejam celik pejam celik dah nak habis semester 3. Rasanya macam minggu lepas je baru bermula sem 3 ni. Dah nak habis rupanya. Since masa awal awal sem ni takde kelas sangat sebab lect banyak takde,then dah akhir sem baru jadual sentiasa packed. Fuhh! Baru rasa macam mula belajar. Fuhh! Fuhh!

So, maybe pasal tu je kot. Huu. Dah lama tak update blog. Tetibe terasa nak update bagai. Ni jelah yang mampu diberi. Fuhh. 

Btw, sekarang ni umur aku dah 19 tahun 3 hari. Rasanya dah cukup tua nak menempuh kehidupan mendatang ni. Rasanya sepatutnya dah cukup matang fikiran ini. Dah sepatutnya boleh berdikari. Huhu. Tapi. hurmm. hurmm. Its okay. I'll try my best to the best in future. I hope.



Maaf.

Assalamualaikum wahai readers yang tak berapa nak baca blog aku ni. Aha. Di kesempatan ada masa ni, memang terdetik hati nak tulis entry baru. Walaupun pendek tapi sekurang kurangnya ada juga sedikit manfaat yang boleh di ambil untuk dijadikan pedoman untuk semua. *k merepek

Setelah sekian lamanya, akhirnya bulan Ramadan kembali lagi menjengah kita. Setelah kita dah lama tak puasa, membedal sana sini, akhirnya ada masa jugak untuk perut kita rehat seketika di siang hari. Aha. *k merepek lagi

Di kesempatan itu, nak jugak diri ini memohon ampun dan maaf kepada yang mengenali diriku andai kata sepanjang pengenalan kita, aku de banyak buat salah kat kau dan aku buat bodoh je bila dah buat salah tu. Kata kata sindiran yang diberikan. Mohon diampunkan. Dosa kita dengan Allah, bertaubatlah kita dengan taubat nasuha. Dosa dengan kita dengan manusia, mohonlah kemaafan daripada manusia tersebut.

Orang mesti kata, baru bulan puasa dah sibuk nak minta maaf, tunggulah raya nanti baru nak minta maaf. Salah sama sekali pendapat anda itu. Kita nak minta maaf ni bila2 boleh.Bukan masa hari raya je. Lagi bagus minta maaf je dengan orang walaupun kita tak buat apa apa. Mungkin kita menyinggung perasaan dia secara tidak sengaja? Mana kita tahu bukan? Hati manusia, siapa yang tahu.

Kalau dah sedar dah buat kesalahan dengan orang tu baik kita minta maaf dandan tu jugak. Yelah, mana tahu dah lepas kita dah buat salah kat orang , tetibe esoknya kita dah pergi buat selamanya. Acane nak minta maaf kan? Kalau orang tu memang marah dengan kita dan tak mahu maafkan , minta maaf jugak. Sekurang kurangnya belajar mohon maaf dengan orang . Bukan susah pon kan. Hurmm.

Anyway, sempena bulan baik ni, praktikkanlah amalan memohon maaf ini. Sesungguhnya ia memberi manfaat kepada semua. Hopefully, semua akan berubah :) InsyaAllah :D