INGATLAH ALLAh selalu . . .

Jika dilihat dari mata kasar ,kebanyakan Muslimah tampil sempurna dengan pakaian menutup aurat.Memang menawan.Namun seseorang itu tidak cukup 'indah' jika 'tiangnya'masih lemah iaitu iman.

Tiang' yang dimaksudkan itu ialah SOLAT iaitu rukun Islam yang WAJIB dilakukan dalam apa jua keadaan kecuali atas beberapa sebab seperti mana yang digariskan di dalam Al-Quran .Laksanakan ia sebaiknya kerana syurga adalah janji-Nya di kemudian hari.

       Abu Hurairah meriwayatkan ,Rasulullah Sallallahu'alahi wassalambersabda yang bermaksud:

     "Sesungguhnya amalan pertama yang akan disoal pada hari kiamat kelak ialah ibadat solat.Jika baik amalan solatnya,beruntunglah dia.Jika rosak amalan solatnya ,pasti dia akan menyesal dan berasa sangat rugi.Jika orang itu mendirikan solat wajib secara tidak sempurna Allah akan menyatakan kepada para malaikat."Wahai para malaikat ,periksalah hamba-Ku ini.Adakah mereka akan melakukan solat sunat?Apabila ada solat sunat yang dilakukan ,ia dapat menampung kekurangan solat wajib yang didirikan secara tidak sempurna.Begitu juga dengan amalan wajib yang lain".[HR. Tirmizi]

     
        Jadi ,ingatlah walau bagaimana sibuk pun diri kita,ingatlah DIA YANG MAHA AGUNG ,MAHA KAYA dan MAHA PENCIPTA.Jika kita lupa pada-Nya.Dia juga akan melupakan kita.Disaat kita ditimpa bencana ,kepada siapa kita meminta jika bukan kepada Dia,Allah  Yang Maha Mendengar ,Maha Mengasihani ,Maha Menyayangi?Tidakkah ketika itu kita malu untuk mengangkat tangan yang selama ini tidak pernah menadah kepada-Nya memohon perlindungan?

        Mohonlah keberkatan daripada-Nya dengan MELAKSANAKAN SOLAT.Yakinlah diri kita akan dilindungi di dunia dan azab api neraka di akhirat kelak.Didiklah anak-anak kita dan sematlah di jiwa mereka TIDAK ADA YANG LEBIH UTAMA DI DUNIA INI MELAINKAN ALLAH.Letakkan Allah di TEMPAT PALING UTAMA DI HATI SANUBARI .Insya Allah hidup ini akan terus diberkati-Nya.

15 PERKARA YANG MENDATANGKAN BALA

  1. APABILA KEKUASAAN DIANGGAP KEUNTUNGAN  -tak ikhlas sebenarnya,ada udang disebalik batu.
  2.  AMANAT DIANGGAP GHANIMAH.-jujur penting
  3.  MEMBAYAR ZAKAT DIANGGAP SESUATU YANG MERUGIKAN- rezeki hak Allah ,jangan kedekut.
  4. SUAMI TUNDUK PADA ISTERI/DAYUS-tetapkan pendirian wahai suami.
  5. DERHAKA TERHADAP IBU-kenang budi ibu melahirkan,hormati mereka.
  6. MENTAATI KAWAN YANG TERPESONG DARI KEBENARAN-bijaklah memilih kawan.
  7. APABILA RAMAI ANAK MEMBENCI AYAH-hakikat ayah memang tegas dan kekadang ada khilafnya tetapi baik buruk mereka tetap ayah ,maafkan mereka dan terimalah ayah seadanya,sayanginya jangan benci,lakukan semata-mata kerana Allah.
  8. PEMIMPIN DIANGKAT DARI GOLONGAN YANG RENDAH AKHLAKNYA -umpama memilih calon 'isteri' pilihlah yang beragama sebagai pemimpin rumahtangga dan mendidik pewaris,begitulah adab memilih pemimpin negara,pilihlah yang beragama agar menjamin  bahagia dunia akhirat.
  9. MEMBUAT BISING DI DALAM MASJID-masjid rumah Allah ,jaga adab dan tempat beribadat jangan bising agar yang sedang beribadat dapat khusyuk.
  10. ORANG YANG DISANJUNGI KERANA KEJAHATANNYA-sememangnya mencari bala.
  11. MINUM ARAK SECARA BERLELUASA-alkohol banyak kesan buruk dari baiknya.
  12. SEMAKIN RAMAI LELAKI MEMAKAI SUTERA-umpama lelaki cuba menukar jantina dan hukum pun memang haram,sutera khusus untuk wanita sahaja.
  13. WANITA MENARI DIKHALAYAK RAMAI DIANGGAP SEBAGAI PERKARA BIASA-hilang rasa malu.
  14. PERMAINAN MUZIK MERATA-RATA-melalaikan.
  15. UMAT AKHIR ZAMAN SEWENANGNYA MENGUTUK UMAT TERDAHULU-sedarlah tiada dahulu tiada sekarang.Hargailah pengorbanan Rasulullah Sallalahu 'alaihi wassalam.

Tawakkal .

Setiap kejadian menimpa manusia pasti ada sebab serta mempunyai hikmah

KITA selalu mendengar keluh kesah sesetengah orang yang bertanyakan kenapa agaknya suratan kehidupan mereka begitu susah untuk memperoleh kesenangan dan begitu senang pula mendakap kesusahan.

Mereka iri hati dengan keadaan orang lain yang ditakdirkan senang memperoleh kesenangan secara berterusan. Ada manusia yang hidup senang dan kaya raya, ada hidup susah dan melarat, ada dulunya senang tetapi kemudian hidup melarat.
Hakikatnya, inilah asam garam dan pancaroba kehidupan yang harus diterima dengan hati terbuka. Sebagai khalifah di muka bumi, perlulah kita membuat analisis dan muhasabah. Berfikir secara waras bahawa ketentuan Allah SWT mempunyai seribu satu sebab yang terkandung hikmah dan pengajaran.
Cuba nilai mengapa sesetengah manusia diberikan ujian terlalu hebat oleh Allah SWT? Mengapa sesetengah yang lain diberi rahmat dan rezeki yang tidak putus-putus?
Setiap sesuatu dijadikan atau ditakdirkan-Nya itu pasti ada sebab dan mempunyai hikmah. Manusia hanya perlu bersyukur jika diberikan rahmat dan rezeki yang melimpah ruah.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah an-Nahl, ayat 18)
Begitu juga sebaliknya, manusia perlu terus-menerus bersabar andai diuji dengan dugaan demi dugaan. Setiap sesuatu ketentuan perlu dihadapi dengan waras, bijak, tenang, serta berserah tanpa kompromi atau bersyarat kepada Allah SWT.
Tidak perlulah melihat dalam perspektif yang luas, lihat saja diri kita sendiri. Dalam banyak waktu, kita iri hati melihat sahabat yang nampak bahagia sepanjang masa dibanding kita tidak senang atau bahagia seperti mereka.
Ini memang amalan manusia, suka membanding-bandingkan diri dengan orang lain. Cuba lihat rakan lain yang selalu dirundung kesukaran, kesakitan, kepayahan dan duka? Bandingkan nasib mereka dengan kita.
Hanya dengan cara ini kita akan mengucap syukur Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya kita menyedari ketentuan nasib yang lebih baik dan senang berbanding mereka. Hakikatnya, manusia sukar untuk merasa puas.
Oleh itu, sehebat mana ujian yang dihadapi hendaklah reda, bersyukur dan bertawakal kepada-Nya. Giatkan usaha dan berdoa supaya Allah memberikan petunjuk dan mengurniakan keadaan lebih baik daripada sebelum ini.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Dan sesungguhnya kami akan berikan cubaan kepada kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar iaitu orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiun, maka itulah mendapat berkat dan rahmat daripada Tuhannya dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk.” (Surah al-Baqarah, ayat 155-157)
Akan tiba masanya, kalau tidak di dunia, Insyaallah di akhirat kelak, terbit sinar kebahagiaan dan rahmat-Nya menerangi kehidupan, berkat kesabaran serta keimanan menempuhi ujian demi ujian.
Perlu diingat, sebanyak mana harta kemewahan dan kesenangan dianugerah Allah hendaklah disyukuri. Perlu juga diyakini segala nikmat diperoleh dengan izin Allah SWT, dan dengan kehendak Allah juga, boleh hilang dalam sekelip mata.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan ‘kami telah beriman’ sedangkan mereka belum lagi diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah SWT mengetahui orang yang benar dan dan orang yang dusta.” (Surah al-Ankabut, ayat 2-3)
Ingatlah, setiap apa yang kita lakukan, baik mahupun tidak, akan tetap dihitung dan diberi balasan sewajarnya oleh Allah SWT.
Firman Allah yang bermaksud:
“Sesiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasannya), dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarah, nescaya dia akan melihat (balasannya) pula.” (Surah al-Zalzalah, ayat 7-8)
Untuk itu, janganlah kita mudah mengeluh apabila berdepan dugaan hingga mudah syaitan menusuk jarum kebencian terhadap takdir Allah SWT. Kita menjadi lupa kepada Allah serta lupa kekuasaan dan pembalasan-Nya.
Janganlah kita menjadi seperti kaduk naik junjung atau luncai yang terjun dengan labu-labunya sehingga dikatakan sebagai orang yang ‘kufur nikmat’.