persepsi|AFIQ : remaja.muda.cuba

Assalamualaikum :)


tinggal beberapa hari saja lagi untuk meninggalkan Puncak Alam dan pulang ke rumah sempena cuti mid term :) *kbatak


Aha! now, post kali ini aku mengenai jiwa remaja. 


Remaja. saat di mana kita akan kenang ketika kita tua nanti. saat di mana kawan kawan kita masih dekat dengan kita. saat di mana kiat ingin mencuba perkara yang baru. saat di mana ingin mengenali alam dewasa. saat di mana kita berharap kita akan kekal sebagai remaja.


Remaja. orang kata kalau tak buat sesuatu yang baru tika zaman remaja kau merupakan seorang yang loser. tak merokok , kau loser. tak hisap shisha , kau loser. tak keluar malam, kau loser. ikut cakap mak, kau loser. tolong mak kat rumah, kau loser.  apa yang bertentang dengan jiwa remaja akan di anggap sebagai loser. most of us will say that. 


Cinta, lagilah banyak pengalamnnya tika zaman remaja.saat kita berIM dengan si dia. saat kita berSkype dengan si dia. saat kita balas tweet si dia. saat kita balas sms dia. saat kita date dengan si dia. saat kita wish good nite kat si dia.semua yang kita lakukan bersama si dia. bercinta itu boleh tapi jangan lupa tanggungjawab kita kepada Allah dan ingat larangan Allah. bercinta menggunakan hati kita bukan dengan tubuh kita. melakukan sesuatu yang melampaui batas ketika bercinta tidak membuktikan tanda cinta antara korang.


bagi aku, zaman remaja ni adalah zaman mengenali dunia baru, mencuba benda baharu tetapi tidak melampaui batas. zaman remaja kita memang mudah terpengaruh dengan kawan. kawan hisap rokok, kita pon try nak hisap rokok. kawan buat itu buat ini kita pon ikut. kawan ponteng sekolah, kita follow dari belakang. 


zaman remaja ini kita yang pilih kita nak ikut jalan yang mana. zaman menuju ke arah kebenaran atau jalan yang menuju ke arah kebinasaan dan menyebabkan kiat menyesal sepanjang hayat kita. 


kawan pada zaman remaja amat penting. pemilihan kawan lebih penting. kalau kita seorang yang mudah terpengaruh, pilihlah kawan yang elok. kawan yang boleh membimbing kita. kawan yang kita boleh harapkan. kawan yang akan membantu kita tika senang atau susah.


tapi, semua itu bergantung kepada apa yang kau mahukan pada zaman remaja kau. sesungguhnya semua remaja mahukan zaman remaja yang penuh ceria dan seronok. semua itu boleh, tapi jangan melampaui batas. Ingat batas batas  agama. 


*shisha tu hanya buang masa dan buang duit.hilangkan stress? ada cara yang lebih baik untuk hilangkan stress. maaf kawan , if post ini ada buat kau terasa dan aku menyakitkan hati kau :) aku hanya mahu yang terbaik untuk kawan ku . 

persepsi|AFIQ : kawan.masalah.perasaan?

Assalamualaikum.


ada masa lagi nak update ni walaupun hari sabtu ni ada test ANP.dan petang tadi baru sahaja selesai test practical thera. wow ! HAHA


btw, aku nak minta pendapat korang lagi, *if korang ada baca blog aku ni* 


Apabila kawan korang ada masalah dan dia memberitahu masalah tu kepada korang, apa yang korang rasa? gembira? sedih? simpati? tak de perasaan?


Aha ! bagi aku , disebabkan aku ni seorang yang kurang kawan dan kurang bergaul dengan orang lain, aku rasa kehadiran aku sebagai kawan dalam hidup dia sangat dihargai.


Yelah, simpati, sedih dan lain lain tu semestinya ada depends on masalah yang dikongsi. tapi bagi aku , aku rasa amat amat dihargai kerana kawan itu sanggup berkongsi masalah dengan aku. even aku bukanlah pemberi solution yang baik.aku de gak bagi beberapa solution tapi tak delah sangat membantu T_T


so, apa pendapat korang pulak? 





persepsi|AFIQ : pendapat anda ?

Assalamualaikum :)

Hey guys! I'm back. Its been a busy week. Kelas memanjang. walaupun ada kelas asik cancel. Kelas BEL -.- sik cancel je. penat menunggu .haihh.harapa tak ganti lah kelas yang tak de tu. penat dol! 

Anyway, in this post , aku nak mintak pendapat korang yang baca. If korang baca k. 

Apa pendapat korang dengan statement di bawah :

Perempuan cakap lelaki hensem, normal.
Perempuan cakap perempuan lain cantik, normal?

Lelaki cakap perempuan cantik, normal.
Lelaki cakap lelaki lain kacak, normal?

Perempuan pakai cardigan, normal.
Lelaki pakai cardigan, normal?

Lelaki pakai baju/seluar ketat, normal.
Perempuan pakai baju/seluar ketat, normal?

Perempuan cakap dengan lelaki/perempuan "awak,saya", normal.
Lelaki cakap dengan lelaki "awak,saya", normal?

Perempuan pakai beg besar macam handbag, normal.
Lelaki pakai beg besar macam handbag, normal?

Perempuan nangis, normal.
Lelaki nangis, normal?

Perempuan/Lelaki pakai bahasa seperti :"Aquw x nak cayunk kw lagiwwwww"
sungguh tak normal, datang dari planet mana?