Maaf.

Assalamualaikum wahai readers yang tak berapa nak baca blog aku ni. Aha. Di kesempatan ada masa ni, memang terdetik hati nak tulis entry baru. Walaupun pendek tapi sekurang kurangnya ada juga sedikit manfaat yang boleh di ambil untuk dijadikan pedoman untuk semua. *k merepek

Setelah sekian lamanya, akhirnya bulan Ramadan kembali lagi menjengah kita. Setelah kita dah lama tak puasa, membedal sana sini, akhirnya ada masa jugak untuk perut kita rehat seketika di siang hari. Aha. *k merepek lagi

Di kesempatan itu, nak jugak diri ini memohon ampun dan maaf kepada yang mengenali diriku andai kata sepanjang pengenalan kita, aku de banyak buat salah kat kau dan aku buat bodoh je bila dah buat salah tu. Kata kata sindiran yang diberikan. Mohon diampunkan. Dosa kita dengan Allah, bertaubatlah kita dengan taubat nasuha. Dosa dengan kita dengan manusia, mohonlah kemaafan daripada manusia tersebut.

Orang mesti kata, baru bulan puasa dah sibuk nak minta maaf, tunggulah raya nanti baru nak minta maaf. Salah sama sekali pendapat anda itu. Kita nak minta maaf ni bila2 boleh.Bukan masa hari raya je. Lagi bagus minta maaf je dengan orang walaupun kita tak buat apa apa. Mungkin kita menyinggung perasaan dia secara tidak sengaja? Mana kita tahu bukan? Hati manusia, siapa yang tahu.

Kalau dah sedar dah buat kesalahan dengan orang tu baik kita minta maaf dandan tu jugak. Yelah, mana tahu dah lepas kita dah buat salah kat orang , tetibe esoknya kita dah pergi buat selamanya. Acane nak minta maaf kan? Kalau orang tu memang marah dengan kita dan tak mahu maafkan , minta maaf jugak. Sekurang kurangnya belajar mohon maaf dengan orang . Bukan susah pon kan. Hurmm.

Anyway, sempena bulan baik ni, praktikkanlah amalan memohon maaf ini. Sesungguhnya ia memberi manfaat kepada semua. Hopefully, semua akan berubah :) InsyaAllah :D

permulaan yang panjang

Assalamualaikum.

Well, setelah sekian lama. beginning 

Actually, sekarang sudah masuk minggu ke 2 and dah nak masuk minggu ke 3 sesi Semester Jun-November. Sudah bermula kelas dan kuliah dan juga kelas practical. Sudah bermula tugas sebagai seorang pelajar dan juga sebagai seorang Physiotherapy. Sudah bermula keberlambakan assingment. Eh. Ada satu je. Yang lain belum dapat. Sudah bermula journey semester kali ni dengan pelbagai aktiviti. 

Minggu depan bermula pula orentasi for junior. Physio O'Days. And I will be as Biro Multimedia dan Publisiti. Easy job kot. Just kena berkejar kejar dengan junior tuk tangkap gambar segala aktiviti dan menyiapkan itu ini sedikit. I think its gonna be okay. Hope so. 

Anyway, no more talking and writing. Just enjoy the picture.






Busy day.

Assalamualaikum 

Hi guys :D Hari Sabtu dan Ahad lepas been the busiest day of the week. Hari sabu bercadangnya nak keluar dengan kengkawan . Aku mengajak pi mandi sungai kat Sg Congkak. I'm dying to mandi sungai as last time mandi sungai time tahun lepas kot, masa pergi camp Ikhtihar Hidup Pengkalan Hutan, Kesatria. Nak merasa air yang sejuk lagi. Hurmm, tapi harapan ttinggal harapan. Bebudak sekarang mana nak mandi sungai lagi dah -.- semua sik nak tengok wayang je -__- Pasif giler .

Jadi disebabkan tak nak mandi sungai, aku ajaklah gi KL. But suddenly, out of the blue, otw nak pergi ke ambik diorang ni, Shah KSMY bagi message : "assalamualaikum afiq. ini shah. nak tix Mania rite? boleh call shah kat 017******?'' And I was.... JYEAH ! sebab minggu lepas tetamu undangan Mania adalah Y U N A ! Jadi plan bertukar daripada pergi ke KL ke Jusco Bukit Tinggi tengok wayang cerita Dark Shadows. Awesome ! Aku dapat 3 tiket free ke Mania. But then hanya aku dan Akmal je yang pergi. 

*tiket Mania* Thanks KSMY :)

camwhore jap :p

Pergi Ke Kompleks Sukan Negara Panasonic Seksyen 21, Shah Alam tu punyalah pening. Dengan aku main tempuh je jalan tanpa tengok map dulu.HAHA. Sesat kemain. Bertolak lepas Maghrib ,dalam pukul 745 cenggitu. Nasib setelah menempuh jalan di Shah Alam dengan redha nya, akhirnya sampai jugak. Fuhh. Sesampai je jumpa Kak Adiputri KSMY tuk dapatkan tiket. Kena deuk belakang jugaklah sebab dah lambat. 

Persembahan secara live di Kompleks tu kurenglah. Kalau nak dibandingkan dengan audio masa live kat Muzik muzik, muzik2 lagi best! Tapi bile tengok Mania balik kat tv sedap pulak. huh. Btw, persembahan Yuna awesome ! Tapi too sad sebab tak dapat jumpa Yuna :( Yuna balik awal giler. Hurmm. But ist okay, sebab dapat jumpa other KSMY :D 

Hari Ahad pula, ada convocation my sis , ALIA :D di UiTM Shah Alam. Beliau finally telah menamatkan pengajian in Bachelor in Landscape Architecture. Congrats :) Layan gambar jelah ye. malas nak tulis lagi :p



captured by me. btw, sebenarnya topi tu takde dalam gambar :p