Seorang pemuda lemah dan dungu kebingungan mencari hukum kekasih, halalkah atau haram?. Memang, mencari istilah kekasih di kitab feqah manapun atau di semua ilmu tasawwuf tidak akan ada, jangankan haram yang menghalalkan juga tidak ada, bagaimana akan ditentukan hukumnya.
Namun jika kekasih adalah hubungan antara lelaki dan wanita lain yang diawali dengan suatu perjanjian untuk saling mengenal antara satu sama lain, bertujuan untuk saling memahami pasangannya atau identiti secara berseronok, untuk saling mengekspresikan rasa sayang, cinta sebagai teman yang asyik untuk dibawa kemana-mana, bergurau senda yang tiada manfaat, sering menelefon dan akhirnya mengotori kejernihan hati dan akal sihat, bahkan melakukan maksiat yang lebih besar. Semua itu adalah hubungan cinta berahi dan jelas HARAM!
ALLAH S.W.T. berfirman:
"Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk". (QS. Al-Isra` (17): 32)
Rasulullah S.A.W. bersabda:
"Halal itu jelas, haram (pun) jelas, dan di antara keduanya ada hal-hal syubahat yang tidak diketahui oleh kebanyakkan orang, maka barangsiapa yang bersih dari syubahat itu maka ia mentaati agama dan wibawanya akan bersih, dan barangsiapa yang terjebak dalam syubahat bererti ia tlah jatuh kepada haram, sebagaimana pengembala di sekitar tanah terlarang dan nyaris mengelilinginya, ketahuilah bahawa setiap tuan memiliki tanah terlarang, ketahuilah bahawa batas larangan ALLAH S.W.T. di bumi ini adalah yang diharamkannya, ketahuilah bahawa di dalam tubuh ini ada segumpal dagimg, jika baik maka baiklah seluruh tubuhnya, jika ia rosak maka rosak pula seluruh tubuh, ketahuilah ia adalah hati". Muttafaqun `alaih
Cuba kita renungkan kembali bersama sebelum kita rela meneriam hukum ini:
1 Apakah kekuatan perjanjian dalam hubungan kekasih itu sehingga tidak dapat memisahkan pemilikan antara satu sama lain?
2 Apakah dalam perjanjian itu membawa aturan agama dan mengatasi nama ALLAH S.W.T.?
3 Lalu atas dasar apa sehingga satu sama lain ingin memilikinya?. Sebab dalam Islam lelaki manapun tidak berhak memiliki seorang wanita tanpa melalui ikatan pernikahan. Bahkan ayahnya sendiri yang membesarkan dan memberi makan serta pendidikan tidak berhak memaksa anak perempuannya menikahi lelaki bukan pilihan si anak.
4 Adakah sama berkekasih dengan rasa tanggungjawab ukhuwah Islamiah?. Sebab cinta itu suci, maka biarkam ia bersemi dalam hati, kerana itu anugerah ALLAH S.W.T. yang harus disyukuri, bukan diingkari. Cinta itu amanat ALLAH S.W.T. maka janganlah ia dikhianati.
5 Adakah sama berkekasih itu dengan tanggungjawab sebagai suami isteri?
Dan renungkan pula kandungan ayat-ayat yang bercerita tentang sebuah perhubungan kasih secara terlarang.
Firman ALLAH S.W.T. :
"(Dan dihalalkan bagimu mengahwini) wanita-wanita yang menjaga kehormatan di antara wanita-wanita yang beriman dan wanita-wanita yang menjaga kehormatan di antara orang-orang yang diberikan Al-Kitab sebelum kamu, bila kamu telah membayar mas kahwin mereka dengan maksud menikahinya, tidak dengan maksud berzina dan tidak (pula) menjadikan gundik-gundik (teman bercanda)…"
(QS. Al-Maidah (5) :5)
"…. Kerana itu kahwinilah mereka dengan izin tuan mereka dan berilah maskahwin menurut yang patut, sedang merekapun wanita-wanita yang memelihara diri, bukan penzina dan bukan (pula) wanita yang mengambil lelaki lain sebagai kekasihnya". (QS. An-Nisa` (4) :25)
Jika kita fahami baik-baik kandungan ayat ini, kita dapat menggambarkan dengan lebih jelas bahawa kekasih sebenarnya hanya kata tanpa makna yang akan menjerumuskan orang pada penghalalan zina dalam diri masing-masing atau dengan kata lain adalah cinta bebas, cinta berahi dan cinta haram lagi terlarang.
Setelah kita tinjau dari berbagai sudut permasalahan agama dan pertimbangan psikologi, sosiologi serta moral, sebagai syarat dalam menetapkan sebuah hukum, akhirnya kita samapai kepada suatu kesimpulan yang tidak dapat diragukan lagi iaitu hukum berkekasih adalah HARAM!. Meskipun nanti akan diakhiri dengan perkahwinan yang sah, namun dosa hubungan itu harus dilakukan dengan taubat yang khusyu` dan taubat nasuha. Semoga kita mendapat maghfirah dan keampunan ALLAH S.W.T. Amin ya Rabb…
"Apakah hukum jahiliah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum ) ALLAH S.W.T. bagi orang-orang yang yakin?". (QS. Al-Maidah (5) :50)
Orang-orang yang mencari konsep, peraturan dan tatacara selain Islam, semuanya di tolak oleh ALLAH S.W.T. dan di akhirat kelak mereka akan menjadi orang-orang yang rugi, sebagaimana firman ALLAH S.W.T. :
"Barangsiapa yang mencari agama selain agam Islam maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk oramg-orang yang rugi" (QS. Ali `Imran (3) :85).
*seorang pemuda yang digambarkan di perenggan pertama itu BUKAN saya! i just copy this note from a blog.My advicce sebelum kita buat keputusan tuk kapeling ni ,baik hentikan je tindakan anda itu, walaupun kita fikir kita dan pasangan kita tidak akan terjerumus ke lembah zina.Tetapi ingatlah syaitan itu sungguh licik. Syaitan sudah pasti akan mencari jalan untuk kita menjurus ke lembah zina. Jadi sebelum kita terjerumus ke arah zina,lebih baik kita menjauhinya. Jodoh dan pertemuan itu semua di tangan Allah.
Ni tips bagi yang ngh couple tp tak nak putus atas alasan nak bina masjid kan?
Kalau nak couple ade syarat :
1) Jangan berzina berat. Boleh?
2) Jangan zina tangan, kaki. Boleh?
3) Jangan zina mata (timbul keasyikan melihatnya). Boleh?
4) Jangan zina hati (timbul kerinduan terhadapnya dan sering terbaygkannya). Boleh?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment