just A post '6

Assalamualaikum :)

Hey korang ! Tarikh 21 MEI 2011 dah dekat sangat. tinggal sehari lagi sahaja. Barang hampir siap dah di pack.Tak tahu lah nanti macam mana, sebab aku ni memang langsung tak pernah duduk asrama. Memang tak pernah ! HAHAHA *not funny* Aku mengharapkan bila kat sana nanti aku dapat kawan yang boleh dipercayai , peramah tapi tak talkative , mengharapkan kawan yang tegur aku dulu  baru kenal,haha. aku ni jenis yang not so peramah. pemalu kot !

Dah tak tahu nak taip pe lagi .So, okbai ! :D


Here ada lagu yuna masa kat ABPBH 2010

medley gadis semasa,dan sebenarnya dan penakut :)
enjoy !

just A post '5

Assalamualaikum :)

16 MEI 2011

hari GURU :)

. last day jumpe kawan .

drive.pick up orang.reunion di rasamas jusco.wayang.paul.the most mencarut punye filem.ice mocha.drive.hujan.penat.sangat

merepek -.-


















conclusion hari ni

''penat jadi driver''

-.-

tapi happy :)

just A post '4

Assalamualaikum :)

Apabila hari meninggalkan rumah semakin tiba untuk melangkah ke dalam satu era baru bagi aku. Kini aku akan menjelajah ke era Universiti pula dan bergelar sebagai PELAJAR :)

Bila due date nak masuk uitm semakin hampir,banyak perkara lah kena settlekan.

beli barang keperluan.
beli kemeja
beli seluar slack
beli tie
beli stocking
beli beg
nak jumpe pengetua tuk sahkan dokumen bagai
tangkap gambar gaya passport
bayar yuran uni
duit duit dan duit

semuanya menggunakan wang yang banyak.haihhhhh


Jumpe kawan kawan tuk kali terakhir sebelum masing masing berangkat ke uitm/matrik masing masing

Semoga masing masing BERJAYA dengan pilihan masing masing.

InsyaAllah aku pun :)

just A post '3 versi lebar panjang

Assalamualaikum

listen to yuna ,random awesome :)

Hari ini sungguh penat tul! dari pagi keluar berjalan.Bangun2 ingat nak keluar ke jaya jusco ,berjalan bersama rakan2.Nak tengok cerita fast and furious five.memang dah janji dah dengan amad.tapi suddenlu kena ubah plan.
sory amad :( selasa ok!haha

Plan hari ini adalah tuk menyelesaikan yuran perbelanjaan uitm .wahhhh! HAHA
ye, aku dapat masuk uitm ! dalam bidang NURSING ! HAHAHA. Aku pun tak tahulah kenapa aku pilih course,mungkin sebab tergoda ngan gaji yang akan diterima oleh nurse lelaki if dapat kerja di oversea.aha! 

Anyway,kul 1030 my parent ngan aku bergerak ke tabung haji di klang tuk ayah keluarkan duit tuk bayar yuran. then dah keluarkan duit. singgah jap ke bsn di bukit tinggi tuk beli no pin tuk ptptn.dan seperti yang anda semua tahu,hari isnin sudah pasti ramai orang kat bank.so, tunggu lama gak kat tabung haji ngan kat bsn.so ,dalam kul 1 tu, perut dah lapar, so kitorang gi pak li kopitiam. makan kat sana. then terjumpa juliana evans ngan sam bunkface.but ,aku just usha jelah.tak de masa nak ambik gambar bagai.aku tak tau plak diorang still bersama.AHA ! gosip semasa memnag aku tak follow okay ! HAHA

Setelah perut kenyang , kitorang pun bergerak ke bank islam tuk bayar yuran serta nak bukak akaun bank islam . Memang lama gak menuggu kat situ. Hampir berjanggut gak aku tunggu kad siap.huh! Then after dah selesai sume ,bergerak jusco lak, nak beli baju kemeja lengan panjang berwarna putih tuk Minggu Destini Siswa, MDS . Of orang yang dah masuk u tu mesti tahu lah kot. 

Adalah beberapa things yang masih baru nak beli. Keperluan baju tuk masuk u mmg dah lengkap .keperluan peribadi lah belum lagi. urusan pengesahan yang perlu disahkan oleh pengetua pon belum disahkan. mungkin minggu depan kot.

Dalam kul 720 gaklah baru sampai umah. Fuhhhh! sungguh penat ! *walaupun bukan aku yang bawak keta.HAHAHAHA* Then kul 8 ,terus tengok tv cerita series How I Met Your Mother. Sampai kul 10. And then bukak laptop layan fb then menaip perkara yang aku tgh taip sekrang iaitu update blog ni.Fuhhhhhh~


for YOU :)

Assalamualaikum

listening yuna again and this time i listen to MEMO. her new song. and its 
GREAT ! trust me :)

okay, hari ni aku rush ke jusco pada jam 1230 tuk lunch with cik yaya maria :)
memang dah janji pun.hehe.first of all,aku dah janji dengan dia nak bagi purse kat dia sebagai hadiah hari jadi dia.hehe.

dengan berbekalkan kereta avanza terus zoom zoom ke jusco.sampai sampai aku  terus jalan jalan tuk cari purse tuk dia.haha.baru nak beli.tak patut aku.haha.dah beli purse tu,then aku belikan dolphin comel ngan angry bird yang biru.

then tunggu punya tunggu ,dia pun sampai. sesudah sampai terus bagi dia gift tu then terus pegi lunch :) kat pizza hut. aku belanja :)

after awkward moment dengan dia.yelah,mana taknya .aku ni dah lah pemalu,pendiam.so,tak tahu nak cakap apa.haha.sory ye yaya :(

So

anyway,i hope you like the presents that i gave to you :)


just A post '2

Assalamualaikum 

hearing yuna|random awesome
really AWESOME song :)

Anyway, the last post aku ada cakap mengenai matrkulasi bukan.how aku mengharapkan dapat matrikulasi selangor. matrikulasi paling dekat dengan rumah aku. Anyway again,that night kul 1 lebih rasanya,rupanya matrikulasi tu dah boleh di check . then bila aku check. i cant believe it !
 i got at PULAU PINANG !!!

omg !

gembira dalam sedih !

T_T + :D = T_D

dahlah jauh !kat nun utara sana! tapiiiii...

alhamdulillah aku dapat :)

and aku dapat tuk satu tahun punya :))

jadi takdalah lama sangat kat sana.setakat satu tahun saja . Insyaallah , aku dapat tangani keadaan dengan baik.Although selama ni aku tak pernah tinggal di asrama .haha.so sad!haha

anyway lagi, doakan aku ye :)