Busy day.

Assalamualaikum 

Hi guys :D Hari Sabtu dan Ahad lepas been the busiest day of the week. Hari sabu bercadangnya nak keluar dengan kengkawan . Aku mengajak pi mandi sungai kat Sg Congkak. I'm dying to mandi sungai as last time mandi sungai time tahun lepas kot, masa pergi camp Ikhtihar Hidup Pengkalan Hutan, Kesatria. Nak merasa air yang sejuk lagi. Hurmm, tapi harapan ttinggal harapan. Bebudak sekarang mana nak mandi sungai lagi dah -.- semua sik nak tengok wayang je -__- Pasif giler .

Jadi disebabkan tak nak mandi sungai, aku ajaklah gi KL. But suddenly, out of the blue, otw nak pergi ke ambik diorang ni, Shah KSMY bagi message : "assalamualaikum afiq. ini shah. nak tix Mania rite? boleh call shah kat 017******?'' And I was.... JYEAH ! sebab minggu lepas tetamu undangan Mania adalah Y U N A ! Jadi plan bertukar daripada pergi ke KL ke Jusco Bukit Tinggi tengok wayang cerita Dark Shadows. Awesome ! Aku dapat 3 tiket free ke Mania. But then hanya aku dan Akmal je yang pergi. 

*tiket Mania* Thanks KSMY :)

camwhore jap :p

Pergi Ke Kompleks Sukan Negara Panasonic Seksyen 21, Shah Alam tu punyalah pening. Dengan aku main tempuh je jalan tanpa tengok map dulu.HAHA. Sesat kemain. Bertolak lepas Maghrib ,dalam pukul 745 cenggitu. Nasib setelah menempuh jalan di Shah Alam dengan redha nya, akhirnya sampai jugak. Fuhh. Sesampai je jumpa Kak Adiputri KSMY tuk dapatkan tiket. Kena deuk belakang jugaklah sebab dah lambat. 

Persembahan secara live di Kompleks tu kurenglah. Kalau nak dibandingkan dengan audio masa live kat Muzik muzik, muzik2 lagi best! Tapi bile tengok Mania balik kat tv sedap pulak. huh. Btw, persembahan Yuna awesome ! Tapi too sad sebab tak dapat jumpa Yuna :( Yuna balik awal giler. Hurmm. But ist okay, sebab dapat jumpa other KSMY :D 

Hari Ahad pula, ada convocation my sis , ALIA :D di UiTM Shah Alam. Beliau finally telah menamatkan pengajian in Bachelor in Landscape Architecture. Congrats :) Layan gambar jelah ye. malas nak tulis lagi :p



captured by me. btw, sebenarnya topi tu takde dalam gambar :p

My Opinion. What yours ?

Assalamualaikum again :)

Hi sekali lagi. Bertemu sekali lagi dalam ruangan ini. Masih memikirkan lagi sebenarnya apa yang hendak dikupas pada entri kali ini. *berfikir sejenak

Setelah berfikir sejenak, tetibe terfikir satu isu yang hangat pada masa kini. Which is BERSIH 3.0 . Naaahh, aku takkan cakap pasal perkara ni sangat tapi aku akan cakap pasal perkara yang berlaku di facebook dan twitter mengenai BERSIH. 

As usual, perkara ni semua orang dah tahu pasal apa. Pasal duduk bantah aman yang mahu dilakukan di Dataran Merdeka tapi telah dihalang oleh  pihak polis dan juga FRU dan juga DBKL kalau tak silap. Selepas kejadian BERSIH itu, makin banyaklah berita yang tersebar di facebook ,twitter and all sorts of media massa. Some ada yang menyokong, some ada yang menentang. Separuh ada yang menyalahkan polis, separuh ada yang menyokong polis, separuh ada yang menyokong peserta, separuh ada yang menentang. 

For me, I'll be just neutral. Sebab saya tak pernah pergi perhimpunan itu dan tak tahu apa sebenarnya yang berlaku di sekitar Dataran Merdeka itu. Pelbagai tomahan yang dilemparkan kepada pihak polis dan juga pihak peserta BERSIH. Di media massa semua sik menyalahkan peserta BERSIH kerana bertindak ganas dan memecahkan kereta polis what so ever. Yang aku tahu peserta tu hanya mahu duduk dan bantah serta mahu tuntutan BERSIH itu ditunaikan . Itu je bukan? 

Tapi dah dari 6 ptg hari sebelumnya , jalan ke Dataran Merdeka telah ditutup bagi menghalang peserta BERSIH daripada memasuki Dataran Merdeka. Yang aku perasan di kebanyakkan surat khabar dan juga tv, diorang menghalang dengan meletakkan kon  dan juga dawai besi yang tajam . Pihak polis ada juga melepaskan gas pemedih mata yang boleh menyekat saluran pernafasan tetapi tidak membawa maut bagi yang sihat kecuali asma. Mungkin. Pihak polis juga ada menyembur air bagi menghalang peserta BERSIH. Airnya dikatakan boleh menyebabkan kegatalan. *cerita menurut saudaraku yang telah menyertai BERSIH baru2 ini.

Yang aku tak pasti adalah bagaimana keadaan itu boleh menjadi huru hara dan menyebabkan ramai yang tercedera serta dua wartawan turut tercedera. Pihak polis juga ada yang yang turut tercedera. Yang itu aku tak pasti. Aku tak tahu siapa yang memulakan keadaan huru hara. Jadi aku malas nak cakap pasal tu. Kang lebih2 jadi fitnah. Orang yang kita tuduh tu tah siapa , nanti cane nak minta maaf. 

Isu yang aku nak ketengahkan di sini adalah, apabila orang yang tak pergi mengikuti perhimpunan itu dan cuma tengok berita dan hanya baca di facebook mengenai BERSIH sibuk pung pang pung pang pasal BERSIH. BErsih itu kotorlah, bersih itu inilah dan tak kurang juga yang buat lawak pasal bersih -.- Kekadang annoying jugak dengan orang macam ini. Tak pergi melihat kejadian itu sendiri tapi sibuk menyalahkan semua pihak. News feed penuh je pasal dia punya komen pasal BERSIH, tapi bila ditanya pergi ke tak, jawapannya dia duk rumah makan kopok. errr. 

Masyarakat sekarang ini lebih menyukai untuk membuat perbagai spekulasi tentang seseuatu itu tanpa ada usul selidik dulu. Benar ke apa yang diperkatakan di media massa? Surat khabar ni cakap lain, surat khabar ni cakap lain. Blog ni cakap lain, blog ni cakap lain. Len kali sebelum nak buat spekulasi tu , make sure kau buat penyiasatan yang terperenci dulu ye. Kalau boleh buat paperwork sekali. Baru nak pung pang sana sini. Biar ada bukti.Jangan cakap tak serupa bikin.

Kadang kadang perkara yang kita baca kat facebook, twitter and also blog, kekadang ada yang tak betul. Orang boleh menipu kita je dengan share perkara tu. So, bila kita nak share  balik tu , make sure berita tu mengenai benda yang betul . 

And bila cakap pasal BERSIH ni mesti ada yang akan kaitkan dengan politik. Sudah semestinya bukan.Tapi aku malas nak campur pasal politik walaupun aku tahu yang aku akan hadapi perkara tu akan datang. Oh, btw, kepada yang tak fikir politik ni kotor, anda sebenarnya SALAH ! Ye, anda salah! baru tahu ke? Kembangkan minda anda. Politik itu tidak kotor, orang yang mengamalkan rasuah what so ever dalam politik ni yang kotor. Jadi kalau tak nak orang yang salah memerintah tempat anda , pilihlah pemimpin yang adil .Semua di tangan anda sendiri. Jangan duk menyalahkan semua orang kalau anda sendiri tak undi. haihh

Please Malaysian, pelase wake up. Find the truth first before share to everybody. And last but not least, nak kata rakyat Malaysia ni tak bersyukur pon ada gak. Haihhh. Peace .

PKNS dan YUNA

Assalamualaikum :)


Hai people :D It's been a while since my last post. Aku agak busy dengan kerja selama 2 minggu di PKNS, Shah Alam. Bekerja dengan Cik Yah. Dia menjual tudung, baju, anak tudung dan pe yang berkaitan dengan barangan wanita. Kerja di booth selama 2 minggu tu actually penat. Mana taknya dari pukul 9 pagi sampai 9 malam. 12 jam punye kerja. Havoc woah ! dan alhamdulillah, ada jugak pulangan yang dapat. 

Ni gerai yang aku jaga selama 2 minggu :D
Dari pandangan aku, semua yang nak beli mesti ada ayat wajib : " boleh kurang?", "ada discount?', "kurang lah sikit dik". Err...penat nak menjawab nye weh. Hadoi. Aku beli barang pon takde nak mintak discount. Haih. Melayu ni memang suka subsidi je kan.Nak barang mahal dan berkualiti tapi tang bayar nak murah je. Masa kahwin takde pulak kau letak hantaran RM30 ke. Masa meminang takde plak mintak tawar menawar.heh.

Ni ada kad, kalau korang berminat nak beli pape yang berkaitan dengan pakain wanita atau tudung what so ever boleh contact atau pergi ke Kenanga Wholesale City, KL :)

Anyway, kerja dah habis 1May lepas. Ramai jugak orang pada 1 Mei tu. Tak terlayan. Dan gaji aku dapat RM500. wink2. Tapi sayang plak nak guna. Macam nak simpan je.Tapi dalam kepala dah pikir macam2 nak beli.haha. Kena bayar saman lagi :p Tapi takpe , kalau ada rezeki lagi bertambahlah tu :)

Btw, 24th April lepas Yuna dah launched album US dia title YUNA :) 

her album YUNA
Ada 14 lagu kalau tak silap. Album ni belum launched kat Malaysia lagi. Antara lagu yang ada dalam album ini adalah : 

  • Tourist
  • Stay
  • Remember My Name
  • Planes
  • See You Go
  • Mermaid
  • Loud Noise
  • Live Your Life
  • Lullabies
  • Island
  • Fading Flower
  • Favourite Thing
  • Bad Idea
  • Decorate (new version)
Album ni dihasilkan bersama dengan Pharell Wiliams under Fader Labels. Semua lagu dalam album ni sungguh AWESOME ! Suara dia unik giler. Far more better then Nicki Minaj, Justin Bieber, Selena Gomez and retis US yang tidak disukai dalam 9Gag. Eh.

Btw, kalau nak dengar lagu2nye, ada jugak dalam youtube. So, KSMY-ians, bila album ni dah arrive kat Malaysia, make sure beli :D Aku dah beli album Decorate ngan Terukir Di Bintang. Terukir Di Bintang lagu yang sangat AWESOME ! thumbs up YUNA :) adios :)


Ni ada lagu Live Your Life Official video :)  enjoy :D


Ni pulak lagu Island. Feveret aku :)