Assalamualaikum again :)
Hi sekali lagi. Bertemu sekali lagi dalam ruangan ini. Masih memikirkan lagi sebenarnya apa yang hendak dikupas pada entri kali ini. *berfikir sejenak
Setelah berfikir sejenak, tetibe terfikir satu isu yang hangat pada masa kini. Which is BERSIH 3.0 . Naaahh, aku takkan cakap pasal perkara ni sangat tapi aku akan cakap pasal perkara yang berlaku di facebook dan twitter mengenai BERSIH.
As usual, perkara ni semua orang dah tahu pasal apa. Pasal duduk bantah aman yang mahu dilakukan di Dataran Merdeka tapi telah dihalang oleh pihak polis dan juga FRU dan juga DBKL kalau tak silap. Selepas kejadian BERSIH itu, makin banyaklah berita yang tersebar di facebook ,twitter and all sorts of media massa. Some ada yang menyokong, some ada yang menentang. Separuh ada yang menyalahkan polis, separuh ada yang menyokong polis, separuh ada yang menyokong peserta, separuh ada yang menentang.
For me, I'll be just neutral. Sebab saya tak pernah pergi perhimpunan itu dan tak tahu apa sebenarnya yang berlaku di sekitar Dataran Merdeka itu. Pelbagai tomahan yang dilemparkan kepada pihak polis dan juga pihak peserta BERSIH. Di media massa semua sik menyalahkan peserta BERSIH kerana bertindak ganas dan memecahkan kereta polis what so ever. Yang aku tahu peserta tu hanya mahu duduk dan bantah serta mahu tuntutan BERSIH itu ditunaikan . Itu je bukan?
Tapi dah dari 6 ptg hari sebelumnya , jalan ke Dataran Merdeka telah ditutup bagi menghalang peserta BERSIH daripada memasuki Dataran Merdeka. Yang aku perasan di kebanyakkan surat khabar dan juga tv, diorang menghalang dengan meletakkan kon dan juga dawai besi yang tajam . Pihak polis ada juga melepaskan gas pemedih mata yang boleh menyekat saluran pernafasan tetapi tidak membawa maut bagi yang sihat kecuali asma. Mungkin. Pihak polis juga ada menyembur air bagi menghalang peserta BERSIH. Airnya dikatakan boleh menyebabkan kegatalan. *cerita menurut saudaraku yang telah menyertai BERSIH baru2 ini.
Yang aku tak pasti adalah bagaimana keadaan itu boleh menjadi huru hara dan menyebabkan ramai yang tercedera serta dua wartawan turut tercedera. Pihak polis juga ada yang yang turut tercedera. Yang itu aku tak pasti. Aku tak tahu siapa yang memulakan keadaan huru hara. Jadi aku malas nak cakap pasal tu. Kang lebih2 jadi fitnah. Orang yang kita tuduh tu tah siapa , nanti cane nak minta maaf.
Isu yang aku nak ketengahkan di sini adalah, apabila orang yang tak pergi mengikuti perhimpunan itu dan cuma tengok berita dan hanya baca di facebook mengenai BERSIH sibuk pung pang pung pang pasal BERSIH. BErsih itu kotorlah, bersih itu inilah dan tak kurang juga yang buat lawak pasal bersih -.- Kekadang annoying jugak dengan orang macam ini. Tak pergi melihat kejadian itu sendiri tapi sibuk menyalahkan semua pihak. News feed penuh je pasal dia punya komen pasal BERSIH, tapi bila ditanya pergi ke tak, jawapannya dia duk rumah makan kopok. errr.
Masyarakat sekarang ini lebih menyukai untuk membuat perbagai spekulasi tentang seseuatu itu tanpa ada usul selidik dulu. Benar ke apa yang diperkatakan di media massa? Surat khabar ni cakap lain, surat khabar ni cakap lain. Blog ni cakap lain, blog ni cakap lain. Len kali sebelum nak buat spekulasi tu , make sure kau buat penyiasatan yang terperenci dulu ye. Kalau boleh buat paperwork sekali. Baru nak pung pang sana sini. Biar ada bukti.Jangan cakap tak serupa bikin.
Kadang kadang perkara yang kita baca kat facebook, twitter and also blog, kekadang ada yang tak betul. Orang boleh menipu kita je dengan share perkara tu. So, bila kita nak share balik tu , make sure berita tu mengenai benda yang betul .
And bila cakap pasal BERSIH ni mesti ada yang akan kaitkan dengan politik. Sudah semestinya bukan.Tapi aku malas nak campur pasal politik walaupun aku tahu yang aku akan hadapi perkara tu akan datang. Oh, btw, kepada yang tak fikir politik ni kotor, anda sebenarnya SALAH ! Ye, anda salah! baru tahu ke? Kembangkan minda anda. Politik itu tidak kotor, orang yang mengamalkan rasuah what so ever dalam politik ni yang kotor. Jadi kalau tak nak orang yang salah memerintah tempat anda , pilihlah pemimpin yang adil .Semua di tangan anda sendiri. Jangan duk menyalahkan semua orang kalau anda sendiri tak undi. haihh
Please Malaysian, pelase wake up. Find the truth first before share to everybody. And last but not least, nak kata rakyat Malaysia ni tak bersyukur pon ada gak. Haihhh. Peace .
0 comments:
Post a Comment