Assalamualaikum wahai readers yang tak berapa nak baca blog aku ni. Aha. Di kesempatan ada masa ni, memang terdetik hati nak tulis entry baru. Walaupun pendek tapi sekurang kurangnya ada juga sedikit manfaat yang boleh di ambil untuk dijadikan pedoman untuk semua. *k merepek
Setelah sekian lamanya, akhirnya bulan Ramadan kembali lagi menjengah kita. Setelah kita dah lama tak puasa, membedal sana sini, akhirnya ada masa jugak untuk perut kita rehat seketika di siang hari. Aha. *k merepek lagi
Di kesempatan itu, nak jugak diri ini memohon ampun dan maaf kepada yang mengenali diriku andai kata sepanjang pengenalan kita, aku de banyak buat salah kat kau dan aku buat bodoh je bila dah buat salah tu. Kata kata sindiran yang diberikan. Mohon diampunkan. Dosa kita dengan Allah, bertaubatlah kita dengan taubat nasuha. Dosa dengan kita dengan manusia, mohonlah kemaafan daripada manusia tersebut.
Orang mesti kata, baru bulan puasa dah sibuk nak minta maaf, tunggulah raya nanti baru nak minta maaf. Salah sama sekali pendapat anda itu. Kita nak minta maaf ni bila2 boleh.Bukan masa hari raya je. Lagi bagus minta maaf je dengan orang walaupun kita tak buat apa apa. Mungkin kita menyinggung perasaan dia secara tidak sengaja? Mana kita tahu bukan? Hati manusia, siapa yang tahu.
Kalau dah sedar dah buat kesalahan dengan orang tu baik kita minta maaf dandan tu jugak. Yelah, mana tahu dah lepas kita dah buat salah kat orang , tetibe esoknya kita dah pergi buat selamanya. Acane nak minta maaf kan? Kalau orang tu memang marah dengan kita dan tak mahu maafkan , minta maaf jugak. Sekurang kurangnya belajar mohon maaf dengan orang . Bukan susah pon kan. Hurmm.
Anyway, sempena bulan baik ni, praktikkanlah amalan memohon maaf ini. Sesungguhnya ia memberi manfaat kepada semua. Hopefully, semua akan berubah :) InsyaAllah :D
0 comments:
Post a Comment