PENAKUT|YUNA

Tak semua kau rancang akan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja


Chorus

Ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil
Untuk engkau bertanya jika ku mencintaimu juga
Tidak adil tidak adil baginya


Kau tak pernah cuba memahami aku
Cinta kau ucap tak pernah engkau tunjuk
Dan bila tiba saat ku kehilangan
Beban yang tak pernah cuba kau ringankan

Ulang Chorus
Kau bukan milikku

Dan aku memang penakut
Mengakui cinta kepadamu
Seribu kali ku cuba ucapkan
Bila bersamamu
Kau bukan milikku
Dan engkau pun tahu
Kau bukan milikku


Assalamualaikum 

" Setiap takdir yang ditentukan oleh Allah sejak azali lagi pasti ada hikmahnya. Semua yang berlaku sudah menjadi suratan takdir yang ditentukan oleh Allah. Tetapi jangan salahkan Allah sebab kita mengalami perkara yang buruk. Pasti ada hikmahnya di sebalik kejadian yang berlaku. Allah mungkin mahu lihat kekuatan iman kita menghadapi takdir yang telah ditentukanNYA. "


SPM ?

Assalamualaikum

Akhirnya, hari yang di tunggu-tunggu telah pun tiba dan telah pun lepas.Pada tanggal 23 Mac 2011 terciptanya sejarah yang dicipta sendiri oleh Muhammad Afiq Abdul Rashid . Actually nak cakap keputusan SPM dah keluar. Havoc -.-

Aku dapat 3A,3A-,2B+ dan 1B.

Alhamdulillah :)

ye, A aku sikit sahaja. A+ pon tak de. takde macam kawan2 yang lain. tapi, tak kisahlah. Asalkan ada 6A. Aku redha dengan keputusan ni. x delah sampai nak nangis sebab tak dapat 9A+.haha.

Anyway, walaupun aku tak dapat straight A, tapi mak ayah aku serta adik beradik yang lain bangga.hehe. So, lepas ni kena pertingkatkan lagi usaha aku nak jadi engineer/farmacist.
aha! kenapa ade slash(/) ? sebab aku apply dua benda tu di upu. so harap2 mengena :))

WISH me LUCK !

JANGAN pandang CAMERA

Assalamualaikum 

Kali ni first time mahu join contest yang dianjurkan oleh blog Wajah Rahsia Hati.
Contest yang sangat menarik iaitu, JANGAN pandang CAMERA.



So, here my gambar yang tak pandang camera


So, rasenya camne ye ?

tag kat kat korang tuk join

persepsi|AFIQ : typical minded



Assalamualaikum 

typical minded today 

" Alah,tak yah kau nak kesah lah pasal aku, kubur kan lain-lain"


Ada korang reader yang berfikiran seperti dia atas ini? Aku minta maaflah kalau korang tersentap baca entry ni.Aku cume nak nasihat.

Bagi aku, orang yang berfikiran macam di atas tu adalh orang yang berfikiran kolot dan sangat mementingkan diri sendiri. Tak nak fikir akan orang lain. Orang camni gak tak mahu orang lain ganggu hidupnya. Asalkan dia hidup bahagia dengan hidup dia.For me,memanglah kubur lain-lain, kan dah menjadi tanggungjawab kita saudara sesama ISLAM untuk menasihati satu sama lain.Takkan korang mahu lihat saudara ISLAM korang terseksa di alam kubur kelak.

Orang camni eloknya, bila meninggal nanti gali kubur sendiri, kafan sendiri, solat jenazah sendiri. Bacaan talqin pon tak yah.Talqin tu kan untuk beri ajaran kepada kau untuk menjawab kepada malaikat ketika kau dalam alam kubur nanti. Ajaran, mana kau suka. Jadi tak yahlah.

Tapi seteruk mana manusia itu, sebagai saudara sesama Islam, sudah pasti kita akan menolong untuk menguruskan jenazahnya. WALAUPUN kubur lain-lain.Sebab dah menjadi tanggungjawab sesama umat Islam. 

Jadi, wahai readers yang berfikiran seperti di atas tu, tolonglah ubah fikiran anda. Jangan kolot sangat fikiran tu. Kau akan kesunyian di dunia ni. Yang sanggup menemani kau hanyalah Syaitan.Aku harap korang berubahlah.     




untitled

Assalamualaikum . . .

Malam ni dan seperti malam yang sebelum sebelumnya , kerja saya hanyalah mengupdate facebook , baca twitter orang , chat dengan orang yang fake , wall to wall , tonton anwar hadi di youtube and he is so great ! cakap english power ! budak TESL lah katekan ! memang tak leh den nak tanding ! memang superb !

okay fine , ni malay punye . ni yang paling aku suke :D
*winkwink*

HAHA

anyway, memang bosanlah kalau setiap malam buat perkara yang sama. do the same thing, but in different night. nak blogwalking pon malas . sampai dah tak tahu nak buat . 

hoping , selepas baru dapat lesen hari ni, aktiviti di waktu siang bolehlah dipenuhi dengan driving.wahaha. then malam tidur saja :D

SO

<3 adieu <3

persepsi|AFIQ : masalah ?

Assalamualaikum . . . 

Jangan lari dari masalah, tapi cuba belajar untuk menyelesaikannya. Pengalaman akan mematangkan kita. 

Kadang kala ,kita sering lari daripada masalah yang kita hadapi. Dan kadang kala kita sering menghiraukan masalah yang kita hadapi kerana untuk menenagkan hati kita sendiri.

Semua tu tak dapat menyelesaikan masalah yang kita hadapi, malahan masalh itu tetap ada dan kadang kala mungkin bertambah. Cubalah hadapi masalh itu dengan tenang. Mintalah pertolongan daripada Allah. Mintalah nasihat daripada ibubapa. Jika malu untuk meluahkan masalah itu dengan ibubapa, carilah kawan yang boleh membantu kita. Sekurang-kurangnya apabila kita meluahkan masalah kita pada kawan kita itu, beban masalah kita itu mungkin akan berkurang. Masalah ,memang kita tidak boleh pendam seorang diri. Kadang kala ia boleh membuatkan kita hilang kewarasan diri. Perkara yang buruk juga mungkin boleh berlaku.

Ibubapa/kawan haruslah peka terhadap anak/kawan yang bermasalah. Jangan biarkan sahaja anak/kawan kita menyelesaikan masalah mereka seorang diri. Jika tidak mampu menolong, mendengar masalah tersebut mungkin akan membuat mereka tenang atau pun lebih tabah untuk menyelesaikan masalah tersebut. Doakan lah mereka .Dengan cara itu, mungkin kita dapat mengurangkan masalah dia.Semestinya dengan bantuan Allah

Masalah yang kita hadapi itu akan mematangkan kita. Tanpa masalah itu, mungkin kita masih lagi bersifat kebudak-budakkan. Bertenanglah jika menghadapi masalah. Mungkin ada hikmah Allah mewujudkan masalah itu untuk kita. Itu sudah menjadi takdir yang telah Allah tetapkan untuk kita. Mungkin kesudahannya kita akan mendapat kebahagian yang tidak pernah kita impikan ?

Jadi, bersabarlah bila menghadapi masalah . Allah sentiasa ada untuk menemani kita menghadapi masalah itu.

.InsyaAllah. 
:)

Dosa Mengumpat Hanya Boleh Diampun Oleh Mangsa

Rasulullah S.A. W. menjelaskan mengenai mengumpat seperti sabdanya bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang  dibencinya"(Hadis Riwayat Muslim).

Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya. Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ianya disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri. Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: "Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua. Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya. Sabda Rasulullah S.A.W. "Wahai orang yang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan janganlah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud)

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala. Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud : "Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering". Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukan". Maka Allah menjawab : "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti. Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya.
Oleh itu perbanyakkanlah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.

a copy from syahirul.com

Petua untuk menegur orang

Perbezaan pendapat dan pandangan yang berlainan adalah sesuatu perkara yang lumrah. Apabila ia berlaku jangan sesekali ada di antara kita dengan mudah membuat kesimpulan yang menjurus kepada prasangka kononnya ia bertujuan memburukkan sesiapa. Allah s.w.t. telah mengingatkan kita dalam surah Yunus ayat 36 dengan menegaskan, ‘‘Prasangka itu tidak mendatangkan kebenaran apa pun.”Oleh itu jika tercetus sesuatu isu antara kita dan terwujudnya perbezaan pendapat atau terbentuk sesuatu teguran, ia seharusnya ditangani dengan sebijak-bijaknya. Janganlah pula kita terlalu gopoh ke hadapan dengan membuat andaian yang bukan-bukan atau berhujah dengan penuh emosi sehingga terwujud cabar-mencabar. Sebaliknya teguran atau sesuatu pandangan itu perlu diteliti dan dihalusi sertai dikaji kebenarannya.

Islam telah menggariskan dalam membuat teguran, kita haruslah berhati-hati apatah lagi jika kita cuba bertindak sebagai ‘orang perantaraan’ bagi menjelaskan sesuatu perkara.

3 faktor yang digariskan oleh Islam boleh menjayakan sesuatu teguran itu ialah:

1. Tidak merendahkan ego orang yang ditegur
2. Mencari waktu yang tepat
3. Memahami kedudukan orang yang ditegur

Islam memberi panduan yang jelas dalam kita memberi teguran dan bagaimana sikap kita apabila ditegur. Kita tidak harus melatah apatah lagi terlalu emosional sehingga menyebabkan kita melafazkan kata-kata yang tidak sepatutnya. Semua itu tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya hanya akan mengeruhkan lagi keadaan, tidak kira samaada kita pemimpin atau tidak, tetapi apa yang kita perkatakan pasti akan dinilai oleh manusia. Kalau kita gagal mengawal perasaan kita berhujah, pasti akan menyebabkan berlaku tuduh-menuduh yang kesudahannya akan mencetus permusuhan antara kita.

Islam tidak hanya mengajar etika menegur umat seagama tetapi Islam juga mengajar kita bagaimana cara menegur yang betul kepada umat daripada agama lain. Ia terkandung dalam Al-Quran melalui perintah Allah kepada Nabi Musa dan Nabi Harun untuk berkata lembut kepada Firaun seperti mana firman-Nya dalam surah Thaha ayat 44 yang bermaksud;
‘‘Berbicaralah kalian berdua kepadanya (Firaun) dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut.” 

Oleh itu kita perlulah berhemah apabila menegur “kesilapan” orang lain. Jangan kita mudah ikut hati atau emosi kita tanpa menyiasat keadaan sebenar. “Kesilapan” orang lain mungkin bukan “kesilapan” bagi mereka, kerana mungkin mereka ada sebab-sebab yang kukuh yang mendorong mereka membuat sesuatu perkara. Jadi, eloklah kita siasat atau Tanya dengan cara berhemah untuk mengetahui kedudukan sebenarnya.

a copy from syahirul.com

paradigma :)

 Langkah pertama jika ingin menyatukan hati manusia (samada suami isteri, anak2 atau masyarakat) adalah dgn mendekatkan mereka kpd Allah.

 Jinakkan hati mereka supaya syg Allah

 "Jika kamu mmbelanjakan segala yg ada di bumi, nescaya kami tidak akan dpt menjinakkan hati manusia. Ttp Allah jualah yg menjinakkan hati antara hati2 mereka."

 (Surah Al-Anfal,63) 

Allahuakbar... 
SubhanAllah...

quote :)





Those little imperfections make you beautiful, lovable, valuable. They show your personality. Be grateful!