persepsi|AFIQ : typical minded



Assalamualaikum 

typical minded today 

" Alah,tak yah kau nak kesah lah pasal aku, kubur kan lain-lain"


Ada korang reader yang berfikiran seperti dia atas ini? Aku minta maaflah kalau korang tersentap baca entry ni.Aku cume nak nasihat.

Bagi aku, orang yang berfikiran macam di atas tu adalh orang yang berfikiran kolot dan sangat mementingkan diri sendiri. Tak nak fikir akan orang lain. Orang camni gak tak mahu orang lain ganggu hidupnya. Asalkan dia hidup bahagia dengan hidup dia.For me,memanglah kubur lain-lain, kan dah menjadi tanggungjawab kita saudara sesama ISLAM untuk menasihati satu sama lain.Takkan korang mahu lihat saudara ISLAM korang terseksa di alam kubur kelak.

Orang camni eloknya, bila meninggal nanti gali kubur sendiri, kafan sendiri, solat jenazah sendiri. Bacaan talqin pon tak yah.Talqin tu kan untuk beri ajaran kepada kau untuk menjawab kepada malaikat ketika kau dalam alam kubur nanti. Ajaran, mana kau suka. Jadi tak yahlah.

Tapi seteruk mana manusia itu, sebagai saudara sesama Islam, sudah pasti kita akan menolong untuk menguruskan jenazahnya. WALAUPUN kubur lain-lain.Sebab dah menjadi tanggungjawab sesama umat Islam. 

Jadi, wahai readers yang berfikiran seperti di atas tu, tolonglah ubah fikiran anda. Jangan kolot sangat fikiran tu. Kau akan kesunyian di dunia ni. Yang sanggup menemani kau hanyalah Syaitan.Aku harap korang berubahlah.     




0 comments: