just A post '8

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah, berjaya juga merajinkan diri ini untuk membawa cusor ke button New Post. Ok, semua orang tepuk tangan ! HAHA

Bukan aku tak nak update blog ni cume banyak masalah,kekangan masa, dan assignment yang berlambak .

Jadi hari terrajin pulak nak update blog ni.

Anyway, sebenarnya banyak telah berlaku sejak last post aku mengenai aku tak de kerja waktu petang then capture gambar buku nursing bagai. Aku sebenarnya telah tukar course walaupun sebenarnya budak diploma semester 1 tidak dibenarkan untuk menukar course. Tetapi disebabkan 
LJM ( Lembaga Jururawat Malaysia) hanya mahu pelajar nursing hanya seramai 120 orang sahaja, Ketua Jabatan Nursing kami mengambil keputusan setelah berbincang dengan Timbalan Dekan untuk memberi peluang kepada pelajar nursing yang tidak berminat akan kos nursing ni tuk tukar course. Jadi aku dan beberapa orang pelajar telah menvolenteerkan diri untuk menukar kos.

Jadi setelah berbincang dengan my mum, aku mahu meneruskan in physiotherapy. Dan disebabkan aku tukar kos itu pada minggu yang ke 5 *sebab minggu ni baru KJ bagi tau masalah yang dihadapi oleh pelajar nursing* aku kena catch up banyak apa yang budak fisio dah belajar.haihh. Oh, lupe nak bagitau, diploma fisioterapi hanya di puncak alam sahaja. HAHA. Jadi aku hanya tukar kos and still in the same campus. And still di bawah department Health Science.

ok, ini jelah nak bagitau korang setakat ni. sekarang nak study subjek fisio. fuhhh~~ 

p/s : isnin dah de test fisio.wahhhhh

0 comments: