persepsi|AFIQ : berubah


pernah tak pada suatu hari,kita duduk,termenung dan memikirkan masa lampau kita?


 Aku rasa semua orang pernah memikirkan semua itu. Tapi, setelah memikirkan masa lampau kita sama ada baik atau buruk, adakah kita mahu berubah? 


sama ada dari nakal ke baik, dari baik bertambah baik, dari iman yang kurang kepada iman yang tinggi.


Adakah kita mahu berubah? pernah tak kita fikir apa yang akan jadi jika terus menerus melakukan perkara lampau itu?pernah tak?


Bila difikirkan, perubahan memerlukan satu usaha yang amat berat yang perlu dipikul oleh seseorang manusia itu. Setiap kali kita ingin melakukan perubahan pasti ada sahaja halangan atau rintangan yang perlu dihadapi oleh kita.


Kutukan dari kawan. pandangan sinis kawan. perlian ddari kawan. semua itu akan menjadi lumrah apabila seseorang itu berubah kepada sesuatu yang lebih baik.


Tapi sedarkah kita, bukan mereka yang dapat manfaat daripada perubahan kita. Kita yang akan dapat manfaat. 





Kita pasti akan berasa kecewa atau sedih kerana perubahan kita itu tidak diterima oleh kawan. Tapi ingatlah Allah sentiasa ada dengan kita. Dialah yang sentiasa membantu kita ketika senang mahu pun susah. 


asalkan perubahan yang kita lakukan itu tidak bertentangan dengan syarak. 


asalkan perubahan itu membolehkan Allah lebih menyayangi kita. 


asalkan perubahan itu memberi manfaat kepada kita.

0 comments: