Assalamualaikum :)
*hari raya pertama*
macam biasa, adat setiap tahun, bila hari pertama raya, pada waktu pagi, semestinya aku akan pergi ke surau di Batu 8 Kampung Sijangkang untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri dan mendengar khutbah.
lepas balik dari surau semestinya perkara yang aku lakukan adalah membuka tudung saji dan ambik pinggan tuk makan rendang dan ketupat serta kuah kacang :D
sesudah itu, sesi bermaaf maafan dengan parent. sayu :')
and then pergi ke kubur, melawat nenek :')
balik dari kubur singgah kejap rumah nek kes :')
and then balik rumah :D
selalunya pada hari raya pertama kami sekeluarga akan pergi ke rumah we dan rumah mak long yang berada di KL, tapi kami batalkan niat itu kerana terpaksa menjaga orang baru di rumah. sapa lagi kalau bukan Adi Safwan :) anak along yang baru lahir pada 16.8.2011, which is the anniversary of my sister's wedding :D
jadi disebabkan itu, kami hanya beraya di rumah. dan pada masa yang sama , berduyun duyun orang datang dari pagi hinggalah ke petang beraya di rumah kami :)
jadi raya kali ni meriah dengan kedatangan orang baru :)
selamat datang Adi Safwan bin Salman ke keluarga Abdul Rashid dan Zainun :3
dan dengan kesempatan aku update blog ni, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya , Maaf Zahir dan Batin. andai ada tersalah silap yang aku telah buat kat korang, harap korang ampunkan :) terimakasih :DD
*p/s : x de gambar langsung bersama family -.-
2 comments:
untung la.. huhu...
this week blek?
apa lah yang untungnya....huhu
Post a Comment