Adab Berzikir

Allah telah berfirman maksudnya, ” Maka ingatlah kepadaku, nescaya AKU ingat padamu,” “Sesungguhnya dengan berzikir kepada Allah SWT dapat menenangkan hati”.
Antara adab berzikir ialah:-
  1. Berzikir dapat dilakukan dengan lidah atau hati sahaja,tetapi yang sebaik-baiknya berlaku serentak di antara hati dengan lidah.
  2. Sebaik-baik tempat berzikir ialah di tempat lapang dan bersih,digalakkan berzikir di  surau-surau, atau masjid- masjid dan di tempat-tempat lain yang bersih dan terhormat.
  3. Berzikir hendaklah dengan ada kesedaran hati,menyedari dan memahami apa yang diucapkan.Berzikir dengan penuh perhatian dan kemesraan terhadap ucapan itu, dengan itu ucapan berzikir hendaklah perlahan dan tidak cepat.
  4. Taubat, yang hakikatnya adalah meninggalkan semua perkara yang tidak berfaedah bagi dirinya, baik yang berupa ucapan, perbuatan, atau keinginan.
  5. Mandi dan atau  wudhuk.
  6. Diam dan tenang. Hal ini dilakukan agar di dalam zikir nanti dia dapat memperoleh shidq, artinya hatinya dapat terpusat pada bacaan Allah yang kemudian dibarengi dengan lisannya yang mengucapkan Lailaaha illallah.Menyaksikan dengan hatinya ketika sedang melaksanakan dzikir  terhadap himmah syaikh atau guru mursyidnya.
  7. Mengharumkan tempatnya untuk berzikir dengan bau wangian, demikian pula dengan pakaian di badannya.
  8. Memakai pakaian yang halal dan suci.
  9. Ikhlas, iaitu membersihkan amal dari segala ketercampuran.
  10. Menghadirkan makna  zikir di dalam hatinya.
  11. Mengosongkan hati dari segala apapun selain Allah  dengan La ilaaha illallah , agar pengaruh kata “illallah” terhujam di dalam hati  dan menjalar ke seluruh anggota tubuh.
  12. Bersikap tenang ketika telah diam (dari zikirnya), khusyu’ dan menghadirkan hatinya untuk menunggu waridudz-zikir.
  13. Menyebut lafaz zikir dengan betul serta memahami maksudnya.
  14. Berzikir dlm keadaan bersih dan suci drp hadas.
  15. Berzikir dengan lafaz –lafaz yang terdapat dalam nas dan al-Quran.
  16. Merasa Kehebatan kekuasaan dan keagungan Allah SWT.
  17. Tidak berzikir semasa Qada Hajat.
  18. Perbanyakkan zikir dalam suasana genting.
  19. Menggunakan suara yang perlahan.
Sebab perlu beradab ketika berzikir.
  1. Tidak menggangu ketenteraman orang lain
  2. Untuk mencapai kesempurnaan dalam ibadat
  3. Selaras dengan Sunnah Rasulullah SAW
  4. Supaya zikir diterima Allah SWT
  5. Selaras dengan Sunnah Rasulullah SAW
  6. Berdisiplin dalam menunaikan ibadat

0 comments: