HIPOKRIT bertudung ?

Walaupun isu ni tak de kaitan dengan saya(pemilik blog),cuma nak bagi renungan dan ingatan pada wanita di luar sana . Entry ini saya copy dari sebuah group di laam sosial Facebook. Harap kaum wanita sedar akan tanggungjawab bertudung itu sendiri walaupun ikhlas atau tidak . 

HIPOKRIT BERTUDUNG???

Kategori Soal Jawab Agama - Fiqh Nisa'


Assalamualaikum.. disini saya ingin berkongsi kisah yang saya baca dari majalah ANIS dengan sahabat sekalian. Sebenarnya, kisah ini amat dekat dengan kehidupan kita. Sering kali kita terdengar rakan- rakan kita mempersoalkan soalan yg hampir sama dengan kisah ini. Mungkin kita tidak sedar masalah yang berlaku di sekeliling kita, atau mungkin soalan yang ditanya masih belum terungkai jawapannya. Diharap sahabat sekalian dapat meluangkan masa untuk membacanya. Bagi wanita, bolehlah dijadikan iktibar dan mengambil ilmu darinya agar dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian sebagai seorang wanita islam. Manakala bagi lelaki pula, ambillah ilmu ini buat bekalan masa hadapan, untuk mengajar dan membimbing suri hati dan puteri2 anda agar menjadi muslimah sejati.  

" Untuk pengetahuan ustaz, ibu telah menyuruh sy memakai tudung ketika berumur 13 thn. Sy hanya menurut katanya kerana bimbang dimarahi. Walaupun begitu, sekarang saya tidak lekat memakai tudung. Ini diketahui olh ibu & dia hnya mampu membebel & menasihati sy. Sy hnya memakai tdg ke tempat kerja sj krn tindakan undang2 akan dikenakan sekiranya pekerja tidak memakai tudung. Sy tahu hukum tidak menutup aurat, ttpi buat wktu skrg, hati saya tidak terbuka lagi untuk terus menutup aurat.( rambut & leher). Cara pemakaian saya tidak seperti rakan2 yg menutup aurat. Mereka bertudung tetapi pemakaian tidak melambangkan imej mereka. Baju dan seluar ketat dan menampakkan susuk tubuh. Bagi yg memakai bj kurung, ada yg dr kain yg nipis & jrg. Ada yg tidak memakai seluar ttpi memakai skirt panjang. Namun ketat dan menampakkan garis pakaian dalam yg dipakai. Tudung yang dipakai pula tidak menutupi dada. Lelaki2 yg memandang tidak berkelip. Ada juga rakan yg betul2 menutup aurat tetapi kelakuan dan perangai mereka lbh teruk dari yg tak memakai tudung. Tidak menunaikan solat, panjang tangan, mengumpat, melayan lelaki yg bkn  mahram, pengotor  dan pelbagai karenah lg. Walaupun sy x memakai tudung, sy mnjaga solat, pemakaian dan tingkah laku.  Kawan2 ada menyuruh sy supaya terus memakai tudung, ttp tidak mahu menjadi hipokrit. Sy mahu berubah kerana sy sendiri ingin berubah. Sy mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh. Sy tahu hari itu akan tiba, tetapi bukan sekarang. Semoga Allah membuka hati sy untuk terus memakai tudung."  

SOALAN 1)   Isu tidak mahu bertudung (menutup aurat ) tanpa ikhlas kerana tidak mahu hipokrit serta tidak mahu berubah kerana disuruh.

 JAWAPAN sebenarnya isu ini telah banyak disentuh oleh pelbagai pihak. perlu difahami bahawa Allah dan Rasul mengarahkan seluruh wanita muslimah untuk menutup aurat dan bukan hanya bertudung. Justeru, sama ada seseorang itu ikhlas @  tidak, suka @ x, di suruh oleh seseorg lain @ terbit dari hatinya sendiri , dia ttp wajib di sisi Allah untuk melaksanakan kewajipan itu. Sebagaimana jika ada pemandu dr ngara luar yg menetap di United Kingdom (UK), dia akan terpaksa mengubah cara pemanduannya kerana hemah pemandu di UK amat tinggi, sesiapa sj yg krg berhemah akan segera mendapat teguran pemandu lain, malah adakalanya pemandu lain akan segera menelefon polis @ mencatat nombor plat kereta untuk diadukan kepada polis. Atas sebab itu, pemandu yg asalnya ‘brutal’ di negaranya terpaksa berubah sikap di UK.

Tidak kira sama ada berubah kerana hipokrit,terpaksa, tidak ikhlas  atau apa sj sbb luaran. Hakikatnya dia mesti berubah kerana itu  adalah sistem peraturannya. Mengabaikan akan membawa mudarat kepada diri sendiri dan pemandu lain.  Sama seperti menutup aurat dan bertudung, itu adalah peraturan oleh agama Islam, mengabaikannya akan membawa mudarat spiritual kepada diri sendiri dan org lain kerana (setiap lelaki yg melihat aurat wanita bukan mahram, akan berdosa dan dosanya akan di kongsi bersama oleh wanita tersebut)!!

Justeru, hipokrit tidak boleh sama sekali menjadi penghalang untuk mengerjakan semua kewajipan agama, termasuk menutup aurat. Itu adalah arahan Allah dan hak Allah untuk menguji hamba-Nya. Begitu juga mendirikan solat, membayar zakat, puasa dan semua arahan dan larangan serta larangan islam yg lain, sama ada seseorang itu ikhlas @ tidak, terpaksa @ tidak. Kewajipan untuk melakukan semua arahan wajib dan menjauhi larangan yang diharam tetap tertanggung di atas bahunya, walaupun dia tidak ikhlas atau masih gagal mencapai tahap ikhlas. Apa yg perlu diusahakan adalah terus menerus berusaha memperoleh ikhlas semasa melaksanakan perintah dan menjauhi larangan itu. Itu blh dianggap sbg tahap kedua kesempurnaan ibadah. Tahap pertama adalah mesti melaksanakn tuntutan Islam.

 DOSA DUA KALI
Perlu diingat jika seseorg menutup aurat dan menunaikan solat secara ikhlas atau separa ikhlas , maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. Atau kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu tidak melaksanakan secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yg wajib ke atasnya secara zahir.   Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, tidak juga solat atas alasan tidak ikhlas, tidak mahu hipokrit dan sebagainya, tindakan itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dia BERDOSA DUA KALI.

Contohnya seperti apabila ada mata lelaki bukan mahram yg melihat. Ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yg melihat!!! Walaubagaimanapun, bagi mereka yg x ikhlas tadi, sekurang- kurangnya dia sudah selamat dari cambahan dosa dari mata lelaki. Dosa tahap pertama dan kedua sekaligus, malah lebih teruk apabila dosa tahap pertama sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain.

Oleh itu, ‘ingin berubah hasil hati sendiri’, ‘tidak ikhlas’, dan ‘tidak mahu hipokrit’ itu semua hanya bisikan syaitan yg ingin menyesatkan hamba Allah agar terus menerus menjauhi kewajipannya. Sedarlah agar jangan lagi terpedaya, ingatlah berterusan dalam dosa sedang mengetahui hukumannya akan terus menerus menambah kemurkaan Allah SWT dan akan menjadikan diri sama sekali TIDAK MAMPU berubah pada suatu hari sebagaimana diharapkan.
WALLAHU'alam..

0 comments: