Jika dilihat dari mata kasar ,kebanyakan Muslimah tampil sempurna dengan pakaian menutup aurat.Memang menawan.Namun seseorang itu tidak cukup 'indah' jika 'tiangnya'masih lemah iaitu iman.
Tiang' yang dimaksudkan itu ialah SOLAT iaitu rukun Islam yang WAJIB dilakukan dalam apa jua keadaan kecuali atas beberapa sebab seperti mana yang digariskan di dalam Al-Quran .Laksanakan ia sebaiknya kerana syurga adalah janji-Nya di kemudian hari.
Abu Hurairah meriwayatkan ,Rasulullah Sallallahu'alahi wassalambersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya amalan pertama yang akan disoal pada hari kiamat kelak ialah ibadat solat.Jika baik amalan solatnya,beruntunglah dia.Jika rosak amalan solatnya ,pasti dia akan menyesal dan berasa sangat rugi.Jika orang itu mendirikan solat wajib secara tidak sempurna Allah akan menyatakan kepada para malaikat."Wahai para malaikat ,periksalah hamba-Ku ini.Adakah mereka akan melakukan solat sunat?Apabila ada solat sunat yang dilakukan ,ia dapat menampung kekurangan solat wajib yang didirikan secara tidak sempurna.Begitu juga dengan amalan wajib yang lain".[HR. Tirmizi]
Jadi ,ingatlah walau bagaimana sibuk pun diri kita,ingatlah DIA YANG MAHA AGUNG ,MAHA KAYA dan MAHA PENCIPTA.Jika kita lupa pada-Nya.Dia juga akan melupakan kita.Disaat kita ditimpa bencana ,kepada siapa kita meminta jika bukan kepada Dia,Allah Yang Maha Mendengar ,Maha Mengasihani ,Maha Menyayangi?Tidakkah ketika itu kita malu untuk mengangkat tangan yang selama ini tidak pernah menadah kepada-Nya memohon perlindungan?
Mohonlah keberkatan daripada-Nya dengan MELAKSANAKAN SOLAT.Yakinlah diri kita akan dilindungi di dunia dan azab api neraka di akhirat kelak.Didiklah anak-anak kita dan sematlah di jiwa mereka TIDAK ADA YANG LEBIH UTAMA DI DUNIA INI MELAINKAN ALLAH.Letakkan Allah di TEMPAT PALING UTAMA DI HATI SANUBARI .Insya Allah hidup ini akan terus diberkati-Nya.
0 comments:
Post a Comment