quote :)

The more you try to impress someone, the more you forget who you really are. Start to express yourself. 


Be the real YOU!



10 PETANDA DIA JODOH KITA :)


Firman Allah SWT, bermaksud :
"Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" 
(Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.


Ditulis oleh Hj Abdul Samad: Hj Abdul Samad

masalah ?

Assalamualaikum. . .

Bila kawan ada masalah, apa yang perlu kita buat ? Suggestion please. . . 
Bgai aku,kita kenalah bantu,mungkin sengan cara mendengar masalah yang dihadapi, dan cuba membantu dia. Mungkin kalau tak dapat membantu dia, kata kata penaik semangat boleh diberi.Itu pun kalau sahabat tu ingin berkongsi masalah lah.

Tapi disebabkan aku ni selalu mencari pasal ,terus tak nak share masalah dengan aku.
tapi tak pelah,aku tak kesah,buat pe nak paksa ko bagitau masalah kau. 
its your problem, maybe its personal
so buat pe aku nak masuk campur

sekarang,bile orang lain(kawan) dah macam tak de mood, aku pon macam dah takde mood dah.
haihh.rase down gak.mungkin sebab diorang jelah kawan baik aku.KOT.

sorrylah kawan, tah ape lah aku merepek malam2 ni. haih..

aku harap masalah kau selesai lah, supaya mood kau ok.
:D

Iktibar

10 PERKARA YANG MEMBATALKAN SYAHADAT:
  1. Syirik dalam beribadat kepada Allah SWT.
  2. Bertawasul kepada makhluk.
  3. Tidak mengkafirkan orang yang telah nyata kafirnya.
  4. Mereka yang lebih berkeyakinan bahawa ideologi di dunia ini lebih baik dari apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad Sallallahu'alaihi wasallam.
  5. Membenci apa yang dikatakan sebagai Sunnah Rasulullah Sallalahu'alaihi wasallam.
  6. Agama dan hukum Islam menjadi bahan sendaan atau mainan.
  7. Menilik nasib dan bermain sihir.
  8. Membantu orang kafir dalam menentang Islam.
  9. Percaya bahawa keluar dari agama Islam dan memasuki agama lain tidak menjadi kesalahan kerana menganggap semua agama adalah sama.
  10. Menolak sebahagian daripada hukum agama Islam.
BERHATI-HATILAH KETIKA MENGGUNAKAN AKAL SERTA BERTINDAK,SESUNGGUHNYA SETIAP PERBUATAN DAN APA YANG KITA FIKIRKAN DIKETAHUI ALLAH...



"INGATLAH ALLAH MAHA MENGETAHUI"

persepsi|AFIQ : gambar dan status

Assalamualaikum 

.Gambar.

 Ia dapat menceritakan seribu satu makna atau anggapan daripada orang lain. Kadang kala orang tidak mahu fikir akan anggapan orang lain mengenai gambar yang diuploadkan di laman-laman sosial seperti facebook dan myspace dan sebagainya. 

Aku tengok gambar2 kat facebook orang lain ni, terutamanya perempuanlah, aku fikir sejenak, tak tahu malu ke kau perempuan, dahlah memakai seluar ketat atau legging then peluk-peluk dengan kapel sendiri.Kau ni ISLAM ke bukan? bukan aku nak jeles ke ape, cume meluat pula menengoknye.Bila aku cakap macam ni, mesti ramai akan cakap tak yah tengok gambar tu. tapi, bagaimana dengan orang lain. Kau SUKE orang lain tengok gambar kau yang meluat tu ? Kau suke ke ?? kalau kau tu cantik tu tak apelah. sedap sikit mate memandang. adoi.

Kadang-kadang, aku fikir kau dah jadi macam perempuan murahan pulak. Lelaki yang kau peluk tu pula muke suke je. Gambar perempuan yang seksi pulak ,berlambak kat facebook ni.Kadang-kadang ade yang bertudung kat luar tapi bila upload gambar tak bertudung . apa ka ? pelik tul. manalah maruah kau tu. haihh.Perkara seperti ini lah yang menambahkan perempuan yang menjadi mangsa kena rogol plus culik. kau suke kan perkara macam ni berlaku? lepas perkara ni dah berlaku,sibuk duk salahkan lelaki . cakap lelaki semua jahat. semua lelaki tak boleh dipercayai. walhal ,anda lah yang menjadi penyebab kepada gejala semua ini. haihh

.Status.

Kat facebook pulak menjadi tempat berjuta-juta manusia meluahkan perasaan mereka *selain bloglah* . Ramai perempuan yang frust sebab  putus cinta mesti update macam kat bawahni : 

mak sy ckp.. prgi dkat lelaki yg sygkn kite.. klau laki 2 x sygkn kite.. jgn prgi dkt dy.. sbb nnti dy akn sakitkn aty kite.. tp kn mak.. laki skrng same jer.. xde beza. sumenyer mnyakitkn aty.."

aku nak tanyalh, kalau kau fikir semua lelaki menyakitkan hati, ayah kau tu selalu ke menyakitkan hati  mak kau tu,tu sebab kau fikir semua lelaki sama ? Semua lelaki tak samalah. Allah ciptakan semua manusia dengan DNA dan cap jari yang berbeza. so, apa yang same? perangai ? perangai boleh di ubah. tak semua lelaki kerja nya hanya menyakitkan hati wanita. yang kau pon satu, kecik2 lagi sibuk bercinta, then dah frust sebab pakwe cari lain, nangis. Kan merugikan masa belajar dan wang ringgit mak bapa kau membelikan ko top pup.haihh. agak membazir. Biarlah cinta itu datang dengan sendiri nya dan berharap dia adalah jodoh kau hingga ke akhir hayat .

p/s : kepada sesiapa yang terasa ,tersentap tu, saya mohon maaflah. ia hanyalh luahan hati saya sahaja
 terima kasih.

persepsi|AFIQ

Korang nak tahu ? selama ni aku wonder,susah sangat ke perempuan nak pakaii tudung.tinggal sarung je tudung,then siap.bukan susah kan nak tutup aurat ni. senang je . dapat pahala lak tu.jadi apa yang wanita rugi kalau tak pakai tudung. walhal kalau korang tak pakai tudung ,wanita akan mendapat azab api NERAKA . korang sebagai wanita ni ,nak ke camtu? mendapat azab yang korang tak dapat tanggung peritnya.


Kalau yang dah pakai tu, pakai lah ikut syarak . Ni tidak, pakai tudung tapi, tak menutupi dada,jarang tudung (selalu tak pakai serkup atau anak tudung). Ade gak wanita yang pakai tudung tapi, pakai kain belah tengah, kain ketat , baju ketat bagai sarung nagka. apa ka ? pelik sungguh dengan wanita hari ni.ade gak wanita yang kat sekolah pakai tudung, tapi bile lepas je dari gate sekolah, hilang tudung tah ke mane. pakai je lah. bangga sangat nak tunjuk korang punye rambut ye ? ingat cantik sangat ?? haihh.


Some girls says : " buat ape nak pakai tudung kalau tak ikhlas?,baik aku buka je" . Situasi ni bagi aku, kau agak bengap lah.maaflah terkasar bahasa. mana taknye, menutup aurat kan dah menjadi tuntutan dalam islam. tak kira lah kau ikhlas ke tidak ,koau kena pakai gak. kalau ko fikir camtu, aku nak tanya , kau ikhlas tak menunaikan solat? kalau tak ikhlas ,kau tak solatlah ye ? maknenya rukun islam tu kau tak ikutlah ? adoi =.= Lama2 kau dah pakai tudung tu, mesti timbul dalam hati kau tu niat ikhlas kau pakai tudung. 


"Allah dan Rasul mengarahkan seluruh wanita muslimah untuk menutup aurat dan bukan hanya bertudung. Justeru, sama ada seseorang itu ikhlas @  tidak, suka @ x, di suruh oleh seseorg lain @ terbit dari hatinya sendiri , dia ttp wajib di sisi Allah untuk melaksanakan kewajipan itu"


Sekarang kan dah ade tudung yang terus pakai. itu pon korang tak nak pakai ? dah bagi kesenangan tak nak digunakan. haih.sungguh pelik =.= . pakai jelah tudung tu . MENUTUP aurat tu kan lebih elok. manis bila tengok korang bertudung. menutup aurat dengan sempurna. 


Aku sedar ,aku ni siapa nak nasihat korang. Aku lelaki, mana pakai tudung. Aku pon dah buat banyak dosa.Tapi ia adalh sebagai tanggungjawab aku sebagai saudara kau, saudara ISLAM. aku mohonlah korang berubah. Dunia ni bukan yang lama lagi,dah nak tiba hari kiamat. Semoga korang bertaubat ye. Sama2 kita harapkan iman kita dipelihara oleh Allah S.W.T . Amin...

Maulidur Rasul

Selamat Menyambut Maulidul Rasul 12 Rabiulawwal 1432H

Allahumma Salli Ala Saiyidina Muhammad wa ala aalihi wasahbihi wa sallam!



Marilah kita perabayakkan selawat kita ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W 


H.

SOLAT mencuci DOSA


 Sembahyang adalah  tiang segala ibadat .Disebabkan itu juga ,ibadat ini diletakkan di tangga kedua dalam lima Rukun Islam.Umat Islam dituntut melakukan ibadat ini dalam apa juga keadaan sekali pun tanpa cuai.
   Sembahyang diumpamakan sebagai amalan yang akan mencuci segala dosa dan noda.Hal ini seperti yang dinyatakan Rasulullah SAW  dalam sabda baginda:

"Apa pendapat kamu sekiranya terdapat sebatang sungai di hadapan pintu rumah salah seorang daripada kamu,dia mandi di situ sebanyak lima kali setiap hari.Adakah kotoran masih lagi terdapat pada badannya walaupun sedikit?"

Para sahabat menjawab,"Sudah pasti tidak terdapat sedikit pun kotoran pada badannya."

Lalu baginda bersabda,"Begitulah perumpamaan sembahyang lima waktu .DENGAN SEMBAHYANG ALLAH AKAN MENGHAPUSKAN SEGALA KESALAHAN.(HR. Bukhari & Muslim)

10 sikap buruk MANUSIA yang dicela oleh ALLAH

SYEIKH Abdul Kadir Abdul Mutalib dalam buku tasauf Penawar Bagi Hati menjelaskan mengenai sepuluh celaan Allah kepada manusia akibat dari kelakuan dan tabiat manusia sendiri ketika menempuh kehidupan seharian. Sepuluh celaan itu berdasarkan sepuluh sikap yang lazim dilakukan manusia iaitu:

1. Gelojoh ketika makan
Dalam erti kata lain, seseorang yang kuat dan tidak bersopanketika makan. Sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang, menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan, yang akhirnya membawa kepada pembaziran.

2. Banyak bercakap
Allah mencela manusia yang suka bercakap perkara yang sia-sia,fitnah memfitnah, umpat keji dan kata mengata kerana semua jenis percakapan itu menjurus kepada permusuhan dan perbalahan sesama manusia.

3. Suka marah-marah
Kemarahan boleh membuat seseorang itu bertindak di luar bataskemanusiaan. Perbuatan marah akan diikuti dengan maki hamun,mengherdik dan perkelahian yang boleh mengakibatkan kecederaan atau pembunuhan.

4. Hasad dengki
Seseorang yang bersifat dengki sanggup melakukan apa saja dalam bentuk kejahatan atau jenayah. Perbuatan menipu dan sanggup memusnah hidup orang lain adalah antara sifat keji yang lahir dari perasaan hasad dengki. Rasulullah bersabda: `Dengki itu memakan segala kebaikan’ (riwayat Muslim).

5. Kedekut & bakhil
Rezeki yang Allah kurniakan lebih suka disimpan hingga bertimbunbanyaknya. Sifat kedekut menghijab (menutup) seseorang darimembelanjakan sebahagian dari hartanya ke jalan kebaikan termasuk menderma, membuat kebajikan kejalan Allah dan membantu orang yang memerlukan.

6. Bermegah-megah
Ia termasuk sikap suka status atau jawatan, gelaran dan menerima sanjungan.

7. Cintakan dunia
Terlalu menghambakan diri kepada perkara duniawi hingga melupakan tuntutan ukhrawi. Rasulullah bersabda: “Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun, dan beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari.” (riwayat Bukhari dan Muslim).

8. Ego atau sombong
Sifat membuat seseorang merasakan dirinya mempunyai kelebihan dalam banyak perkara dari orang lain hingga mereka lupa bahawa hanya Allah saja yang bersifat maha besar.

9. Ujub dan suka bangga diri
Perbuatan ini ada unsur megah dan sombong dengan kelebihan dan kepandaian yang dikurniakan Allah. Rasa bersyukur tidak ada lagi dalam diri kerana telah diselaputi perasaan ego.

10. Gemarkan pujian atau riak
Manusia jenis ini suka meminta dipuji dalam setiap perkara yangdilakukan. Sikap baiknya, jasa dan baktinya mahu dikenang sampai bila-bila. Ini jelas membayangkan bahawa sikap baiknya selama ini, tidak diiringi dengan kejujuran dan keikhlasan.
Sepuluh sikap yang dicela Allah ini, jika diamalkan, akan termasukdalam kategori melakukan dosa besar.

Semoga 10 sikap buruk ini dapatlah saya dan anda yang membaca dapat hindari.Semoga kita sentiasa dipelihara oleh Allah S.W.T daripada melakukan 10 sikap buruk tersebut dan sentiasa melakukan perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. 
Amin . . .

setahun kemudian . . .


baru perasan something

rupenya dah setahun aku berblog ni.
sedar tak sedar.
haihh

banyak entry yang telah aku post kat blog ni

lirik lagu
video
peringatan
kenangan
renungan
merepek

sume ade =.=

kalau orang baca tak pelah gak,
ni kira bercakap dengan dinding dah.
haihh
bukan nak merungut sebab tak de orang baca
cuma 
memang blog dah tak popular
buat pe orang nak baca 
ye tak ?
HAHA

kepada follower yang ade sekrang ni
terima kasih kerna SANGGUP menjadi follower blog aku ni
*walaupun terpaksa follow*
HAHA

TERIMA KASIH ye :D


akhir kata , 

SELAMA ULANG TAHUN 

wahai 

ARACHIS AFIQ 

:D