SOLAT mencuci DOSA


 Sembahyang adalah  tiang segala ibadat .Disebabkan itu juga ,ibadat ini diletakkan di tangga kedua dalam lima Rukun Islam.Umat Islam dituntut melakukan ibadat ini dalam apa juga keadaan sekali pun tanpa cuai.
   Sembahyang diumpamakan sebagai amalan yang akan mencuci segala dosa dan noda.Hal ini seperti yang dinyatakan Rasulullah SAW  dalam sabda baginda:

"Apa pendapat kamu sekiranya terdapat sebatang sungai di hadapan pintu rumah salah seorang daripada kamu,dia mandi di situ sebanyak lima kali setiap hari.Adakah kotoran masih lagi terdapat pada badannya walaupun sedikit?"

Para sahabat menjawab,"Sudah pasti tidak terdapat sedikit pun kotoran pada badannya."

Lalu baginda bersabda,"Begitulah perumpamaan sembahyang lima waktu .DENGAN SEMBAHYANG ALLAH AKAN MENGHAPUSKAN SEGALA KESALAHAN.(HR. Bukhari & Muslim)

2 comments:

Neutronboy said...

Sahabat rasulullah berkata, "perjanjian antara kami dan mereka ialah solat". Kalau x solat kita dah jatuh kafir.. takut gak kalau2 solat kita ni x terjaga.. tingal, lambat, x khusyuk..

Muhammad Afiq Abdul Rashid said...

insyaallah solat kita terjaga. :D