just A post

Assalamualaikum 

Waktu menaip 10.15 malam
Dengar lagu YUNA|rocket
 Nice song  
Ce dengar ye nanti

Sebenarnya tak de hal pun nak menaip di new post ni. Sebab dah lama tak mengupdate blog ni.haihh.tak de idea langsung nak update pasal apa. Korang ada baca ke semua entry yang telah aku post kat blog ni? curious.

Tak de sape yang baca tak pelah.tak kisah. Yang ada baca tu saya ucapkan terima kasih banyak banyak :D

Anyway, esok aka hari khamis aka 28 April 2011 merupakan tarikh semakan Matrikulasi. Harap harap aku dapat lah. Dapat yang kat ngan bukit jugra.senang nak balik umah.hahahaha

Aku mohon kepada mu Ya ALLAH.

Harap dapat :)

hey you :(

Assalamualaikum

Saya nak cakap dengan awak ni.
nak minta maaf sebab buat awak risau pasal saya
nak minta maaf sebab buat awak curious pasal saya
nak minta maaf sebab buat awak bengang denagn saya

saya takde masalah pun sebenarnya,duduk terperap kat rumah ni buat saya takde kerja dan post macam2 kat wall awak,buat status yang annoyed dan lain2 

nak ajak member kuar,member takde,semua busy interview.saya ni manalah dapat memana interview.terperaplah kat rumah ni lagi.haihh
yang membuat saya sedih, sekrang wak dah niat tak nak nak ambil peduli pasal saya.

saya amat amat amat menyesal dengan perbuatan saya ni :(

saya minta maaf ok?

9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :


1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.


2 . Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.


3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.


4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia.


5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.


6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..)


7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.


8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..


9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya.. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah. .. Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.


Kesimpulan


Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.


Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklah padahnya.
Wallahualam"

persepsi|AFIQ : haiwan.manusia.kejam

Assalamualaikum

Hari ini mau berbicara tentang haiwan. Living creatures that created by Allah which have no mind but it have brain. Well,semua pasti tahu akan binatang. And some of the animal ,kita boleh makan tapi mestilah dengan cara yang halal.
Tengah layan satu blog ni, tetibe dia ada masukkan video di bawah ni.


Ia mengenai realiti penternakan haiwan secara moden. memang kesian tengok haiwan yang dipelihara dalam video. Mungkin selepas korang tengok video,korang akan menjadi vegeterian.

Aku tak tahulah kenapa manusia tu perlu buat haiwan tu sedemikian.Disepak,ditatu,dicekik,dipijak,dimesin dll.
Sungguh kasihan akan haiwan2 tersebut T_T

Nasib baik Islam ada cara yang cukup sempurna dan elok untuk memutuskan nayawa haiwan haiwan tersebut. 

T_T

Let's come together and create the largest FB invite card so we can be acknowledged as the FB capital of the world! #DiGiFBforall

Let's come together and create the largest FB invite card so we can be acknowledged as the FB capital of the world! #DiGiFBforall

persepsi|AFIQ : solat atau sembahyang ?

Assalamualaikum

Kali ini aku nak sebarkan info mengenai perkataan sembahyang.
Teruskanlah membaca :)



Hampir kebanyakan umat Islam hari ini tidak terlepas daripada menggunakan
istilah “Sembahyang” yang merujuk kepada “Solat.” Tetapi pada hakikatnya,
istilah “Sembahyang” mempunyai maksud atau pengertian yang terdapat unsur
“Syirik.”


Professor Hasbi As Siddiqi di dalam salah satu bukunya, membahas perkataan
“Sembahyang.” Katanya; “Sembahyang di ambil daripada perkataan “Sembah”
dan “Hyang” yang merujuk kepada nama dewa – dewa yang disembah oleh
penganut Agama Hindu dahulu kala. “Sembahyang” juga diertikan sebagai
“menyembah berhala yang bernama Hyang.”


Dua pakar Bahasa Indonesia, yang salah seorangnya pernah datang ke
Malaysia, mengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), iaitu Dr
Daniel juga telah mengesahkan bahawa istilah “Sembahyang” merujuk kepada
“menyembah dewa yang bernama Hyang.”


Orang Buddha pergi ke Tokong, Orang Hindu pergi ke Kuil dan Orang Kristian
pergi ke Gereja menggunakan istilah “Sembahyang,” terserahlah kepada
mereka, kerana memang terdapat unsur “Syirik” dalam ibadah mereka. Tetapi
Umat Islam, Tidak sesuai sekiranya, “Solat” juga diistilahkan sebagai
“Sembahyang”, yang mana pada asalnya kata sembahyang itu merujuk kepada
“menyembah dewa bernama Hyang.”


Kalau boleh ubahlah ayat seperti seorang ibu mengarahkan anaknya bangun
untuk menunaikan Solat Subuh. “nak, bangun!. pergi “Sembahyang Subuh,”
kepada “nak, bangun!. Pergi “Solat Subuh.” Solat lebih tepat istilahnya



Mungkin sebahagian daripada kita, akan menganggap bahawa hal ini hanyalah
hal yang remeh dan tidak begitu penting. Tetapi bagi mereka yang mempunyai
kesedaran Agama dan mementingkan kualiti ibadah, akan sentiasa
berhati-hati dan mengambil perhatian akan hal seperti ini.

Info di atas ini saya perolehi daripada panduanislam . Semoga kita dapat mengamalkan perkataan solat itu berbanding sembahyang. TAPI jangan setakat amalkan perkataan solat tu je, kenalah SOLAT juga ye. Solat fardhu jangan ditinggalkan ye kawan-kawan. Semoga kita semua akan dipermudahkan  dan dibuang kemalasan kita untuk melakukan kewajipan solat fardhu.

.InsyaAllah.

persepsi|AFIQ : Politik ? taksub sangat apasal.

Assalamualaikum

Wahai readers semua :)
*walaupun setakat berapa orang je yang baca blog aku ni*

But still, ada orang yang mahu baca blog ni bukan? terima kasih banyak2 aku ucapkan bagi korang yang membaca dan layan layu telah diletakkan di sesetangah post aku yang aku buat.

Terima kasih :)

Anyway,entry kali ini aku mahu bercerita tentang bawah ni . Tengok gambar kat bawah ni,baca komen yang diberi oleh Tanpa Nama.


Aku tak tahulah kenapa Tanpa Nama terlampau taksub dengan politik ni. Bersederhana cukuplah. Tak yah nak kecoh2 pasal politik ni sangat. Aku memang tak gemar dengan orang yang terlampau taksub dengan politik ni.Dan,kalau dah berani sangat nak komen apa yang pentadbir kerajaan Kelantan dah buat/laksanakan kat NEGERI dia, kasilah nama ko,link ke ,email ke, ni macam takde bola plak.aku tak tahu lah kau tu perempuan atau lelaki.

Then dah tu, siap kutuk lagi Nik Aziz. Kau jeles ke dengan dia ? Adoyai. Aku tak tahulah kenapa orang sekarang terlalu typical their punye minded. Come onlah, dah abad ke berapa ni. Kata orang IQ macam arab jahiliah, so, what the different after kau komen yang buruk pasal kerajaan yang mentadbir Kelantan.

Bak kata Ira Yusof : "nauzubillah.. apa salahnya nak bina masjid pun. sebab pilitik jadi macam ni. bak kata afiq. TAKSUB SANGAT -___-"

Kan lebih bagus membina masjid daripada membina pencakar langit yang tinggi hingga nak mencakar langit tu.haihh.

Aku doakan Tanpa Nama bertaubatlah.Kalau nak masuk politik ni pun,bersederhanalah. Tak yah nak over the top sangat. Bukan ko leh jadi PM pon or MB Kelantan.

persepsi|AFIQ : ponteng sekolah

Assalamualaikum



"Ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolah. Ini bermaksud seseorang pelajar dianggap ponteng sekiranya tidak hadir ke sekolah tanpa sebab-sebab yang dibenarkan pada hari persekolahan. Oleh yang demikian, ponteng merupakan istilah yang digunakan bagi merujuk kepada apa jua kegagalan menghadiri kelas di sekolah secara sengaja tanpa alasan yang munasabah."
"Menurut Kamus Dewan, ponteng didefinisikan sebagai lari daripada tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran. Selain dari itu, ponteng juga merujuk kepada pelajar yang menghadiri sekolah tetapi tidak menghadiri kelas, sama ada salah satu kelas, beberapa kelas ataupun kesemua kelas dalam satu-satu hari."

Aku tak tahulah kenapa sesetengah orang tak suka pergi ke sekolah. Walhal pergi sekolah tu kan best! Dapat ilmu,dapat jumpe kawan, dapat jumpe awek!hehe. Ponteng sekolah ni ada keburukan dan kebaikannye. Kebaikan?mesti korang tertanya-tanya kan ,apa kebaikan ponteng sekolah.haha

So,first thing first.

Kebaikan ponteng sekolah :

  1. Korang dapat mengelat dari hantar kerja rumah atau disoal oleh guru.HAHA.tapi tetap kena hantar gak kerja rumah. Ni mesti kes tak siap kerja rumah lepas tu carilah alasan nak bagi kat mak ngan cikgu tuk ponteng sekolah.
  2. Korang dapat berehat kat rumah.Semestinya sewaktu korang tengah sakit.Mestilah ponteng sekolah walaupun tak dapat MC. Walhal kat rumah tengok tv je kerjanya.itulah yang best!haha
  3. Korang dapat mengelak jumpe cikgu yang korang tak suke. Walaupun korang teta
  4. p akan jumpe jugak cikgu tu.
  5. Korang dapat mengelak daripada berjemur di tengah panas jika ada apa2 aktiviti yang dilakukan di tapak perhimpunan atau di padang. Ni kes bagi yang mahu kulit putih berseri.HAHA
  6. Boleh tidur sampai ke tengah hari aka bangun lambat ! ni yang sume orang suke.haha.jangan terlepas solat subuh udah lah ye.
Keburukannya pula :

  1. Korang tertinggal pelajaran yang diajar oleh guru. Memanglah korang boleh belajar sendiri,tapi sejauh mana korang faham apa yang korang belajar tu tanp panduan atau ajaran guru.Mesti korang nanti cari cikgu gak akhirnya.
  2. Korang tak dapat jumpe kawan-kawan korang yang korang sayang.aha!Trust me, bila korang dah habis SPM nanti,mesti korang akan terasa rindu kat  kawan-kawan korang. Masa lepas SPM lah baru korang terasa best nya sekolah! *tetibe rindu kawan-kawan T_T *
  3. Nak tahu,ponteng sekolah ni lah antara punca budak sekolah terlibat dalam kongsi gelap,vandalisme dan pelbagai masalah yang lain. Kalau korang dah beramai-ramai ponteng sekolah,apa lagi yang korang nak buat?balik rumah?confirm kena marah ngan mak bapak. So,korang melepak bukan ?Lepas tu,bila dah tak de keje ,buat vandalisme sambil hisap rokok. Daripada korang buat perkara2 ni, baik korang datang sekolah,belajar. Dapat pahala gak. 
  4. Masa depan korang jugak menjadi tak terjamin. Mana taknya, pergi sekolah tak nak.belajar tak nak. apa yang korang nak? merokok je lah korang tau. pastu dah try rokok nak cuba dadah lak. pastu jadi pencuri lak,sebab nak dapatkan duit tuk beli dadah.haihh..bila pergi sekolah tu, masa depan korang tu akan terjamilah gak.
  5. Ponteng sekolah ni, korang cume membazir masa dan tenaga korang je. Masa tu kan emas.amat berharga.tak boleh diputar balik.nanti dah lama baru nak menyesal sebab pontang sekolah.
  6. And the last thing,korang tahu tak korang menyusahkan guru-guru kat sekolah. Kena ulang balik pelajaran yang korang tertinggal.Nanti bila korang tak paham,mulelah cakap yang cikgu ajar tak bagus lah bagai.ada ke patut?kesian cikgu.dah bertungkus lumus mengajar tanpa jemu demi kebaikan korang. 
Kesimpulannya, ponteng sekolah memang tak bagus tuk korang yang masih bergelar student! Hargailah masa remaja korang dengan mempelajari ilmu yang bermanfaat di sekolah. Janganlah ponteng sekolah ye. 

AMARAN

* Korang janganlah fikir sangat kebaikan ponteng tu.tak de maknenya kebaikan ponteng sekolah demi masa depan korang*

persepsi|AFIQ : review blog

Assalamualaikum

Recently aku banyak baca cerita-cerita lawak dari blog http://www.kayif.com/ . Banyak gila lawak yang boleh diperolehi daripada blog dia ni. Blog dia gak ada segmen Nota Robot which is about his opinion and others. Slain tu, segmen Kerohanian yang mengandungi pelbagai topik yang bernas untuk bacaan semua. Mostly about our religion , Islam :)

Other than that, blog kayif.com ni ada juga memaparkan segmen Rahsia yang memaparkan kebanyakan tentang rahsia Lelaki dan Wanita seperti tips nak pikat laki,tips nak pikat wanita dan lain-lain.

For me , its a nice blog.Give a lot of information and sense of humuor. Senang nak baca. Ayat pon bagus ! thumbs up ! :D

Layout ngan header dia pon lawa.
*x macam aku punye blog.gelap.huu~*

Kalau nak baca lebih lanjut mengnenai blog ini dan isinya ,

silalah 

KLIK

Cara-cara Cover MALU ?

Assalamualaikum

Kisah ni ,aku rasa mesti ramai yang dah baca sebab dah banyak tersebar kat internet. Kisah mengenai cara-cara nak cover MALU bila berlaku sesuatu yang memalukan. Of course perkara yang berlaku tu mesti memalukan.HAHA

So,antara cara cara nya ialah :

1. Kalo tersepak batu: Jangan terus bangun, sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru bgn bila takde orang nampak..

2. Kalo terjatuh basikal: cepat-cepat naik beskal anda semula dan jatuhlah lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak...

3. Kalo terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus...

4. Kalo terjatuh dalam longkang: pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan....

5. Kalo jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat-kuat.."oi! apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orang di blakang anda....

6. Kalo terjatuh di dpn bus stop: terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantu anda..kalo takde..baring terus sampai malam dan takde orang lagi kat bus stop tu...haa...ni lah masa sesuai untuk bangun semula....

7. Kalo jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik la kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda) untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda sorang je yang dapat malu...ye tak?

Kalau ada sesiapa yang ikut cara-cara di atas ni,memang aku SALUTElah. HAHAHAHA

YUNA|DECORATE

Korang mesti tak mengenal lagi lagu ni kan. Sebab lagu ni aku rasa kat radio tak pernah dimainkan. agaknyalah. So enjoy lah lagu ni by yuna from her album DECORATE :D

she's adorable right? in love <3

So you decided to see me out of the blue
Should I let you come over
I think you’re doing fine
That girl in your arms
Does she know where you come from

Almost made me move out of town
You don’t want me to be around
But I stayed anyway
Just in case

Finding reasons to hate you more than before
Like how you said you would call
But never at all
Got rid off your number that I know by heart

You left your things at my place
As if I have all the space
Cause you know I don’t mind
Just come back when you think it’s time

I’m all black and white inside
Monotonous from left to right
I decorate my house with things you love
Just in case you show up
In case you show up

persepsi|AFIQ : merepek sekejap

.Assalamualaikum.

Err. dah banyak kali nak menaip kat new post. Tapi setiap kali dah menaip mesti BACKSPACE balik.err! tak de idea langsung nak menaip pasal apa sebab nothing interesting berlakulah. Bagi aku setiap hari yang berlaku dalam hidup aku ni bagaikan tidak berubah. Asyik-asyik perkara yang sama je berlaku. 

Bangun pagi then masak then tengok tv then men internet bukak facebook solat zohor then layan facebook balik sambil dengar lagu yuna sahaja then tengok tv balik then solat asar then main badminton then solat maghrib then tengok tv then bukak cityville then tengok tv balik then solat isyak then tidur then bangun solat subuh then tidur sekejap sebab ngantuk tidur lambat then bersambunglah balik.

-.-

see! nothing interesting yang berlaku. Seminggu sekali je tengok wayang. tu kadang-kadang dah bosan nak kuar. Asyik ke tempat yang sama, doing the same thing with the same people. So, what special about my day . Its like i have to go through the same day. but different name of day. 

Sekali sekala je nak kuar ke KL ke. tu pun setakat gi kenduri kahwin. then balik rumah. sungguh bosan gile! 

TAPI


Aku bersyukur setiap kali aku bangun daripada tidur tu, aku masih bernafas. Nyawaku masih panjang. Alhamdulillah.

No matter what, life must go on. Although it still the same routine we do :D


*entah apalah aku merepek ni*
Assalamualaikum

Adakah manusia yang sempurna itu wujud ? Aku rasa semua manusia sekarang ini tidak sempurna. Pasti ada sahaja yang akan buat kesalahan. Tak kiralah orang nampak ke tidak tapi Allah Maha Mengetahui. Allah mengetahui semua yang kita lakukan, walaupun orang lain tak nampak kesalahan yang kita lakukan secara fizikal.

Semuanya antara kita dan Allah



I HATE quotes :)

Don't just think, do! Don't just speak, act! Don't just wait, move! Don't just pray, try!

Love is something that should be free, but many people give it a price tag and don't even know it.

Commitment is the glue that helps relationships through tough times; allows you to grow as a person and as a couple.

Erasing someone from your mind is not impossible, but getting them out of your heart is another story.

Finding a real friend is like panning for gold. Sometimes, we must sift through the fakes to find the real ones.

It's funny, how the one who broke your heart actually taught you how to be strong. 

The words we say mean nothing. The way we say to others means everything. 

Words can change your worlds or others.

Step backward doesn't always mean we're defeated. It means we're going to take the same step forward again, but.. wiser.

No one that achieves great success in life without give-up story. Stay strong, keep moving and never give up!

Learn from the past to build a better future.


Damn,it's true !



When I was 10, I have pokemon cards. But I'm looking to 10 year-old children today.... using Blackberry. 

Money doesn't bring happiness, but.. SHOPPING DOES!

Sometimes, I wish I could go back in time and meet myself as a kid.

Friends = BABIES! Easy to make, Hard to care.

Dear haters.. Don't hate becos I'm cute and sweet; but hate me becos you can't compete!

Sometimes the person you can't live without can live without you.

LIFE = CAMERA. Give your best smile while facing it!

LIFE = BICYCLE. If you don't want to fall, you must keep on moving. 

I hate when I send a private text to the WRONG person.

Best Friends are PRICELESS! 

There's HE in SHE, MR in MRS, MALE in FEMALE. That's why MAN can't live without WOMAN.


Selamat Hari Jadi :)

Assalamualaikum :)

6 April 2011


Hari ini genaplah umur ibu kesayangan saya iaitu Puan Hajjah Zainun Bt Samat 56 tahun. Dan hari ini jugalah merupakan hari persaraan bonda kesayangan saya. 

Setelah berkecimpung selama 30 tahun dalam bidang pendidikan. Bermula sebagai seorang guru biasa dan akhirnya bersara sebagai PK HEM. 

Beliau menjadi guru sandaran di SMK Dato Harun Tanjung Karang dan kemudiannya menjadi guru tetap di Sekolah Menengah Telok Panglima Garang. Then because of me, my mum pindah ke Sekolah Kebangsaan Sijangkang. After that my mum menerima tawaran kenaikan pangkat menjad PK HEM di Sekolah Rendah SG Judah (A) Pulau Carey .



sewaktu menunaikan haji pada tahun 2008 :)

And pagi tadi kul 8.30 , saya , my mum and my dad bertolak ke Sekolah Sg Judah tu sebab pihak sekolah dah buat sambutan persaraan beliau. Buat julung kalinya sekolah tu buat majlis persaraan untuk guru yang bersara sebab selama ni  belum pernah guru bersara di sekolah tu.

over the years, aku selalu sakitkan hati mama. Buat mama marah. tapi mama cool je dengan aku*walaupun marah aku gak*. Tapi, mama lah ibu yang paling BEST plus BAIK kat dunia ni :)

kalau takde mama ngan ayah kat dunia ni, tak mungkin afiq akan wujud.
bersyukurlah ye :))
.afiq akan sentiasa mendoakan kesejahteraan mama ngan ayah dunia dan akhirat.

SO

SELAMAT HARI JADI MAMA !!!

dan 

SELAMAT BERSARA  ! ! ! !


*duk rumah pulak temankan ayah.hehe*


NAH LAGU UNTUK MAMA :D

Petua Murah Rezeki


Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:
1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu. (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)
2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)
3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.: “dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)
4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang.Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)
5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani,al-Asybahani dan al-Hakim) Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)
7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)
8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.
9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.
10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.
11 . Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)
12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)
13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad- Daruquthni dari Anas r.a.)
14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah
15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7). Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)
17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjernihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.
18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.
19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim). Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.
20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3) Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at- Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3) Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.
p/s: sumber dari    ohislam :)