persepsi|AFIQ : ponteng sekolah

Assalamualaikum



"Ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolah. Ini bermaksud seseorang pelajar dianggap ponteng sekiranya tidak hadir ke sekolah tanpa sebab-sebab yang dibenarkan pada hari persekolahan. Oleh yang demikian, ponteng merupakan istilah yang digunakan bagi merujuk kepada apa jua kegagalan menghadiri kelas di sekolah secara sengaja tanpa alasan yang munasabah."
"Menurut Kamus Dewan, ponteng didefinisikan sebagai lari daripada tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran. Selain dari itu, ponteng juga merujuk kepada pelajar yang menghadiri sekolah tetapi tidak menghadiri kelas, sama ada salah satu kelas, beberapa kelas ataupun kesemua kelas dalam satu-satu hari."

Aku tak tahulah kenapa sesetengah orang tak suka pergi ke sekolah. Walhal pergi sekolah tu kan best! Dapat ilmu,dapat jumpe kawan, dapat jumpe awek!hehe. Ponteng sekolah ni ada keburukan dan kebaikannye. Kebaikan?mesti korang tertanya-tanya kan ,apa kebaikan ponteng sekolah.haha

So,first thing first.

Kebaikan ponteng sekolah :

  1. Korang dapat mengelat dari hantar kerja rumah atau disoal oleh guru.HAHA.tapi tetap kena hantar gak kerja rumah. Ni mesti kes tak siap kerja rumah lepas tu carilah alasan nak bagi kat mak ngan cikgu tuk ponteng sekolah.
  2. Korang dapat berehat kat rumah.Semestinya sewaktu korang tengah sakit.Mestilah ponteng sekolah walaupun tak dapat MC. Walhal kat rumah tengok tv je kerjanya.itulah yang best!haha
  3. Korang dapat mengelak jumpe cikgu yang korang tak suke. Walaupun korang teta
  4. p akan jumpe jugak cikgu tu.
  5. Korang dapat mengelak daripada berjemur di tengah panas jika ada apa2 aktiviti yang dilakukan di tapak perhimpunan atau di padang. Ni kes bagi yang mahu kulit putih berseri.HAHA
  6. Boleh tidur sampai ke tengah hari aka bangun lambat ! ni yang sume orang suke.haha.jangan terlepas solat subuh udah lah ye.
Keburukannya pula :

  1. Korang tertinggal pelajaran yang diajar oleh guru. Memanglah korang boleh belajar sendiri,tapi sejauh mana korang faham apa yang korang belajar tu tanp panduan atau ajaran guru.Mesti korang nanti cari cikgu gak akhirnya.
  2. Korang tak dapat jumpe kawan-kawan korang yang korang sayang.aha!Trust me, bila korang dah habis SPM nanti,mesti korang akan terasa rindu kat  kawan-kawan korang. Masa lepas SPM lah baru korang terasa best nya sekolah! *tetibe rindu kawan-kawan T_T *
  3. Nak tahu,ponteng sekolah ni lah antara punca budak sekolah terlibat dalam kongsi gelap,vandalisme dan pelbagai masalah yang lain. Kalau korang dah beramai-ramai ponteng sekolah,apa lagi yang korang nak buat?balik rumah?confirm kena marah ngan mak bapak. So,korang melepak bukan ?Lepas tu,bila dah tak de keje ,buat vandalisme sambil hisap rokok. Daripada korang buat perkara2 ni, baik korang datang sekolah,belajar. Dapat pahala gak. 
  4. Masa depan korang jugak menjadi tak terjamin. Mana taknya, pergi sekolah tak nak.belajar tak nak. apa yang korang nak? merokok je lah korang tau. pastu dah try rokok nak cuba dadah lak. pastu jadi pencuri lak,sebab nak dapatkan duit tuk beli dadah.haihh..bila pergi sekolah tu, masa depan korang tu akan terjamilah gak.
  5. Ponteng sekolah ni, korang cume membazir masa dan tenaga korang je. Masa tu kan emas.amat berharga.tak boleh diputar balik.nanti dah lama baru nak menyesal sebab pontang sekolah.
  6. And the last thing,korang tahu tak korang menyusahkan guru-guru kat sekolah. Kena ulang balik pelajaran yang korang tertinggal.Nanti bila korang tak paham,mulelah cakap yang cikgu ajar tak bagus lah bagai.ada ke patut?kesian cikgu.dah bertungkus lumus mengajar tanpa jemu demi kebaikan korang. 
Kesimpulannya, ponteng sekolah memang tak bagus tuk korang yang masih bergelar student! Hargailah masa remaja korang dengan mempelajari ilmu yang bermanfaat di sekolah. Janganlah ponteng sekolah ye. 

AMARAN

* Korang janganlah fikir sangat kebaikan ponteng tu.tak de maknenya kebaikan ponteng sekolah demi masa depan korang*

0 comments: