persepsi|AFIQ : solat atau sembahyang ?

Assalamualaikum

Kali ini aku nak sebarkan info mengenai perkataan sembahyang.
Teruskanlah membaca :)



Hampir kebanyakan umat Islam hari ini tidak terlepas daripada menggunakan
istilah “Sembahyang” yang merujuk kepada “Solat.” Tetapi pada hakikatnya,
istilah “Sembahyang” mempunyai maksud atau pengertian yang terdapat unsur
“Syirik.”


Professor Hasbi As Siddiqi di dalam salah satu bukunya, membahas perkataan
“Sembahyang.” Katanya; “Sembahyang di ambil daripada perkataan “Sembah”
dan “Hyang” yang merujuk kepada nama dewa – dewa yang disembah oleh
penganut Agama Hindu dahulu kala. “Sembahyang” juga diertikan sebagai
“menyembah berhala yang bernama Hyang.”


Dua pakar Bahasa Indonesia, yang salah seorangnya pernah datang ke
Malaysia, mengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), iaitu Dr
Daniel juga telah mengesahkan bahawa istilah “Sembahyang” merujuk kepada
“menyembah dewa yang bernama Hyang.”


Orang Buddha pergi ke Tokong, Orang Hindu pergi ke Kuil dan Orang Kristian
pergi ke Gereja menggunakan istilah “Sembahyang,” terserahlah kepada
mereka, kerana memang terdapat unsur “Syirik” dalam ibadah mereka. Tetapi
Umat Islam, Tidak sesuai sekiranya, “Solat” juga diistilahkan sebagai
“Sembahyang”, yang mana pada asalnya kata sembahyang itu merujuk kepada
“menyembah dewa bernama Hyang.”


Kalau boleh ubahlah ayat seperti seorang ibu mengarahkan anaknya bangun
untuk menunaikan Solat Subuh. “nak, bangun!. pergi “Sembahyang Subuh,”
kepada “nak, bangun!. Pergi “Solat Subuh.” Solat lebih tepat istilahnya



Mungkin sebahagian daripada kita, akan menganggap bahawa hal ini hanyalah
hal yang remeh dan tidak begitu penting. Tetapi bagi mereka yang mempunyai
kesedaran Agama dan mementingkan kualiti ibadah, akan sentiasa
berhati-hati dan mengambil perhatian akan hal seperti ini.

Info di atas ini saya perolehi daripada panduanislam . Semoga kita dapat mengamalkan perkataan solat itu berbanding sembahyang. TAPI jangan setakat amalkan perkataan solat tu je, kenalah SOLAT juga ye. Solat fardhu jangan ditinggalkan ye kawan-kawan. Semoga kita semua akan dipermudahkan  dan dibuang kemalasan kita untuk melakukan kewajipan solat fardhu.

.InsyaAllah.

2 comments:

islamic neutron said...

Hmm wah menarik gak isu ni.. Saya nak kc pendapat gak lah ea..

Mmg benar makna asal muasalnya ialah Sembah Hyang.. Tapi perkataan ini telah 'dimelayukan' menjadi perkataan sembahyang..

Ada pun begitu, kalimah solat pun berasal daripada kalimah Arab sedangkan sembahyang itu perkataan Melayu..

Jadi dari sudut linguistik,

Solat (BA) = Sembahyang (BM).. Cuba try tanya mana2 cikgu BM...

Allahu a'lam..

Muhammad Afiq Abdul Rashid said...

Dah alang2 tu, kita terus kan lah guna perkataan solat berbanding sembahyang. betul tak ?