persepsi|AFIQ : AfiqabdulRashid

Assalamualaikum.


Its been a while since my last post.


first of all, aku nak bagitau, aku ni jenis yang suka akan melihat perilaku manusia. tak kiralah di mana aku berada. aku suka perhatikan orang yang berada di sekililing aku. tingkah laku dia. pakaian dia. dengan siapa dia keluar. tak kiralah orang itu kawan aku mahupun orang yang tidak aku kenali.


jadi, banyak perkara yang telah aku lihat. orang berpeluk sana sini, bergurau senda tak ingat dunia, pakai baju yang tidak menyedapkan mata untuk dipandang dan macam macam lagi. aku ni kira macam stalker pon ada.haha.aku suka buka wall orang then scroll dari atas sampai ke bawah sebab nak tahu aktiviti orang itu.memang dah kes tak de keje.haha


and ada dua orang hamba Allah ni.lelaki.aku selalu perhatikan gelagat diorang.sebab aku selalu lepak dengan diorang. perwatakan dua orang ni memang tak tumpah seperti dua orang kawan yang baik.bagi diorang lah kot. kalau bagi aku memang aku dah pikir lain dah. aku jenis orang yang belum lagi menyaksikan persahabatan yang begitu akrab sehingga nak pergi mana2 , dua orang tu mesti nak letak tangan kat bahu.macam bergandingan bahu.faham tak? aku tak pernah duduk asrama yang pernah menyaksikan keakraban persahabatan sehingga begitu sekali.


kadang kadang aku terpikir negatif juga pasal diorang ni. mana taknya , tidur nak sama sama, makan nak sama sama. kalau papehal mesti si A akan cari si B. eventhough bilik lain lain. aku cuba menguatkan fikiran ku ke arah yang lebih positif. mungkin diorang hanya kawan yang terlebih baik! that are friends suppose to be, i guess.


aku juga jenis manusia yang kurang berkongsi cerita dengan kawan. aku lebih suka menyimpan perasaan sendiri.aku tak beritahu orang lain. aku lebih suka mendengar cerita orang lain. dan aku lebih suka mendiamkan diri daripada banyak berkata kata, sebab aku tak tahu nak bercerita tentang apa bila dah duduk,berjalan, dengan kawan. inikan pula dengan orang yang tak aku kenali, memang aku tak bercakap langsunglah.


orang mungkin akan fikir aku sombong sebab aku tak tegur orang dan kurang bercakap. aku juga kurang bergaul dengan orang. aku bergaul dengan kawan yang aku kenal saja dan rapat bagi aku.


dan , inilah aku. aku tak boleh nak menjadi orang lain. tapi, aku harap aku boleh berubah mengikut kehendak aku sendiri, bukan mengikut kehendak orang lain. i hope so.


as people always says, tak semua kau rancang akan berlaku. 


but, Allah lebih mengetahui dari manusia sendiri.

2 comments:

Neutronboy said...

Memang ada orang macam tuh.. tatkala persahabatan telah mengikat hati antara 2 teman, maka rahmat Allah yang menjadi penguat ikatan....

so dunt worry as long ko x nampak mende2 pelik luar biasa, k... haha..

malangnya, aku pun x de kawan seakrab yang digambarkan...

kadangkala orang melihat kita memiliki kawan yang ramai disekeliling kita sedang kita sebenarnya sunyi dari rakan yang sejati,

kadangakala orang melihat kita hidup dengan penuh kebosanan, sedang kita sebenarnya hanya bersama-sama dengan insan yang benar bergelar TEMAN ^^

Muhammad Afiq Abdul Rashid said...

mungkin kita berhuahua dengan kawan kita masa kita gembira, tapi ketika sedih sorang pon tak tegur.huhu